Dunia Penuh Gosip
“Apakah azam tahun baharu anda?” 
“Tahun baharu, amalan baharu!”

Apabila menjelang tahun baharu, ungkapan sebegini sering menjadi sebutan ramai, bersama pelbagai nasihat tentang cara menetapkan matlamat dan membentuk rutin kesejahteraan yang boleh meningkatkan tahap kesihatan kita. Dalam dunia yang tidak pernah kekurangan nasihat kesejahteraan, suplemen yang sedang hangat di laman soal dan rutin ‘wajib buat’, memang mudah untuk rasa keliru dan akhirnya hilang fokus terhadap perkara yang benar-benar menyokong kesejahteraan diri.



Namun, bagaimana jika kita mengambil pendekatan yang sedikit berbeza bagi 2026? Daripada terus mencabar diri untuk melakukan lebih banyak perkara setiap tahun, bagaimana jika kita memilih dengan lebih bijak? 

Dr Vipada Sae-Lao, Ketua Latihan dan Pendidikan Pemakanan – Asia Pasifik, Herbalife, berkata: “Kesejahteraan bukan satu proses yang sama untuk semua. Apa yang berkesan untuk orang lain mungkin tidak sesuai dengan kesihatan badan atau gaya hidup anda.  Dalam artikel ini, matlamat saya adalah ringkas: untuk membantu anda menyemai azam yang bukan sahaja memenuhi keperluan asas anda tetapi juga disesuaikan dengan gaya hidup, tahap kecergasan dan kesibukan anda, agar anda boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat dan seimbang.” 

Beralih Kepada Gaya Hidup Berasaskan Pencegahan

Penemuan awal daripada Tinjauan Pemakanan Tambahan Bertanggungjawab Asia Pasifik Herbalife 2025 (2025 Herbalife Asia-Pacific Responsible Supplementation Survey) mendedahkan bahawa penjagaan kesihatan menerusi pencegahan semakin diutamakan oleh rakyat Malaysia, mencerminkan perubahan ketetapan minda ke arah pengurusan kesejahteraan yang proaktif. 



Penekanan terhadap pencegahan dikukuhkan lagi dengan data terbaharu daripada Tinjauan Perhubungan Awam Memperkasakan Kesihatan & Ekonomi APAC 2025 (2025 APAC Health & Economic Empowerment PR Survey), yang mendapati bahawa 61% daripada responden Malaysia menarafkan kesihatan dan kesejahteraan semasa mereka sebagai sangat baik atau lebih baik, manakala 57% meramalkan penambahbaikan berterusan pada masa depan. 

Mengulas mengenai perkembangan ini, Dr. Vipada Sae Lao berkata, “Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Rakyat Malaysia semakin sedar tentang betapa pentingnya pendekatan proaktif demi manfaat kesihatan mereka.”

Jadi, apa yang harus kita lakukan? Bertentangan dengan kepercayaan umum, pelaburan dalam kesihatan diri tidak semestinya melibatkan perubahan ketara.  Malah, pelaburan kesihatan paling bijak ialah menerusi amalan yang konsisten, sihat dan berlandaskan sains bagi memastikan tubuh kekal berdaya tahan.  Pemakanan yang seimbang dan kaya dengan nutrien, melakukan aktiviti fizikal yang anda gemari, tidur lena yang memulihkan badan, minum air yang secukupnya dan kawalan tekanan atau stres yang berkesan adalah unsur-unsur penting untuk mengekalkan kesejahteraan. 

Pencegahan, pada asasnya, adalah usaha memberikan permulaan terbaik kepada diri kita pada masa hadapan.

Tubuh Anda Paling Memahami Keperluannya

Badan anda sihat apabila anda memberikannya apa yang diperlukan, dan bukan sekadar mengikut  trend semasa. 



Mulakan dengan mengamalkan diet yang mencerminkan metabolisme, keperluan pemakanan, matlamat kesihatan dan pilihan kebudayaan unik anda agar ia dapat disesuaikan secara semula jadi dalam rutin harian. Makanan yang berkhasiat merangkumi protein rendah lemak bermutu tinggi, karbohidrat sihat, asid lemak penting, serat, vitamin dan mineral, dan pelbagai jenis antioksidan  yang diperlukan untuk mengekalkan tenaga, memulihkan badan dan mencapai kesejahteraan keseluruhan. Pastikan anda minum air yang secukupnya, menguruskan tekanan dengan strategi praktikal dan menyokong kesihatan usus menerusi makanan yang kaya dengan serat, probiotik dan amalan makan secara sedar. Anggaplah langkah-langkah ini sebagai memberikan apa yang diperlukan oleh badan anda perlukan melalui pemakanan. 

Gabungkan pemakanan dengan pergerakan atau senaman yang anda gemari, iaitu sesuatu yang boleh anda lakukan secara konsisten, kerana senaman seharusnya mencergaskan badan, bukannya meletihkan diri. Beri keutamaan kepada tidur dan rehat berkualiti, yang memainkan peranan amat penting dalam metabolisme, keseimbangan hormon dan pemulihan. 
 
Sokongan berlandaskan Sains untuk Memenuhi Keperluan Anda 

Sambil anda menyesuaikan rutin kesihatan diri, anda perlu mempertimbangkan pemakanan tambahan atau suplemen dengan cara yang sama. Hasil Tinjauan Pemakanan Tambahan Bertanggungjawab Herbalife Asia Pasifik 2025 menyuarakan kebimbangan ramai rakyat Malaysia. Dalam kalangan 1,000 rakyat Malaysia yang ditinjau selidik, 43% mengambil suplemen setiap hari, manakala 63% melaporkan pengambilan lebih daripada satu jenis suplemen kesihatan. Walaupun begitu, 34% berkata bahawa mereka kurang yakin untuk memilih suplemen yang betul. 

Cara terbaik untuk menentukan pengambilan suplemen ialah dengan menjadikannya pelengkap kepada diet anda. Jangan hanya ambil apa yang sedang hangat diperkatakan oleh orang lain. Mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan atau pakar pemakanan berkelayakan untuk membantu anda memilih formula yang bermutu tinggi berlandaskan sains daripada sumber yang dipercayai untuk menyokong tahap tenaga, keimunan dan fungsi harian anda. Suplemen yang dipilih dengan penuh pertimbangan  boleh dijadikan sebahagian daripada rancangan kesejahteraan diri anda.

Menguruskan Tekanan: Faktor Penting Dalam Kesejahteraan Jangka Panjang 

Gaya hidup pantas yang diamalkan oleh sebahagian besar daripada kita sering kali bermakna masa kerja berpanjangan, corak pemakanan tidak tetap, tanggungjawab lebih besar, jangkaan lebih tinggi dan pendedahan digital yang lebih berleluasa. 



Tekanan yang tidak terurus dan berpanjangan memberikan kesan ketara terhadap sistem biologi di dalam badan, termasuk tindak balas imun, fungsi usus, kecekapan metabolisme dan kawalan hormon kortisol.

Amalkan kaedah pengurusan tekanan yang mudah seperti bermeditasi, rehat secara berkala semasa bekerja, mewujudkan rutin menenangkan pada waktu malam, rutin tidur yang konsisten dan mendapatkan bantuan profesional apabila diperlukan. 

Kajian mendapati bahawa hubungan keluarga dan komuniti yang kukuh merupakan penentu penting kebahagiaan dan panjang umur bagi penduduk dalam Zon Biru. Justeru menjalin hubungan peribadi yang erat dan keterlibatan dalam komuniti yang saling memberi sokongan adalah cara yang bermakna untuk mengekalkan komitmen kepada rutin kesejahteraan anda, sambil mengurangkan kesan psikologi tekanan harian. 

Teknologi Harian Yang Membantu Meningkatkan Kesihatan

Akhir sekali, gunakan teknologi untuk memudahkan anda memantau kemajuan anda. Aplikasi yang mudah digunakan boleh membantu menyelaraskan jadual anda yang sibuk.  Sama ada anda menggunakan aplikasi yang menjejak langkah, corak tidur, kandungan sajian dan pengambilan air, atau menggunakan peranti pengurusan diri yang mengukur parameter kesihatan utama yang disyorkan oleh penyedia penjagaan kesihatan anda, pelbagai pilihan praktikal boleh dimanfaatkan dengan hanya satu klik. Apabila digunakan secara konsisten, aplikasi mesra pengguna ini boleh memberikan maklumat jelas, struktur dan dorongan kecil yang menjadikan pilihan sihat lebih mudah dikekalkan dalam jangka panjang.


Selamat Tahun Baharu! Jadikan 2026 tahun yang sihat sejahtera bagi anda.





Krismas kembali lagi, dan seperti musim perayaan yang lain, inilah masanya untuk kita berkumpul bersama rakan, keluarga dan sudah tentu, menikmati makanan yang lazat. Namun, banyak hidangan dan snek musim perayaan mengandungi kalori yang tinggi tetapi rendah nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita. Pengambilan makanan yang tidak terkawal atau berlebihan, ditambah pula dengan aktiviti fizikal yang berkurangan, boleh menyebabkan kenaikan berat badan antara 0.5 hingga 1 kg dalam masa seminggu, terutamanya jika kita mengambil tambahan kira-kira 500 kcal sehari . Untuk memberi gambaran betapa cepatnya kalori boleh terkumpul, seorang dewasa yang kurang aktif disarankan mengambil kira-kira 2,000 kcal sehari bagi lelaki dan 1,500 kcal bagi wanita . Untuk membakar 500 kcal, anda mungkin memerlukan kira-kira 50 minit berbasikal atau sekitar sejam berjoging, bergantung pada intensiti dan tahap kecergasan.



Menurut Susan Bowerman, Pengarah Kanan Pendidikan dan Latihan Pemakanan Global serta Pengerusi Lembaga Penasihat Dietetik dan Lembaga Penasihat Pemakanan Luaran Herbalife, salah satu cara untuk mengurangkan godaan makanan manis dan tidak sihat musim perayaan ini ialah dengan menambah lebih banyak protein dalam setiap hidangan sambil mengurangkan pengambilan karbohidrat terproses dan lemak. Anda akan berasa lebih kenyang, sekali gus membantu mengawal pengambilan makanan dan mengurangkan tabiat mengambil snek tidak sihat.

Peranan Protein

Protein penting kerana ia membantu membina dan mengekalkan jisim otot tanpa lemak. Ia merupakan komponen penting dalam diet sihat kerana protein adalah antara blok binaan utama bagi pelbagai struktur sel dalam tubuh. Protein juga membantu menjadikan hidangan lebih mengenyangkan. Mengambil protein dalam setiap hidangan dan snek dapat membantu mengawal rasa lapar sepanjang hari serta memastikan keperluan protein individu yang berbeza mengikut saiz dan komposisi badan, umur dan tahap aktiviti dapat dipenuhi.

Makanan tinggi protein  yang biasa dinikmati di Malaysia seperti daging, ayam, telur, kekacang, tauhu, tempe dan bijian turut membekalkan vitamin B, vitamin E, zat besi, zink dan magnesium. Jadi, apabila anda menambah sumber protein sambil mengurangkan kalori kosong, anda sebenarnya memperoleh lebih banyak nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh.

Cara Mengelakkan Makan Berlebihan Ketika Musim Perayaan

Berikut ialah beberapa cara untuk menggantikan pilihan makanan dengan sumber protein ketika anda berdepan pelbagai godaan musim perayaan:



Mulakan Hari dengan Sarapan Sihat dan Tinggi Protein

Mulakan hari anda dengan sarapan tinggi protein — kira-kira 25 gram sudah mencukupi. Daripada memilih hidangan seperti roti canai dan nasi lemak, yang masing-masing mengandungi sekitar 420 kcal dan 780 kcal, cuba pilihan yang lebih sihat seperti minuman pengganti makanan atau oat yang dicampur serbuk protein . Kajian menunjukkan bahawa sarapan yang kaya dengan protein bukan sahaja membantu anda kekal kenyang hingga ke waktu makan tengah hari, malah boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan sepanjang hari*.

Amalkan Snek yang Lebih Berkhasiat

Ada jemputan ke majlis perayaan? Makan sedikit dulu supaya tidak berperut kosong. Ambil snek yang mengenyangkan terlebih dahulu, seperti yogurt Greek tanpa gula atau keju kotej tanpa lemak bersama buah, atau bar snek berprotein.

Anda juga boleh membawa pilihan snek mudah dibawa bersama, seperti segenggam kacang tanpa garam, bar protein, atau sebatang keju rendah lemak sebagai persediaan jika perlu.

Pilih Hidangan Perayaan dengan Lebih Bijak

Apabila memilih hidangan untuk jamuan majlis perayaan, terdapat beberapa cara untuk menjadikannya lebih sihat. Untuk hidangan utama, pilih sumber protein tanpa lemak seperti ikan panggang, ayam, daging tanpa lemak, atau pilihan vegetarian seperti kacang dan lentil. Elakkan penggunaan sos dan kuah berkalori tinggi secara berlebihan.



Anda mungkin mahu mengurangkan (atau mengelakkan terus) hidangan berkanji seperti nasi putih, roti, kentang lenyek dan pasta tepung putih. Sebagai gantinya, penuhi pinggan anda dengan lebih banyak sayur-sayuran dan salad, serta pilih sumber protein berasaskan tumbuhan dan bijirin seperti lentil, quinoa, beras perang atau pasta gandum penuh. Pastikan juga anda peka terhadap “kalori cecair”, kerana minuman perayaan selalunya mengandungi banyak kalori. Segelas air berkarbonat dengan perahan lemon atau limau sudah cukup memberikan rasa meriah tanpa kalori, dan pada masa yang sama membantu memastikan anda kekal terhidrat.

Anda tidak perlu mengelakkan terus makanan perayaan kegemaran anda. Salah satu caranya ialah dengan meninggalkan snek biasa yang boleh anda makan sepanjang tahun, seperti biskut coklat cip, dan sebaliknya nikmati dalam kuantiti kecil hidangan istimewa Krismas yang sinonim dengan musim perayaan, seperti roti halia (gingerbread).

Dan jangan lupa untuk meneruskan (atau memulakan!) rutin senaman anda — bukan sahaja anda akan berasa lebih segar, malah anda juga akan kelihatan hebat dalam persalinan perayaan anda.








Edisi ke-37 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) telah diadakan dengan mengangkat tema ‘SATUKeunggulan’ yang membawa mesej penghargaan terhadap kejayaan artis tempatan yang terus mengangkat bakat Dan kebolehan mereka, bukan sahaja di tanah air, malah menembusi pentas antarabangsa pada era digital yang penuh mencabar.



Namun penganjuran kali ini dilihat tidak kurang sama seperti majlis annual dinner sebuah syarikat sahaja. Tiada lagi gah dan prestij seperti mana penganjuran terdahulu. Ini kerana majlis di adakan dalam dewan hotel yang jauh lebih kecil. Juga pentas yang sangat terhad dan kecil. Serta tahun ini hanya satu tajaan besar sahaja iaitu Daia.

Barisan pemenang juga dilihat berat kearah barisan pekerja Media Prima. Terutama bagi kategori Penyampai Radio Popular dan juuga Pengacara TV popular. Popular ker mereka ada fan club ker?

Kemenangan Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah binti Zakri sebagai Bintang Paling Popular sudah diramal. Ernie bejaya membawa pulang trofi dan juga wang tunai RM30,000 sahaja. Tidak seperti mana pemenang terdahulu hadiah lebih meriah. Beliau  mengalahkan senarai top 5 kategori tersebut. Peliknya ada senarai top 5 untuk Bintang Paling Popular, tapi ada yang senarai top 5 tidak menang bagi kategori yang mereka tersenarai.



ABPBH 37 menampilkan kategori 16 kategori utama dan 5 kategori ekstra. Berikut merupakan senarai kategori Utama yang dipertandingkan pada ABPBH 2025 kali ini.

Anugerah bintang paling popular – Ernie Zakri
Anugerah pencapaian sepanjang hayat – Kumpulan Alleycats
Penyampai radio popular – Haiza (Cool FM)
Artis baharu lelaki popular – Jazmy Juma
Artis baharu wanita popular – Umairah
Penyanyi lelaki popular – Hael Husaini
Penyanyi wanita popular – Ernie Zakri
Aktor pembantu filem popular – Adam Lee
Aktres pembantu filem popular – Heliza Helmi
Aktor filem popular – Fattah Amin
Aktres filem popular – Sweet Qismina
Aktor pembantu TV popular – Nazim Othman
Aktres pembantu TV popular – Raja Azura
Aktor TV popular – Zahiril Adzim
Aktres TV popular – Emma Maembong
Artis komedi popular – Joey Daud
Pengacara TV popular – Fiza Sabjahan (WHI)

Berikut pula adakah senarai kategori Ekstra kali ini:

Gandingan Serasi Drama Popular - Shukri Yahaya dan Anna Jobling
Gandingan Serasi Filem Popular - Iedil Dzuhrie Alaudin dan Emma Maembong
Lagu Paling Boom Popular - Nurcinta (Amir Masdi) 
Artis Kontroversi Popular - Fattah Amin
Seller Terpaling Popular - Datuk Seri Aliff Shukri dan Ammar Ahyan





Primadona negara Era Fazira telah sah bergelar isteri dengan sekali lafaz dalam upacara indah yang berlangsung di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, disaksikan keluarga dan sahabat terdekat.



Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Noordin dengan mas kahwin, ufti bunga emas seberat 102 gram.

Ufti bunga emas yang dijadikan mas kahwin adalah simbolik tradisi masyarakat Melayu abad ke-14, merangkumi 24 keping dinar emas.

Tidak membawa dulang hantaran, beberapa barangan berjenama diletakkan di atas talam dan dibawa dengan tandu sebagai simbolik majlis pada hari ini.

Turut hadir memberi restu ialah anak Erra, Engku Aleesya, dan anak gadis Ezwan, Sofia.



Sebelum ini Era mengumumkan tarikh pernikahan ketika majlis pelancaran muzik video Cinta Abadi 2025.

Tidak disangka, ulang tahun kelahirannya yang ke-51 menjadi detik paling indah apabila beliau akhirnya dipersatukan dengan jejaka pilihan hatinya selepas setahun mengenali hati budi.

Erra, 51 telah 11 tahun begelar ibu tunggal dan Ezwan, 44 juga seorang bapa tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan. Ezwan, pemilik rangkaian restoran Kueh, mula rapat dengan Erra setelah perkenalan mereka di konti Sinar FM pada 2022.








Bulan madu adalah, tanpa persoalan, salah satu bab yang paling ajaib dan intim dalam perjalanan pasangan bersama, masa yang dibezakan untuk memperdalam sambungan, memupuk persefahaman bersama, dan mencipta kenangan yang dihargai yang akan menerangi kehidupan bersama mereka selama bertahun -tahun yang akan datang. Suatu ketika dahulu, mimpi -mimpi ini melarikan diri mengikuti jalan yang biasa: pantai laut terpencil, retret alam yang tenang, dan momen yang tenang di bawah langit terbuka. Tetapan yang tenang ini menawarkan pasangan latar belakang yang sempurna untuk berhenti sejenak, mencerminkan, dan hanya bersatu dan dengan janji yang terungkap tentang kehidupan baru mereka.

Tetapi cinta hari ini merindukan lebih banyak lagi. Cakrawala yang berbeza, destinasi yang terasa tidak disentuh, tidak dibayangkan -di mana percintaan, kemewahan, dan kebudayaan entwine dalam keharmonian yang sempurna.



Dan pada kanvas keinginan ini, Saudi muncul sebagai permata tersembunyi -tempat suci bulan madu yang belum diterokai namun bersemangat. Di sini, Laut Merah Saudi berbisik percintaan abadi, pencinta buaian padang pasir di bawah langit yang penuh bintang dan bandar-bandar futuristik berkilau dengan janji. Tanah di mana permulaan merasa suci dan cinta dirayakan dengan kemewahan.

Saudi, yang pernah dirayakan hanya untuk warisan rohaniya, kini melancarkan pesona tersembunyi sebagai destinasi mewah. Di sini, cinta menemui makna baru dalam kesunyian padang pasir yang luas, berkilau Laut Merah Saudi, dan glamor bandar -bandar futuristik. Bagi pasangan yang memulakan bab baru mereka, Saudi menawarkan gabungan yang sempurna dari percintaan, mewah, dan pengalaman penuh semangat.

Kanvas Percintaan

Bagi pasangan Malaysia yang bermimpi lautan, pantai Laut Merah Saudi tidak ada yang ajaib. Di sepanjang Corniche Jeddah, angin laut bermain dengan rambut anda sementara cakrawala bersinar merah pada waktu matahari terbenam. Resort swasta berhampiran Alula menawarkan lebih banyak keintiman -vila eksklusif di mana dunia di luar hilang, meninggalkan hanya dua hati yang berdegup dalam harmoni.



Di sini, bulan madu boleh memanjakan pengalaman yang dibuat untuk percintaan: pelayaran kapal layar matahari terbenam, makan di restoran bawah air dengan sekolah-sekolah ikan meluncur masa lalu, atau tangan snorkeling di tangan di perairan yang jelas. Laut Merah Saudi tidak hanya menawarkan pandangan -ia melukis kenangan yang berlangsung seumur hidup.

Impian Padang Pasir Dan Malam Berbintang

Gurun selalu menjadi simbol misteri. Di Saudi, ia telah berubah menjadi surga untuk percintaan. Alula, dengan tebing batu pasir dramatik dan makam purba, adalah destinasi yang terasa seperti melangkah ke dunia lain. Gosok besar 'Al Khali, yang dikenali sebagai suku kosong, menawarkan bukit -bukit emas yang tidak berkesudahan di mana kesunyian bercakap lebih kuat daripada kata -kata.

Resort padang pasir mewah di sini mentakrifkan makna pengasingan. Pasangan boleh mengalami meluncur di bawah langit starlit, menunggang unta dengan cahaya bulan, atau berkongsi makan malam lilin di bukit -bukit di bawah bulan perak. Setiap saat terasa intim, petualang, dan tidak sempurna untuk pasangan yang mencari keseronokan dan kelembutan.

Riyadh & Jeddah : Bandar Futuristik Dengan Jiwa

Walaupun Alam menawarkan ketenangan, bandar -bandar Saudi membawa ketegangan dan glamor. Riyadh, ibukota Saudi, adalah sebuah bandar kontras yang menarik -souqs yang berdiri di samping menara kaca, dan tradisi bercampur dengan inovasi. Bulan madu boleh menikmati pemandangan panorama dari Menara Kingdom, makan di restoran di atas bumbung, atau membeli -belah di pusat membeli -belah mewah yang menampilkan jenama global dan homegrown.



Jeddah, sebaliknya, adalah pintu masuk ke Laut Merah Saudi. Corniche tepi lautnya sempurna untuk berjalan-jalan petang, sementara daerah-daerah yang penuh seni dan al-Balad bersejarah menambah kedalaman budaya untuk melarikan diri romantis. Bersama -sama, bandar -bandar ini menawarkan keselesaan moden, bakat artistik, dan peluang yang tidak berkesudahan untuk meraikan cinta dalam gaya.

Kemewahan Yang Disesuaikan, Jalan Anda

Mewah sering datang dengan ketakutan untuk melampaui overspending, tetapi Saudi menawarkan fleksibiliti dan pilihan. Pakej bulan madu direka untuk memenuhi rasa dan belanjawan yang berbeza.

Pasangan yang mencari kemewahan boleh memilih vila-vila peribadi dengan kolam infiniti, makan malam di bawah bintang-bintang, dan lawatan kapal layar yang diperibadikan. Mereka yang mencari keanggunan yang berpatutan boleh memilih resort bergaya yang mengimbangi keselesaan dengan gaya. Pengendali pelancongan juga merancang jadual perjalanan adat, menggabungkan kerohanian, alam semula jadi, dan kelonggaran moden, memastikan setiap perjalanan pasangan terasa unik.

Kesesuaian ini menjadikan Saudi sebagai destinasi yang mengalu -alukan semua pasangan -mereka yang mengejar kemegahan serta mereka yang mencari keintiman pada anggaran.

Permulaan Suci

Mungkin aspek yang paling mendalam dari bulan madu Saudi adalah peluang untuk memulakan perjalanan hidup dari Tanah Suci. Bagi banyak pasangan, memulakan perkahwinan mereka dengan lawatan ke Makkah dan Madinah menambah kedalaman yang tidak dapat ditandingi kepada pengalaman.

Bayangkan menunaikan doa bersama -sama dengan tenang Suasana masjid -masjid suci, dan kemudian membawa berkat rohani ke hari -hari yang penuh dengan matahari terbenam Laut Merah Saudi dan pengembaraan padang pasir. Ini perjalanan yang menyatukan kepercayaan, percintaan, dan kemewahan -hadiah yang jarang berlaku hanya boleh ditawarkan Saudi.

Bulan madu lebih daripada percutian; Ia adalah asas kenangan seumur hidup. Saudi menyampaikan destinasi yang eksotik namun rohani, mewah namun penuh semangat. Ia adalah tempat di mana pengantin baru boleh berjalan melalui warisan kuno, berlayar di laut biru, makan di bawah bintang -bintang padang pasir, dan meraikan cinta mereka di bandar -bandar futuristik.

Bagi pasangan yang mencari sesuatu di luar biasa, Saudi bukan sekadar destinasi -itu mimpi. Ia adalah tanah di mana cinta bermula dengan kemewahan.








Kumpulan Nanas menepati ramalan dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 5 (MLS5) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.



Kumpulan yang dianggotai oleh Achey, Namie dan Shashic setiap minggu mempamerkan lawak yang konsistan dan diluar kotak selalu mendapat pujian dari juri tetap iaitu Aznil Hj Nawawi, Bella Astila dan Zizan Razak. 

Manakala kumpulan Roda yang dianggotai oleh Fad, Sharif dan Naqiu mendapat markah mendapat tempat kedua, menerima hadiah wang tunai RM75,000 berserta trofi.

Seterusnya satu-satunya kumpulan wanita iaitu Kimbab yang dianggotai Zulin Aziz, Nasz Sally dan Maryam Kimchi di tempat ketiga membawa pulang RM50,000 serta trofi. 

Kumpulan Puteh yang dianggotai Ali Puteh, Mamak Puteh dan Aretoy pula menerima hadiah wang tunai RM25,000 serta trofi. 

Ahli kumpulan Nanas iaitu Namie memenangi anugerah Superstar Paling Gempak MLS5. Pada malam minggu akhir semua kumpulan dikehendaki melakukan dua tugasan. Tugasan kedua pula bersama dengan artis jemputan. 






Jumaat lepas, pencarian Dewi Remaja melakar satu lagi sejarah apabila Nylea dinobatkan sebagai juara bagi tahun 2025, sekaligus mengukuhkan namanya sebagai wajah baharu yang bakal mencorak landskap hiburan tempatan pada masa akan datang.



Menurut Nylea atau pemilik nama sebenar Nylea Binti Adzlan (23), beliau mengakui kemenangan itu bukan sekadar trofi, tetapi simbol hasil usaha tanpa henti sepanjang hampir empat bulan berentap dalam setiap cabaran mingguan pencarian ikonik tersebut.

Sebagai juara, Nylea menerima mahkota Dewi Remaja bersama selempang, trofi dan wang tunai RM15,000 sebagai simbol pengiktirafan atas segala kerja keras dan dedikasinya.

Manakala Naib Juara pula menjadi milik Nelysa Kay sekaligus membawa pulang wang tunai RM10,000, selempang beserta trofi.



Tempat ketiga dinobatkan kepada Dheper dan membawa pulang wang tunai RM5,000, selempang beserta trofi. Sementara Marisa pula berada di tempat keempat dan menerima wang tunai RM2,000 selempang beserta trofi.

Dalam pada itu, Elisa Chew diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas iaitu Anugerah Dewi Persahabatan manakala Dewi Favourite menjadi milik Sharmaine.



Pentas akhir Dewi Remaja 2025 kali ini diadili oleh juri tetap yang juga pelakon dan personaliti terkenal iaitu Kamal Adli dan Nabila Huda juga Scha Alyahya bertindak sebagai juri jemputan. Malam kemuncak itu juga dihoskan oleh Keanu Azman dan juga Shaza Bea.







KL East Mall Sime Darby Property bakal menyambut ulang tahun ke-5 tahun, dan sambutannya pasti akan menjadi sesuatu yang hebat, dengan siri aktiviti, ganjaran dan pengalaman keluarga selama sebulan yang berlangsung sehingga 3 Januari 2026. Sambutan ini merupakan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas kepada pembeli, penyewa dan komuniti yang telah membentuk pusat membeli-belah ini sehingga kini.



Dalam masa hanya lima tahun, KL East Mall telah berkembang menjadi hab membeli-belah, tempat makan dan riadah yang meriah. Dengan penghunian penuh, pusat membeli-belah ini kini menempatkan lebih daripada 180 penyewa dan mengalu-alukan hampir sejuta pengunjung setiap bulan. Ia telah menjadi destinasi pilihan bagi komuniti KL East, Taman Melati, Taman Melawati, Ampang dan Titiwangsa, yang bersama-sama menjadi rumah kepada lebih 500,000 penduduk.

Sepanjang bulan sambutan, Atrium Utama akan berubah menjadi pameran yang meriah yang menampilkan pemasangan kek tiga tingkat yang ikonik dan pameran kreatif oleh jenama seperti Jaya Grocer, Camp5, Decathlon, Bayu Somerset dan Montigo, menetapkan nada untuk musim keseronokan dan penemuan.



Pada bulan November, pembeli boleh menikmati pelbagai ganjaran dan pengalaman. Perbelanjaan minimum RM400 dalam satu resit membolehkan pembeli menebus kotak buta BRYKS dan baucar penyewa, manakala mereka yang berbelanja RM800 atau lebih dalam satu resit akan menerima beg tote Sometime eksklusif.

Kegembiraan ini melangkaui bulan November dengan peraduan EPIC Spend & Win, yang berlangsung dari sekarang hingga 3 Januari 2026. Setiap RM500 yang dibelanjakan dalam satu resit akan mendapat satu tiket penyertaan untuk cabutan bertuah. Hadiah termasuk ganjaran mingguan, hadiah sepuluh saat teknologi premium, peranti gaya hidup dan hadiah emas; dan dua hadiah utama: sepasang penerbangan pergi balik ke Taipei termasuk baucar membeli-belah KL East Mall bernilai RM10,000 untuk setiap pemenang.



Suasana perayaan dipertingkatkan dengan bengkel hujung minggu interaktif. Direka untuk kanak-kanak dan orang dewasa, sesi amali ini termasuk Lukisan Seni Pasir, Lukisan Muka dan Bengkel Pesona Telefon.

Sebagai destinasi sehenti, KL East Mall terus menyatukan komuniti melalui pelbagai tawaran tempat makan, runcit dan riadahnya. Pembeli boleh menikmati hidangan kegemaran seperti A’Decade, Café Chef Wan, Dolly Dim Sum, Restoran Makanan Laut Galah Gala, Kenny Hills Bakers dan Serai, berserta masakan antarabangsa seperti K Fry Urban Korean, Ole-Ole Bali dan Sukiya. Untuk fesyen dan gaya hidup, pusat membeli-belah ini menempatkan jenama-jenama ternama termasuk H&M, MUJI, Calaqisya, KHATAM dan Zora Designers. Terdapat pelbagai pilihan keseronokan dan rekreasi seperti GSC, Blue Ice-Skating Rink, Camp5 dan Jungle Gym.



Selain runcit, pusat membeli-belah ini juga telah mengukuhkan kedudukannya sebagai hab komuniti, seni dan budaya, menganjurkan acara dan aktiviti sepanjang tahun. Acara kemuncak tahun ini termasuk Festival Seni Yayasan Sime Darby (“YSDAF”) dan pameran Kraftangan Malaysia yang mempamerkan kraftangan tempatan, antara program lain.

Kempen EPIC 5 meraikan lima tahun detik bersama, persahabatan dan keseronokan, mewakili peristiwa penting dan mesej penghargaan kepada semua orang yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan pusat membeli-belah ini. Sertai sambutan ini dan jadikannya epik di KL East Mall!



Untuk maklumat lanjut dan butiran lanjut tentang acara dan bengkel hujung minggu, sila layari http://www.kleastmall.com atau ikuti kami di Facebook dan Instagram.








Kadar diabetes semakin meningkat di rantau Asia-Pasifik (APAC), dan dijangka menjadikan rantau ini sebagai penyumbang terbesar kepada beban ekonomi global akibat penyakit diabetes menjelang tahun 2030. Di Malaysia, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan bahawa 15.6% orang dewasa berumur 18 tahun ke atas hidup dengan diabetes. Lebih membimbangkan, kira-kira dua daripada lima kes masih belum didiagnosis, manakala kelaziman diabetes yang diketahui meningkat secara berterusan kepada 9.7% .

Dr. Alex Teo, Pengarah Pembangunan Penyelidikan dan Hal Ehwal Saintifik, Asia Pasifik, Herbalife

NHMS 2023 turut mendapati bahawa 54.4% orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dan obes, yang menjadi satu kebimbangan kerana obesiti ialah faktor risiko utama tetapi boleh diubah untuk diabetes jenis 2 . Pertambahan berat badan yang berlebihan boleh meningkatkan risiko diabetes jenis 2, sekali gus mencetuskan kesan berantai yang membawa kepada rintangan insulin, iaitu keadaan di mana tubuh tidak lagi bertindak balas secara berkesan terhadap insulin, lalu menyebabkan paras gula dalam darah meningkat.

Menurut Dr. Alex Teo, Pengarah Pembangunan Penyelidikan dan Hal Ehwal Saintifik, Asia Pasifik, Herbalife, “risiko ini semakin meningkat disebabkan oleh gaya hidup bandar pesat dengan rutin yang serba sibuk, penuh tekanan dan bersifat sendetari. Waktu bekerja yang panjang serta kemudahan mendapatkan makanan segera sering mendorong kepada tabiat pemakanan tidak sihat atau “stress-eating”, di mana snek dan hidangan manis sering dianggap sebagai jalan mudah untuk melegakan tekanan.”

Dr. Alex Teo juga menekankan kebimbangan yang semakin meningkat berkaitan isu obesiti dalam kalangan kanak-kanak, dengan menyatakan bahawa seorang daripada tiga kanak-kanak berusia antara 5 hingga 17 tahun di Malaysia kini mempunyai berat badan berlebihan atau obes . Jelas beliau lagi, obesiti pada usia muda membuka ruang kepada pelbagai cabaran kesihatan sepanjang hayat, termasuk diabetes jenis 2 serta penyakit kronik lain.

Ia juga penting untuk kita sedari bahawa sesetengah individu kelihatan mempunyai berat badan normal, tetapi sebenarnya membawa lebihan lemak dalam badan, satu keadaan yang dikenali sebagai “TOFI” (thin outside, fat inside). Ini adalah perkara biasa di kalangan orang Asia, serta individu yang mengambil protein secara tidak mencukupi dan menjalani gaya hidup tidak aktif. Diabetes jenis 2 juga boleh berlaku tanpa sebarang gejala pada peringkat awal, yang bermaksud seseorang mungkin mempunyai paras gula darah yang tinggi tanpa sedar.

Menangani “diabesiti” — iaitu keadaan di mana seseorang individu mengalami diabetes dan obesiti secara serentak — perlu bermula dengan usaha mengatasi punca asasnya, seperti pemakanan tidak seimbang dan kurang aktiviti fizikal, sebelum ia membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius. Dengan mengamalkan pilihan gaya hidup yang lebih sihat secara berperingkat dan berterusan setiap hari, termasuk penurunan berat badan sederhana, individu boleh meningkatkan kepekaan tubuh terhadap insulin serta mengurangkan risiko menghidap diabetes.



Makan dengan Bijak: Perubahan Kecil dalam Pemakanan Boleh Membawa Perbezaan Besar


Pemakanan memainkan peranan penting dalam pencegahan dan pengurusan diabetes jenis 2.

Makanan dengan indeks glisemik (GI) tinggi, seperti roti putih dan snek manis, boleh menyebabkan paras gula dalam darah meningkat dengan cepat seterusnya membawa kepada rintangan insulin. Mengurangkan pengambilan minuman bergula seperti teh buih atau “bubble tea” dapat membantu mengawal pengambilan gula berlebihan dan meningkatkan kawalan paras gula dalam darah. Sebagai contoh, mutiara tapioka dalam minuman teh buih yang popular menambah kalori dan meningkatkan indeks glisemik, sekali gus menyumbang kepada obesiti, memburukkan diabetes dan menjejaskan kawalan tekanan darah. Sebaliknya, pilihan yang lebih sihat seperti bijirin penuh serta buah-buahan dan sayur-sayuran kaya serat dapat membantu menstabilkan paras gula darah dengan melambatkan penyerapan gula, di samping memberikan rasa kenyang lebih lama dan menyokong sistem penghadaman.

Dengan memberi tumpuan kepada pengambilan makanan semula jadi yang kaya dengan nutrien serta mengurangkan makanan diproses, individu dapat mengawal diabetes dengan lebih berkesan, di samping mempertingkat tahap kesihatan menyeluruh dan fungsi metabolik tubuh.



Menyokong pemakanan dengan suplemen yang tepat

Protein, asid lemak omega-3 dan magnesium merupakan nutrien penting yang membantu dalam pengurusan berat badan serta menyokong kesihatan metabolik, khususnya bagi individu yang berisiko menghidap diabetes jenis 2.

Protein membantu mengawal selera makan dengan meningkatkan rasa kenyang serta merangsang metabolisme, kerana proses pencernaannya memerlukan lebih banyak tenaga dan membantu membakar lebih banyak kalori. Asid lemak omega-3, yang terdapat dalam ikan seperti salmon, pula berperanan mengurangkan keradangan, meningkatkan kepekaan terhadap insulin, serta mengurangkan risiko penyakit berkaitan obesiti. Magnesium pula menyokong fungsi insulin dan metabolisme glukosa, sekali gus meningkatkan kepekaan terhadap insulin dan membantu mengawal paras gula dalam darah. Ia juga mengekalkan tekanan darah yang sihat dan menyokong fungsi otot, menjadikan tubuh lebih mudah untuk kekal aktif serta menguruskan berat badan.




Amalkan gaya hidup lebih sihat

Pilihan gaya hidup yang sihat juga memainkan peranan penting dalam mengurus dan mencegah diabetes jenis 2. Aktiviti fizikal secara berkala, seperti 150 minit senaman sederhana setiap minggu, membantu mengawal berat badan dan meningkatkan kepekaan terhadap insulin — dua faktor utama dalam pencegahan serta pengurusan diabetes. Sekiranya sukar mencari masa untuk bersenam semasa hari bekerja, alternatif mudah seperti melakukan yoga di meja kerja (desk yoga) atau berjalan seketika sebelum dan selepas makan juga mampu memberi kesan positif terhadap kestabilan paras gula dalam darah. Langkah-langkah kecil ini bukan sahaja menguatkan tubuh badan, tetapi turut meningkatkan tahap tenaga, kesejahteraan menyeluruh serta menyokong matlamat kesihatan jangka panjang.

Tidur yang tidak mencukupi dan tekanan kronik boleh mengganggu fungsi metabolik serta meningkatkan risiko menghidap diabetes. Oleh itu, memberi keutamaan kepada rehat yang mencukupi dan pengurusan tekanan amat mustahak bagi mengekalkan keseimbangan kesihatan tubuh. Kaedah pengurangan tekanan yang praktikal seperti meditasi dan latihan pernafasan dalam dapat membantu mengawal hormon tekanan, sekali gus meningkatkan keseimbangan metabolik dan menyokong kesejahteraan menyeluruh.

Mengurus kesihatan mungkin dirasakan mencabar di tengah-tengah tuntutan gaya hidup yang sibuk. Namun, perubahan kecil tetapi konsisten dalam rutin harian, disertai dengan langkah pencegahan dan pengesanan awal, merupakan antara faktor utama yang dapat membantu dalam usaha mencegah diabetes.