Dunia Penuh Gosip - Isu Panas Dunia Penuh Gosip: Isu Panas - All Post
Memaparkan catatan dengan label Isu Panas. Papar semua catatan
BUAT pertama kali dalam sejarah penganjurannya, gelaran Dewi Remaja 2018/2019 yang dimahkotakan kepada Haneesya Hanee, ditarik balik.


Ia adalah susulan tersebarnya sebuah video yang memaparkan beberapa peserta di sebuah kelab malam dan memegang gelas minuman keras.

Penarikan balik gelaran itu dibuat dalam satu sidang media oleh pemilik jenama Dewi Remaja, Nu Ideaktiv bersama majalah Remaja, yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook, pada Khamis.

Turut dijalankan adalah penyerahan semula mahkota, trofi dan replika cek yang menjadi hadiah kemenangan.

"Demi menjaga kredibiliti Dewi Remaja, kami memutuskan untuk tidak menobatkan mana-mana peserta sebagai pemenang, dan pemenang tempat kedua dan ketiga kekal dengan gelaran masing-masing.

Sementara itu, Haneesya memohon maaf dan menerima penarikan balik gelaran itu dengan hati terbuka. "Memang saya yang bersalah. Tindakan mereka menarik balik gelaran itu sesuatu yang wajar dan saya terima dengan hati yang terbuka," kata Haneesya.


*Berita dari Astro Awani 






Adat dalam perhubungan kadang-kadang kita sangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari. Tapi apa pun semua adalah ketentuan tuhan dan tiada apa yang perlu dipersalahkan. Kita sebagai manusia kena ikut semua yang telah ditetapkan olehNya jika tidak akan melawan Qada dan Qadar Allah.

Itulah yang terjadi kepada pasangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy yang telah bertunang pada  6 Oktober tahun lepas. Tapi pada bulan ini pasangan itu telah mengesahkan memutuskan pertungan setelah perbincangan diadakan secara baik. Juga keluarga Elfira telah memulangkan semula cincin pertunangan mereka pada keluarga Sufian.


Maka dengan itu berakhir sudah kisah romantik mereka dan masing-masing tekad meneruskan kehidupan seperti biasa. Sufian bakal mengeluarkan single terbaru tak lama lagi. Manakala Elfira sedang berada di Amerika Syarikat bercuti.

Apa pun mereka ada alasan dan sebab tersendiri membuat keputusan ini dan ia dilakukan dengan cara yang sangat baik. Jadi kita sebagai orang luar tidak perlu banyak bertanya kenapa perpisah ini yang terjadi. Bukan ini yang mereka pinta tapi ia adalah ketentuan dari yang Maha Esa. Sekiranya anda hendak mempersoalkan semua ini boleh bertanya kepada Maha Pencipta.

So biar mereka dengan kehidupan mereka dan mereka masih berkawan seperti sedia kala dan akan meneruskan kehidupan. Mana tahu di masa akan datang bertemu dengan jodoh yang sesuai. Jodoh pertemuan, ajal maut semua ditentukan oleh tuhan kita hanya perlu bersedia atau tidak untuk menghadapinya. Moga mereka terus tabah dan cool sahaja ia sebahagian daripada pengalaman hidup.








Bila sebut jer nama Akim & The Majistret ramai akan terbayang kehebatan lagu Mewangi kemudian lagu Potret yang telah menjadi juara AJL 30 dan banyak lagi karya hebat kumpulan rock anak muda ini. Tapi baru-baru ini kumpulan ini tidak berjaya mempertahankan keduduk mereka untuk berada dalam AJL 32 apabila lagu terbaru Lagu Untuk Laila tidak terpilih keperingkat akhir.


Namun Akim dan kumpulannya percaya rezeki tidak sampai disitu sahaja dan kini tengah rancak mempromosikan konsert mereka yang bakal diadakan di Singapura pada tahun 2018 nanti. Dengar cerita kumpulan ini agak kecewa dan membawa diri ke sana untuk merawat hati yang luka melalui konsert besar-besaran mereka di sana.

Konsert yang dirancang akan diadakan pada 26 Januari 2018 bertempat di Esplanade Theater bakal membawa hampir ke semua lagu popular mereka. Tiket juga telah mula dijual melalui dalam talian yang berharga RM200 hingga RM500. 

Kenapa Akim & The Majistret tidak membuat konsert berskala besar seperti ini di Malaysia. Adakah tidak yakin atau kecewa dengan peminat di sini. Tapi apa pun sapa-sapa yang memang meminati kumpulan ini boleh dapatkan tiket sekarang dan bersama dengan mereka di negara jiran itu. Moga maju jaya buat kumpulan ini. 






Itu lah kalau dah nama artiskan macam-macam mereka boleh buat untuk terusk kekal dihati dan minda peminat walaupun terpaksa belakon dan membuat drama. Sehinggakan status dan kahwin atau tunang pun nak didramakan bosanlah. Cukup lah ia drama kat TV sahaja tak perlu nak ke alam realiti. Apa salah terus terang jer.


Tapi Alhamdulillah akhirnya mereka pun telah buat pengakuan tentang status Fattah Amin dan juga Fazura. Baru-baru ni mereka telah selamat menunaikan Umrah bersama-sama dengan keluarga dan ia menguatkan lagi spekulasi tentang hubungan mereka.

Bila pulang sahaja terus mereka buat majlis sidang media untuk menjelaskan kepada media dan peminat tentang status mereka. Ohhhh rupanya baru bertunang sebelum ni media surat khabar dan online kecoh kompang yang mereka kahwin ni hanya untuk dapat trafik sahaja. Tapi hakikat semua itu hanya dusta sahaja.

Fattah Amin dan Fazura telah melangsung majlis pertunangan mereka pada 13 November sebelum mereka berangkat menunaikan Umrah. Majlis yang berlangsung sederhana di rumah keluarga Fazura bertemakan warna purple u oll sweet sangat.

Memang mereka sama padan dan sama cute sangat moga perhubungan mereka ni kekal sampai ke jingjang pelamin dan seterusnya sampai anak cucu. Tahniah buat kedua-dua mereka ni memang korang hebat dari drama sampai ke realiti. Peminat sokong harus diteruskan hubunga mulia ini.








Tahniah kepada penyanyi no 1 negara dan suami kerana saat yang dinanti telah pun menjelma lagi. Setelah 11 tahun lama berusaha dan menanti saat indah ini akhirnya pengumuman telah dibuat secara rasmi malam tadi di laman sosial dan youtube rasmi Dato Siti Nurhaliza.


Dalam satu majlis santai bersama media Dato Siti kelihatan cantik dengan seri wajah ibu mengandung mengesahkan bawah kandungan beliau kini telah masuk 4 bulan. Patut dato banyak menyepi beberapa bulan ini daripada sebarang show dan rancangan tv rupanya ada isi didalam.

Harap semua orang tidak lagi membuat spekulasi dan tanda tanya tentang kandungan beliau. Hanya mahukan semua mendoakan kesihatan beliau dan baby dalam kandungannya. Dari kami peminat no 1 dato sentiasa mendoa terbaik buat dato dan anak dalam kandungan. Jom gunakan hashtag #CTJunior comelnya....





Boring lah bila timbul cite pasal seorang artis dari Singapura ni yang sahaja cari publicity kat Malaysia. Sapa lagi yang suka timbul kontrolversi Aliff Aziz bukan Alif Satar ok kena tulis betul-betul hehehe.


Kecoh minggu ni pasal cite artis ni dah kantoi dengan bini sendiri yang tengah pantang berdua-duan dengan perempuan lain. Perempuan lain tu pula makwe orang juga adik kepada artis Malaysia. 

Tak faham tentang budak Singapura ni apa masalah lepas satu-satu isu dia buat pastu insaf. Baru sahaja insaf buat balik masalah. Seperti tiada harga keinsafan yang kau lafazkan tu. 

Sebelum ni kecoh tentang kes artis ni curi telefon bimbit kat kedai tahun 2014 tak silap. Lepas tu baru jer habis kes tu buat pula kes lain mabuk dan pukul orang awam.

Macam-macam kes tu belum kes cinta putus cinta, kes gambar bercumbu-cumbuan dan banyak lagi lah. Dah tak laku kata-kata insaf dari mulut kau tiada keinsafan yang hakiki. 

Kes kantoi dengan isteri tengah pantang tu pun senang sangat dia lafaz insaf dan minta maaf. Tak faham lah producer yang ambil dia belakon memang buta lah. Sudah-sudah lah balik lah negara ko ok jangan buat kacau kat negara orang. Datang nak cari rezeki jer tak payah nak cari publicity murahan ni yer tak perlu. 






Sekali lagi jutawan kosmetik Nursajat yang sebelum ni popular dengan kontroversi selain daripada jantina juga kontroversi bergambar mesra dengan anak ikan lamanya dulu boleh baca kat sini. Masih tiada perubahan tapi makin berani pula dia menunjuk-nunjuk di media.


Kini sekali lagi beliau berani menayangkan anak ikan barunya yang tengah intim dan mesra. Melalui akaun Instagram beliau ada beberapa keping gambar mesra bersama seorang lelaki sado tetapi tidak ditayangkan wajahnya. Walaupun disorok identiti lelaki tersebut telah tersebar gambar seorang lelaki yang seakan sama seperti mana yang Sajat muat naik di Instagramnya.


Memang lelaki sado banyak mendampingi jutawan itu adakah betul kerana cinta atau hanya kerana kekayaannya. Tapi bolehkah Sajat meneruskan hajat untuk berkahwin dengan lelaki tersebut apatah lagi status beliau yang masih keliru dengan jantinanya.


Namun setakat ini masih tiada kenyataan rasmi daripada beliau tentang lelaki tersebut dan sejauh mana hubungan mereka ini. Adakah seperti mana anak-anak ikan beliau sebelum ini. Atau alasan hanya sekadar rakan sekerja atau kawan biasa bosannnn...







Itu lah kata orang kalau terlajak perahu boleh diundur telajak kata buruk padahnya kerana kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang. Sekali kita dah kata tak baik pada orang selamanya orang akan ingat apa yang kita buat. Kadang-kadang kita lihat orang yang lancang berkata-kata depan kamera ini sebenarnya akal pendek dalam tindakannya.


Itulah yang terjadi kepada pengacara dari seberang yang tak berapa popular pun tapi cuma tumpang populariti di negara kita jer tapi buat perangai. Dah bagi cari rezeki kat Malaysia tu bersyukurlah jangan nak jadi seperti seekor anjing apabila orang bagi makan dia gigitnya kata orang yang bagi makan tu.

Nasib lah Najip Ali nasi dah jadi bubur dan pengacara itu juga telah dibuburkan daripada menjadi juri dalam program Maharaja Lawak Mega 2017 atas tindakan bodohnya tu. Walaupun Najip telah mengaku kesilapannya dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia namun segalanya telah terlambat.

Apa pun pengajaran kepada mana-mana artis atau mereka yang datang dari luar Malaysia nak mencari rezeki kat sini buat perangai baik-baik ok. Pihak Seniman juga telah membuat laporan polis kepada 4 lagi mereka yang terlibat dalam program yang telah menghina PM Malaysia itu. Tak adil lah Najip seorang jer minta maafkan sedangkan buat salah ramai-ramai. 

Mediacorp Singapura pun telah membuat permohonan maaf dan menarik semula siaran ulangan program tersebut. Tapi video yang telah ditayang dan dirakam macam mana nak tarik. Itulah orang kata nak buat sesuatu fikir guna akal bukan ikut nafsu. Artis Malaysia sendiri pun ada yang buat perangai nak tunjuk hebat dan menghina kerajaan patut di ambil tindakan juga orang macam tu. Tak sedar diri.





Filem live action romantik klasik, Beauty and the Beast terbitan Walt Disney yang akan ditayangkan pada 16 Mac ini menerima tamparan besar apabila kerajaan telah mengeluarkan arahan penarikan balik tayangan di semua panggung wayang di Malaysia bermula semalam.


Berita ini membuatkan kebanyakan peminat filem ini diarahkan memulangkan semula tiket seperti mana kenyataan yang telah dikeluarkan oleh TGV pada laman facebook rasminya. Juga pada laman rasmi Facebook GSC.

Filem ini telah mencetuskan kontroversi selepas pengarahnya Bill Condon mengesahkan salah satu karakter filemnya merupakan karakter homoseksual. Karakter yang dimaksudkan ialah LeFou dan karakter tersebut merupakan karakter gay pertama yang dihasilkan oleh Walt Disney.


Rayuan untuk menayangkan filem itu dipercayai sudah dihantar kepada pihak berkaitan. Tapi diharapkan filem ini tidak diteruskan ditayang di Malaysia kerana ia langsung tidak membawa apa-apa kebaikkan kepada penonton terutama peminat kanak-kanak. Kalau kita haramkan tayangan filem ini Malaysia bukan negara pertama berbuat demikian.

Beberapa pawagam persendirian di Amerika seperti di Albama telah pun mengharamkan tayangan filem ini. Juga di Rusia telah mengarahkan penarikan tayangan filem ini di sana. Harap Malaysia tegas dengan penderian dan tidak akan bertolak ansur dalam penularan unsur-unsur tidak sihat seperti ini. 





Satu kebanggaan lagi buat kita Malaysia apabila manusia paling lawak di dunia juga dilahirkan di sini. Ini telah terbukti apabila Harith Iskander dinobatkan sebagai juara pertandingan Funniest Person in the World (TFPW) yang diadakan di Finland baru-baru ini. Sebagai juara Harith membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD$100,000 (RM444,845).


TFPW adalah sebuah pertandingan yang dianjurkan oleh Laugh Factory iaitu sebuah rangkaian lawak global berpangkalan di Amerika Syarikat.

Terdahulu, Harith bersama peserta lain membuat persembahan pada peringkat akhir pertandingan itu di Polo Arena di Levi, Finland pada 8 Disember lalu. Pemenang dipilih menerusi undian dalam talian dari seluruh dunia yang dibuka selama 24 jam selepas persembahan peringkat akhir selesai.

Tahniah kepada Harith mungkin lepas ini boleh dapat gelaran Dato' pula atas kejuaran peringkat dunia ini. Moga kita akan terus lahir lebih ramai lagi standup komedi seperti beliau melalui program-program seperti Lawak Solo. Terus maju lawak Malaysia di dunia.


Kecoh lagi gambar-gambar bogel artis Malaysia. Sebelum ini gambar artis lelaki dan wanita yang di katakan mengjalin hubungan sulit tersebar meluas dalam social media. Tempias itu juga turut dirasai oleh penyampai radio HotFM iaitu Fizie.


Ini apabila tersebar dalah laman Tumblr gambar seorang lelaki yang mirip wajahnya dalam keadaan bogel. Ramai netizen mula memperkatakan tentang kesahihan gambar itu.

Sehingga akhirnya Fizie membuat keyataan menafikan yang gambar tersebar itu adalah gambarnya. Fizie juga turut membuat laporan polis dan SKMM untuk membersihkan namanya daripada isu tersebut.

Kalau sekali tengok gambar tu ada iras-iras muka penyampai tersebut tapi kalau tengok lama-lama tak ada gaya pun. Mungkin pelanduk dua serupa atau mereka yang membuat super impose pada gambar tersebut.


Perkara ini pernah berlaku dulu kepada penyampai radio AG sebelum ini dimana tersebar satu gambar lelaki bogel yang dikatakan mirip sepertinya. Kalau betul kita tak buat jangan risau kan kebenaran pasti akan terbongkar jua.




Bintang Hollywood Angelina Jolie dilaporkan memfailkan perceraian daripada suaminya, pelakon, Brad Pitt. Dia juga dilaporkan menuntut hak penjagaan terhadap enam anak mereka, lapor portal berita selebriti TMZ, hari ini.


TMZ mendakwa, Angelina, 41, memfailkan tuntutan cerai di mahkamah pada Isnin lalu atas alasan tiada persefahaman dengan tarikh perpisahan dinyatakan bermula 15 September lalu. Pasangan itu berkahwin pada 2014 selepas tinggal bersama selama 10 tahun. Peguam Angelina, Robert Offer mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan.


“Keputusan ini dibuat demi kebaikan keluarganya. Agelina tidak akan mengulas mengenai hal itu dan meminta dia sekeluarga diberi ruang dan privasi buat masaini,” katanya. Biasalah isu cerai berai dan juga putus dikalangan artis Hollywood seperti mana juga di Malaysia.





Perkara yang mulia harus kita dahulukan kalau dah diseru kita tak boleh nak elak. Kata ustaz pergi mengerjakan umrah atau haji bukan pergi bercuti tapi kerana kita telah dipanggil oleh-Nya untuk mengunjung ke rumah-Nya. Walau apa sekali latar belakang kita dan juga dosa kita lakukan ini masa untuk memohon keampunan terus kepadanya. Alhamdulillah tahun ini ramai artis banyak menghabiskan bulan Ramadhan mereka di Kota Suci Mekkah. Antara barisan artis yang menunaikan umrah tahun ini dengan keluarga atau sendiri. Moga mendapat umrah yang mambrur dan diberkati Allah.

Mira Filzah

Zizan Razak


Nabil Ahmad & Isteri

Awal Ashaari & Scha AlYahya

Adi Putra

Azwan Ali (kali ke 9)

Dato' Siti Nurhaliza

Sheila Rusly dan Keluarga

Kumpulan The Majistret










Berita sedih dan juga berita yang tidak berapa sedap kita dengar untuk permulaan minggu ini. Pagi tadi di HotFM penyampai radio tersebut telah membuat pengumuman. Sebelum ini mereka bermain teka-teki tentang satu pengumuman yang agar menggemparkan daripada minggu lepas lagi. Ingatkan pengumuman Fara Fauzana dan ada jodoh dan akan menamatkan zaman bujangnya tapi lain pulak bunyinya pengumuman itu.


Rupanya Fara Fauzana akan meninggalkan station radio tersebut buat selamanya dan juga menamatkan kareernya sebagai penyampai radio. Katanya beliau akan menumpukan hasrat untuk menjadi pengacara sepenuh masa pula. Jadi lepas ni kita tidak akan dapat mendengar lagi celoteh dan gelak tawa penyampai yang lebih mesra disapa Fafau ini di dalam radio.

Namun bukan sampai di situ sahaja pengumuman yang dibuat di radio HotFM pagi tadi juga mengejutkan di mana 3 lagi penyampai turut akan meninggalkan station radio yang hangat itu. Penyampai tersebut adalah AG, Ikhwan dan juga penyampai baru Liza. Mereka akan berpindah ke station radio baru yang juga di bawah naungan Media Prima.


Bagi AG yang telah 10 tahun di HotFM banyak sangat pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan. Termasuklah bersama dengan peminat bukan sahaja di udara tapi di luar konti untuk memeriahkan lagi station radio tersebut. Ikhwan juga sama yang dah lama dengan HotFM akan meninggalkan tempat di mana beliau memulakan kareer sebagai penyampai radio.

Apa pun keputusan yang dibuat tetap akan menjadi sejarah dan kenangan indah kepada semua peminat radio yang pernah mendapat takhta No 1 pilihan rakyat Malaysia. Doa terbaik buat semua ke 4 orang penyampai tersebut dan terus maju jaya dalam apa sahaja yang diceburinya. Moga lepas ini ada pula suara baru untuk menggantikan mereka atau adakah HotFM akan terkubur.... jeng jeng jeng...









Menjadi trend artis dan juga orang biasa untuk ada photo Pre Wedding yang grand dan luar biasa. Tapi itu cuma trend dan bukan kewajipan yang penting adalah akad nikah itu. Tapi kalau dah ada tajaan 25juta kenapa tidak buat Pre Wedding yang betul2 meletop seperti pasangan selebriti ini.


Sapa lagi kalau bukan Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin yang telah mengadakan sesi photoshoot pre wedding mereka baru2 ini. Macam ala2 Dilwale yang mana video muzik untuk lagu Garua yang di shoot di Itali. Pasangan ini juga mengadakan sesi photo pre wedding ini di atas kapal layar mewah dengan busana merah menyala.


Dari segi posse dan juga pakaian tidak salin tumpah dengan filem hindustan lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol itu. Tambah lagi atas kapal mewah cuma dalam filem tu atas rangka kapal terbang terbiar sahaja hehehe. Nampak sungguh menawan dan sama padan pasangan pelakon ini. Korang tengok sendirilah bila dah di kenakan pakaian dan makup memang cantik.


Tak sabar lak nak tengok pakaian wedding mereka yang di taja katanya berharga hampir RM30ribu. Apa pun moga pasangan ini bekekalan hingga Jannah dan terus mendapat cahaya mata yang comel2 jangan tunggu lama2 ok. Pasangan ini akan melangsungkan pernikahan 8 Feb di Penang dan majlis resepsi pada 9 Feb belah perempuan dan 14 Feb belah lelaki di KL.







Berikutan dengan berita dan pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia tentang penarikan produk keluaran Vida Beuty Sdn Bhd. berkuat kuasa serta merta. Produk yang di uji mengandungi merkuri yang berlebihan dan tidak sesuai untuk kesihatan dan keselamatan penggunanya telah diarah di tarik balik. Produk tersebut adalah Qu Puteh Whitening Pro 9 yang juga antara produk milik Datuk Seri Vida ini.


Ia adalah lanjutan daripada pengharaman jualan produk ini dipasaran Brunei selepas hasil ujian menunjukan 3 produk miliknya mengandungi bahan terlarang. Produk yang diharamkan jualan di Brunei adalah kosmetik krim Whitening Pro 9 Qu Puteh dan produk kosmetik Whitening UV Block Qu Puteh, dan produk ketiga yang dinamakan Chantique Beauty Slimming Herbal. Kenapa Malaysia tidak mengharamkan 2 lagi produk ini?


Namun riaksi pantas Datuk Seri Vida dalam satu sidang media disiarkan Astro Awani di laman sesawangnya seperti menyalahkan orang lain. Dalam kenyataan Datuk pada sidang media itu menyatakan ada pihak yang iri hati atas kejayaan yang telah beliau kecapi sehingga saat ini. Ia seperti tidak boleh menerima kenyataan tentang pengharam produknya.

Jangan macam tu Datuk sebagai seorang yang profesional dan juga seorang yang dah banyak pengalaman dalam dunia perniagaan kosmetik ini sepatutnya melihat perkara ini pada diri sendiri dulu. Jangan cepat menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri. Mungkin betul apa yang pernah di katakan orang bahawa kita kalau terlalu menunjuk kekayaan tuhan boleh tarik dalam sekelip mata sahaja. 

Apa pun kita harap Datuk Seri Vida terus tabah dalam semua dugaan ini dan terus maju dalam perniagaannya. Tapi yang agak pelik sebelum produk ini dipasarkan tiada ujian dilakukan ker sehinggakan negara jiran dah haramkan baru pihak berwajib tempatan nak buat ujian dan baru nak haramkan. Kalau nak tunggu orang luar haram baru nak check ia menunjukan seperti kerajaan kita tak proaktif dalam membuat ujian kesihatan produk sebelum ia diluluskan atau ada unsur2 lain dalam pengujian ini. Malas cakap tapi korang tahukan unsur apa itu fikir2 lah sendiri.








Tak habis2 timbulkan kontrol versi seorang DIVA yang dapat status artis paling suka timbul kontrol versi di Malaysia sapa lagi kalau bukan Diva AA atau Azwan Ali. Sebelum ini isu pasal restoran steak "Menate" beliau memaki hamun peminat2nya di laman twitter. Kemudian isu pasal rendang Azwan yang juga jadi isu apabila peminat melaga2kan beliau dengan Datuk Aznil setelah pengacara tersebut menghadiahkan sticker rendang kepada AA. 


Banyak lagi kontrol versi yang nampak seperti saja diprovok kepada Diva AA ini. Tapi Azwan juga cepat melatah dan cepat memandang sesuatu itu kepada isu yang berat padahal ia adalah salah tafsir sahaja. Kini Azwan Ali timbul pula dengan isu tentang status beliau di laman Instagram terhadap satu produk kicap.

Kalau korang perasan iklan kicap ini telah keluar tahun 2015 lepas dengan terlihat kelibat pengacara popular Pak Nil yang menjadi antara pelakon dalam iklan tersebut. Produk kicap yang di maksudkan adalah Kicap Tirana. Azwan menerusi laman Instagramnya sebelum ini, memuat naik komen dan video berunsur provokasi ke atas iklan Kicap Tirana yang ditayangkan di televisyen, yang menampilkan pengacara popular tersebut. Azwan turut mengajak pengikut Instragramnya bersama-sama mengutuk iklan tersebut dengan menawarkan rendang buatannya secara percuma.

Atas sebab2 rasa seperti satu penghinaan dan juga kritikan yang sangat2 menjatuhkan produk tersebut maka pihak pengurusan Tirana Products Sdn Bhd telah mengambil tindakan untuk menyaman Azwan Ali. Namun mereka masih memberi peluang kepada diva ini untuk membuat tindakan maaf secara bertulis dalam tempoh 14 hari yang di tetapkan.

Apa pun seperti nampak Azwan tidak takut atas tindakan itu dan seperti mahu melawan semula daripada pihak Kicap Tirana. Sudah2lah tu Azwan sebelum ni orang kritik kau punya produk rendang yang tak seberapa tu kau marah dan melenting. Kali ni kau kutuk produk orang pula memang lah dia marah dan kau sebagai seorang selebriti pulak tu. Apa pun tindakan untuk maaf- bermaafan adalah terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku ini. Moga Diva AA terus mendapat hidayah dari kebaikan beliau menunaikan umrah sebanyak 8 kali Amin.








Ramai tak sangka dalam diam2 gosip hubungan mereka akhirnya ia di akhiri dengan satu ikatan yang suci dan halal. Itulah yang akan dilalui kedua2 pelakon ini iaitu Shaheizy Sam,34 dan Syatilla Melvin, 25 yang bakal menamatkan zaman bujang mereka pada bulan Februari ini. Dalam satu majlis bersama media yang diadakan pada hari ini di sebuah hotel mereka mengumumkan tentang perkahwinan mereka.


Paling mengejutkan adalah perkahwinan ini akan menjadi sejarah sebagai perkahwinan paling mahal tahun 2016 dan juga perkahwinan yang menerima tajaan paling banyak iaitu sebanyak RM25 juta. Sam salam ucapannya menyatakan sangat terkejut akan jumlah itu dan ia sendiri tidak mengetahui siapa penaja itu kerana segala urusan di serahkan sepenuhnya kepada ahli keluarga.

Sapa tak nak taja pelakon yang telah memenangi Bintang Paling Popular sebanyak 3 tahun dan juga pelakon yang telah mencipta nama dalam filem paling laris 2015 dan pecah panggung iaitu Polis Evo. Selain itu juga Sam menjadi duta kepada beberapa produk yang telah keluar iklan di kaca TV. Tahniah buat Sam dan Sya atas perkahwinan ini.

Majlis akan di adakan di kedua2 belah pihak di kampung Sya pada 9 Februari di Pulau Pinang dan juga di sebelah Sam akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental KL. Moga pasangan sama pada dan cama cantik ini akan kekal hingga Jannah dan juga mempunyai anak2 yang comel dan ramai. Peminat Sam akan kecewa atas keputusan untuk perkahwinan ini adakah ia akan menjejaskan kareer beliau. Sama2 kita doakan kebahagiaannya.






Alhamdulillah apabila pada usia yang begitu muda beliau mula sedar akan kepentingan untuk wanita menutup auratnya. Jadi akan mengurangkan dosa ibubapa kerana kanak2 ini masih bawah umur. Tahniah buat Mia Sara yang mengambil keputusan untuk berhijab setelah ke Mekah tahun lepas. Walaupun Mia masih di bawah umur yang mengwajibkan beliau berhijab tapi usaha untuk ke aras itu di sokong penuh oleh keluarga beliau.


Namun ibubapa Mia tetap menyatakan anak mereka itu masih terikat dengan kontrak beberapa drama yang tengh bejalan. Ini berkemungkinan beliau terpaksa untuk tidak bertudung dan masih dalam proses pembelajaran. Pihak keluarga berharap agak Mia diberi ruang dan tidak dikritik oleh peminat di luar sana kerana keputusannya itu.


Malah ayah beliau yakin, niat baik anaknya mahu bertudung akan memberi rahmat dan mungkin rezeki yang diberi bukan daripa bidang seni lakonan. "Rezeki kita adalah daripada Allah, bukan manusia yang tentukan. Saya percaya Mia sudah bersedia dengan segala kemungkinan," tuturnya. Dalam pada itu Mia juga mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan tudung menerusi label miliknya, MS Couture.










Tulah orang ckp orang nak bukan business makan kau pun nak buka business makan. Orang nak business tudung kau pun nak business tudung tapi takut kena kritik. Bukan kata orang kritik tu membangun dan membina. Sebagai usahawan itu biasa bila orang update status tak kiralah kat facebook ker instagram ker atau mana2 media social pasal apa pengalaman mereka. Mungkin artis ini tidak biasa kena kritik akibat terasa diri tu dah berada di atas.


Ini lah kes tentang pemilik restoran FIZOMAWAR yang baru2 ini di kritik oleh seorang blogger apabila beliau makan di restoran tersebut. Blogger ini menulis mengikut apa pengalaman beliau makan pada hari tu dan apa yang beliau rasa terhadap makanan tu. Bukan ada apa2 untuk menjatuhkan business perniagaan pelakon ini.

Tapi bila tengok kenyataan hari ini bahawa beliau seolah-olah menyalahkan blogger ini yang menulis tentang apa yang dia alami semasa berada di restoran itu. Pulak tu salah ker dia menulis kat blog dah memang itu kerja dia. Seperti mana beliau pernah update status kat Twitter tentang seseorang yang dikatakan bosan asyik2 muka dia jer bila buka TV. 

Apabila membaca kepada email balasan daripada pihak pengurusan FIZOMAWAR kepada blogger tu seolah-olah dia menganjing blogger tersebut. Korang leh baca kenyataan dari wakil restoran berbunyi "Insyallah kami akn improve dan sekiranya semuanya dah lancar insyallah kami akn jemput anda sebagai tetamu vvvip kami utk dilayan sebaik mgkn.". Adakah itu satu provokasi kepada blogger teresebut. Sekiranya blogger tu datang sebagai media mesti layan 5 star yang korang beri sebab nak tunjukan service korang terbaik. Tapi sekarang blogger tu datang sebagai orang biasa yang nak datang untuk makan jadi layanan korang pun dah berlainanlahkan. 

Apa pun itu semua mungkin strategik dari pihak pengurusan restoran ini juga untuk tujuan memviralkan restoran beliau di media social. Alah ini semua business strategik untuk lariskan perniagaan korang. Jadi tak salah kot nak ambil kesempatan atas perakara yang jadi agar lebih popular restoran korang yang baru 3 minggu beroprasi. Apa pun harap isu ini akan selesai dan dua pihak berbaik semula. Mungkin lepas ni nak datang restoran2 artis ni kena cakap kita media baru dapat layanan VVVVVVVVIP hahahahaha....