Giliran Nicki Minaj pula hina Islam | Dunia Penuh Gosip

Giliran Nicki Minaj pula hina Islam


Tak habis2 dengan isu menghina Islam sebelum ni gempar tentang gambar seorang penyanyi antarabangsa yang membuat tatoo yg menghina Islam di badannya. Kini muncul pulak dengan seorang lagi artis antarabangsa juga perempuan yg jelas menghina Islam dalam rangkap lagunya. Mungkin ada yang perasan dan mungkin tidak apabila sebuah lagu nyanyian Nicki Minaj berjudul 'Beam Me Up Scotty' mempunyai unsur-unsur menghina Islam. 

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Super Bass' secara terang-terangan menghina Islam menerusi bait lirik lagunya 'Beam Me Up Scotty'. Jika diamati lirik lagu tersebut, terdapat satu rangkap lirik yang menyelit perkataan 'Assalamualaikum' dan 'Akbar'. Maksud sebenar 'Assalamualaikum' di dalam Islam adalah ' Selamat sejahtera ke atas kamu'. "Please stop callin me, im such a rock star assalamu alaikum where the fuck is akbar give'em my keys tell'em valet my car".

Tindakkan penyanyi kulit hitam itu telah dikecam oleh penonton-penonton di laman Youtube dengan menyifatkan Nicki tidak menghormati agama Islam dan bersikap perkauman. Nicki bukanlah penyanyi pertama yang dikaitkan dengan penghinaan terhadap agama Islam menerusi lagu kerana sebelum ini, kumpulan Black Eyed Peas turut dikatakan menghina Islam dan Nabi Muhamad SAW menerusi lagu 'Someday'. Mungkin kerajaan kita kena peka perkara ini agar lagu2 penghinaan ini tidak sampai ker negara kita biar boikot sahaja mereka jng bagi masuk daripada potong lirik yg menghina tu baik kita haramkan jer dia. Tak layak jejak negara Islam.


*Dipetik daripada yahoo Malaysia...


0 comments: