Antara Perkahwinan Artis Meletop 2013 | Dunia Penuh Gosip

Antara Perkahwinan Artis Meletop 2013

Mari kita sama saksikan detik indah majlis perkahwinan artis yang hebat2 dan meletop sepanjang tahun 2013. Moga tahun akan dtg lebih ramai artis melangsungkan perkahwinan dengan meriah dan jayanya.

1) Zain Saidin dan Rozita Che Wan

Perkahwinan "wedding of the year" tahun ini jatuh kepada pasangan mempelai yg memang meletop. Mendapat tajaan 13juta menjadikan ia adalah majlis perkahwinan celebriti paling mahal di Malaysia. Kini pasangan ini sedang berbulan madu di paris dengan bahagianya. Moga perkahwinan ini terus berkekalan sehingga Jannah walaupun jarak usia 11 tahun bukan penghalang kebahagian mereka.

2) Jovian Mendagi dan Nina Sabri

Perkahwinan golongan elit ni adalah perkahwinan yg mendapat liputan meriah daripada media2 tempatan. Jovian merupakan pereka fesyen yg berjaya di Malaysia manakala Nina adalah anak kepada menteri di Malaysia menjadikan perkahwinan kerabat yg bergaya 2013. Percintaan selama lebih dari 2 tahun menyatukan mereka di Istana Lama dengan berwalikan sendiri ayah Nina Sabri iaitu Datuk Sabri Ismail. Kini sedang berbulan madu di Instanbul dan Rome.

3) Fizo Omar dan Mawar

Pernyatuan dua org businessman dan businesswomen ini menjadikan mereka pasangan yg paling sibuk dalam persiapan perkahwinan. Hubungan business pada awalnya menjadikan mereka lebih akrab sehingga kejingjang pelamin. Lamaran Fizo Omar paling dramatik sekali apabila ia di rakamkan secara langsung di dalam sebuah panggung wayang memang hebat lah Fizo Omar.

4) Aril Pilus dan Puteri Erma

Bekas pelajar AF 7 ini diam tak diam rupanya telah bercinta dengan seorang pramugari Qatar Airway Puteri. Telah menamatkan zaman bujang mereka pada 20 Disember 2013 di kediaman Puteri Erma di Kota Baharu Kelantan. Mereka ini pandai menyimpan kisah cinta mereka dan akhiri dengan perkahwinan yang mengejutkan. Tahniah buat Aril dan Puteri Erma moga bahagia hingga ke Jannah.

5) Black dan Naquira Yasira

Black juga telah menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini bersama gasid pilihan hati. Di timpa belbagai gosip dan controversi majlis perkahwinannya dimana Black di katakan di tipu oleh Perancang perkahwinannya akhirnya berjaya juga melangsungkan perkahwinan dengan jayanya. Moga pasangan ini terus kekal hingga ke Jannah dan mendapat cahaya mata yang ramai.

6) Fathudin Mazlan dan Liyana Jasmay

Pasangan sama comel dan sama padan ini memang secocok dan mcm pinang di belah dua. Mereka yg duduk berjiran ini mula menyulam kasih beberapa bulan selepas berkenalan. Mengakhiri zaman bujang pada bulan Februari 2013 dengan konsep simple tetapi mewah. Kini Liyana Jasmay telah mengandung anak pertama mereka moga bahagia sehingga Jannah.

7) Adam dan Fiza Elite 

Pasang yg sama padan ini memang cukup secocok dalam perkahwinan mereka yg simple dan meriah. Tiada langsung gosip perhubungan mereka di hebatkan malah mereka tidak pernah di gosipkan bercinta tetapi akhir menamat zaman bujang dengan berkahwin. Fiza ibu kepada dua anak menjadi pilihan Adam setelah 2 bulan bekenalan walaupun singkat tetapi mereka yakin dengan jodoh di tangan tuhan.

8) Beego dan Linda Hashim

Lagi pasangan artis kawin artis ini lah dia di katakan jodoh, pasangan Beego dan Linda Hashim telah di ijab kabulkan pada bulan Jun 2013. Beego yg pernah kecewa dengan perkahwinan pertamanya dan kini tidak putus asa untuk mendirikan rumahtangga buat kali kedua. Beego juga selalu di apit dengan gosip ditangkap khalwat masih tetap melangsungkan perkahwinan walaupun kes masih dalam siasatan. Isteri tercinta juga tengah sarat mengadung cahaya mata pertama mereka moga bahadia hingga ke Jannah.

9) Izu Islam dan Awin Nurin

Izu Islam memilih pengurus sendiri untuk mendirikan rumah tangga walaupun perbezaan usia yg agak jauh antara mereka. Tetapi jodoh di tangan tuhan itulah kuasanya dan mereka telah selamat di ijab kabulkan pada Jun 2013 juga. Perkahwinan yg juga dikatakan tergempak antara mereka ini mengejutkan byk anak gadis yg menggilai jejaka tampan ini. Izu Islam penyanyi kumpulan Fourteen ini tidak kisah berkahwin muda dan bersedia menjadi suami dan bapa kepada anak2 yg bakal di lahirkan. Moga mereka juga bahagia sehingga ke Jannah.

10) Zahid AF dan Sarah

Percintaan pertama beliau bersama dengan artis juga penyanyi dan juga rakan kongsi mereka sebelum ini tidak sampai ke jinjang pelamin. Tetapi tidak peernah kecewa menjadikan Sarah peminat di dalam Facebook beliau sebagai calon isteri. Telah melangsungkan perkahwinan pada bulan Jun 2013 juga Zahid dan Sarah di ijab kabulkan di Teluk Intan Perak. Memilih berbulan madu di Cameron Higland dan cukup sama padan pasangan ini moga hingga ke Jannah.








0 comments: