Seperti yang dijangka, protege kepada Harun Salim Bachik, Achey,
menepati ramalan ramai apabila muncul sebagai juara program realiti,
Bintang Mencari Bintang dalam pertandingan akhir yang berlangsung di
Stadium Malawati, Shah Alam, sebentar tadi. Kemenangan ini sekaligus
melayakkan Achey untuk membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM
200,000 berserta trofi.
Naib juara disandang oleh protege Afdlin Shauki, Bocik yang berjaya
memenangi wang tunai berjumlah RM 100,000 berserta trofi manakala tempat
ketiga dengan hadiah wang tunai RM 60,000 berserta trofi dimenangi oleh
kumpulan Titan, iaitu anak didik kepada Sabri Yunus.
Kumpulan Tapaw yang dibawah tunjuk ajar, Faizal Ismail pula tidak pulang
dengan tangan kosong apabila berjaya membawa pulang RM 30,000 berserta
trofi walaupun mendapat tempat keempat. Terus melayari GUA untuk membaca
lebih lanjut mengenai pertandingan akhir program Bintang Mencari
Bintang.
*Berita dan gambar dari gua.com.my
0 comments: