Pencetus Revolusi Superstar itu lah yg dilaung-laungkan oleh pengacara Aznil Hj Nawawi setiap kali habis persembahan peserta Mania. Namun adakah sampai tahap persembahan peserta Mania pada konsert yg pertama. Jng sebutlah 'ni konsert pertama biasalah byk kekurangan' ayat tu hanya boleh di ucapkan pada konsert AF dahulu atau konsert Mentor masa mereka mula nak mencipta nama. Kini Mania memperntadingkan bukan lagi penyanyi amatur tetapi penyanyi peringkat antarabangsa. Ye lah ada sesetengah peserta Mania yg pernah menang peringkat antarabangsa malah pernah menjadi juara dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu. Sepatutnya kita tidak di sajikan lagi dengan persembahan yg ada kesilapan kecil yg tidak boleh dimaaf sebagai seorang yg telah begelar artis. Sungguh rugilah mereka jika tidak menggunakan ruang galaksi Mania ini untuk terus mengukuhkan nama mereka. Bukan sekadar buat persembahan melepas batuk ditangga, nyanyi tak sampai piching nyanyi tiada perasaan sungguh malulah.
Chaq peserta pertama Mania tersignkir |
Knp ada peserta Mania tak rasa malu kerana sepatut nya dia disingkirkan pada konsert pertama ini dengan persembahan setaraf menyanyi di karaoke malah lebih teruk dari itu. Jgn kata penonton tiada hak untuk bersuara kerana penonton adalah penentu kepada masa depan semua peserta Mania. Harap sedar peserta Mania yg tidak membuat persembahan mebanggakan langsung malah rasa malu dengan produser Ahmad Dani bahawa di Malaysia ada artis yg masih lemah dan tak tahu mcm mana nak nyanyi. Mungkin konsep Mania ini perlu di tingkatkan lagi di masa2 akan dtg kerana jng ia hanya jadi hangat2 tahi ayam seperti yg belaku kepada AF dulu. Jgn kerana nak kutip untung sahaja sanggup menggunakan org lain tapi hasil tiada. Bgitulah yg belaku kepada peserta AF dahulu. Harap Mania adalah satu platform yg betul dan kukuh untuk menjadikan meraka superstar, tahu tak taraf superstar mcm mana? Jng nak buat rancangan sahaja tapi hasil tiada. Harap itu di ambil kira ok. Moga Mania akan terus sukses dan berjaya dengan matlamatnya nanti. Tahniah Mania.
0 comments: