Telah lama tak dengar cerita kumpulan News Boyz selepas semua ahlinya membawa haluan masing-masing. Tomok sibuk dengan penampilan solo beliau yg kini lebih di kenali ramai berbanding ahli kumpulan lain. Adakah ini tanda pepecahan kumpulan yg popular pada sekitar tahun 90an dengan lagu "Sejarah Mungkin Berulang" dan "Meraung". Namun masih belum ada kata putus daripada semua ahli kumpulan ini.
Tapi telah hangat dengan isu salah seorang ahli kumpulan ini terlibat dengan dadah. Nauzubillah minta jauhlah daripada najis paling bahaya di dunia ini. Zack pemain bass kumpulan itu telah di tahan kerana didapati mengedar dadah jenia ganja di kediaman beliau. Menurut kata polis ganja seberat 1.32kg di temui dalam serbuan di rumah beliau di Petaling Jaya Selangor.
Zack yg telah berumahtangga dan mempunyai 2 anak ini bakal berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati jika di sabitkan kesalahan. Tak habis2 artis kita dengan kes dadah ni. Lepas satu-satu menjadi-jadi lak. Adakah kerana itu anak muda sekrang makin ramai juga terlibat dengan dadah, kerana ikon hiburan mereka juga terlibat sama. Ini agak serius dan perlu kepada pemantauan lebih di golongan artis tempatan sekrang ni. Mungkin lepas ini penganjur atau mana2 pihak yg mahu mengadakan konsert kena tgk latar belakar artis ini adakah mereka pernah terlibat dengan dadah atau tidak.
tak salah kat penerbit jgak, isu pemilihan artis mungkin leh dikatakan tidak timbul...yg jadi begini kbnyakkan artis yg dah tak berkecimpun lagi dalam dunia artis,,,then xde kerja dah laa nak keje mane lagi pas jadi artis? sebb itu lah ramai yg terlibat dengan dadah... just my opinian berdasarkan beberapa pemerhatian :)
BalasPadam