Anugerah AJL 29 telah berlansgung dengan gahnya di Stadium Putra Bukit Jalil. Menobatkan lagu Apa Khabar nyanyian Sona One dan Joe Flizzow sebagai juara keseluruhan. Tahniah kepada pemenang pada malam AJL 29. Namun biasalah setiap acara langsung pasti ada yg tidak sempurna walaupun telah rehearsal sebagainya. Kita merancang tapi Tuhan menentukan. Mari kita lihat cacat cela di sebalik acara secara langsung AJL 29.
1) Semasa persembahan Dato Hattan dan Waris melihatkan kedua2 penyanyi ini mengalami masalah untuk menyampaikan lagu ini kerana mereka ada masa tersangkut di hujung lagu. Seolah-olah tidak sampai nafas tapi kedua2 saling membantu satu sama lain untuk tidak terlihat kecacatan tersebut.
2) Persembahan Indah terdapat kecacatan apabila lampu candelier yg di gantungkan di sebelan kanan pentas tidak jatuh seperti mana yg di rancang. Mengakibatkan persembahan pentas kelihatan agak cacat sedikit namun Indah tetap meneruskan persembahan dengan jayanya.
3) Gaya Alyah yg bersahaja menggunakan skrin LED pada malam tersebut adalah satu kelainan. Tetapi terdapat kekurangan kepada susunan skrin sehingga kelihatan kain yg lebih apabila Alyah melalui skrin tersebut.
4) Nyanyi artis jemputan Mojo kumpulan Caliph Buskers memang memberi kejutan kepada semua penonton pada malam tersebut. Selain ia menyentuh perasaaan dan juga memukau dengan vokal yg terbaik. Persembahan tersebut juga mendapat Standing Ovation daripada semua penonton di stadium dan merangkul persembahan terbaik pilihan penonton pada mlm tersebut.
5) Pada persembahan artis jemputan Headwind kelihatan kain rentang di belakang tidak jatuh sepenuhnya. Ia seakan sama seperti persembahan Indah kerana kain di sebelah kanan pentas juga tidak jatuh dan ia menghalang persembahan Headwind pada malam tersebut.
6) Stacy membawa gaya persembahan yg cukup menarik dengan prop yang bertukar2 dan penari yang ramai di belakang. Akan tetapi ia kelihat begitu kelam kabut dan kadang2 nampak serabut sehinggakan kita tidak boleh nampak persembahan tarian Stacy.
7) Kelihatan Scha Alyahya tidak begitu selesa dengan baju rekaan untuknya pada malam tersebut. Nampak Scha Alyahya begitu terlalu bergantung kepada Que Card. Apapun buat pertama kali baju pengacara di malam anugerah yg gilang gemilang tidak di tukar hanya memakai satu pasang baju sahaja dari mula sehingga habis malam AJL. Knp sponser tak cukup ker hehehehe.
8) Kelihatan sgt cacat apabila majlis penyampaian anugerah di saat pemenang diumumkan tiada jemputan VVIP di atas pentas untuk menyampaikan anugerah tersebut. Anugerah hanya di sampaikan oleh pambawa trofi sahaja, adakah semua VVIP telah pulang awal termasuk Dato Vida.

Persembahan Indah tidak cacat hanya kerana chandelier yang satu tu tak jatuh. Ada 4 chandelier dan tiga daripadanya memang SENGAJA dijatuhkan. Gimik ini telah pun dijelaskan oleh Indah semasa interview oleh pihak media. And satu chandelier tak jatuh, itu pun memang sebahagian dari gimik, ada simboliknya kenapa lampu tu ta jatuh.
BalasPadam