Akhirnya pencarian pasangan yang bakal di raikan dan mendapat tajaan perkahwinan paling mewah telah sampai ke hujungnya. Bagaikan bulan jatuh keriba siapa yang tak mahu perkahwinan mereka di taja seperti artis yang glamor dan juga mendapat liputan media. Ia telah menjadi milik Syawal dan Fiqa pasangan istimewa yang menjadi perhatian dari mula program ini berlangsung lagi.
Tahniah buat Syawal dan Fiqa seorang peserta dari kampung yang bekerja sebagai penternak dan juga Fiqa seorang pemain Bola Jaring. Kini impian mereka mendapat tajaan perkahwinan mewah bernilai RM100,000.00 dan juga tajaan2 lain. Selain itu juga mereka mendapat liputan secara langsung di Astro untuk persandingan seperti pasangan selebriti. Persandingan mereka akan berlangsung pada 13 Jun 2015 nanti secara langsung di Astro Ria.
Juara Pelamin Fantasia Syawal dan Fiqa |
Syawal dan Fiqa adalah antara dua pasangan yang bersaing pada peringkat akhir semalam. Melaksanakan dua tugasan iaitu tugasan luar dan tugasan studio memerlukan mereka menguji kesetiaan dan keserasian mereka. Selain tajaan mereka juga mendapat hadiah2 sampingan lain iaitu vaucher dari Zalora bernilai RM4000, barangan Panasonic bernilai RM10,000.00 dan barangan D'nars Kosmetik. Paling istimewa mereka mendapat tajaan pakaian pengantian daripada pereka paling popular sapa lagi kalau bukan juri Pelamin Fantasia sendiri iaitu Rizalman. Pasangan ini juga akan menjadi duta kempen "Fulamak Bestnya" dari Panasonic khas bagi promosi Hari Raya nanti.
Pasangan Fadly dan Diana |
Tempat kedua pula di menangi oleh pasangan Fadly dan Diana iaitu pasangan cikgu yang menjadi saingan hebat kepada peserta lain. Program realiti ini adalah bertujuan untuk merealisasikan "Perkahwinan Impian" pasangan yang telah bertunang. Seramai 10 pasangan terpilih sebagai peserta yang datang pada ujibakat Pelamin Fantasia kini telah bersaing dalam satu siri ujian dan cabaran bagi mereka untuk memenangi perkahwinan impian mereka dan di realisasikan pada episod akhir Pelamin Fantasia. Tahniah buat semua peserta dan juga pemenang moga kekal hingga akhir hayat.
0 comments: