Artis Berstatus Dato' Membuka Skim Pembelian Rumah Mencurigakan | Dunia Penuh Gosip

Artis Berstatus Dato' Membuka Skim Pembelian Rumah Mencurigakan

Zaman sekarang ni memang ramai artis yang telah mendapat status Dato' daripada Sultan mahupun pihak Kerajaan Malaysia kerana jasa dan juga pengorbanan mereka kepada rakyat. Walaupun kadang2 ada yang tak seberapa nak berjaya suam-suam kuku tapi mereka juga berjaya dalam bidang usahawan. Kalau tengok memang banyak artis buat business dan membantu kehidupan mereka tak boleh berharap hanya pada lakonan atau nyanyian semata2.

Itu suma bagus dan juga semua membantu banyak artis untuk berjaya dalam hidup dan meneruskan hidup. Tapi kalau ada sesetengah artis yang menggunakan status mereka untuk mendapat keuntungan daripada peminatnya sendiri. Kalau perkara itu benar dan tidak menganiaya pengguna baguslah tapi kalau mereka mengguna ke arah yang salah macam mana pula.

Ni satu kes ada seorang artis berstatus Dato' yang dengar cerita banyak buat business dan telah berjaya tapi telah membuat satu skim yang mengelirukan pembeli. Skim pembelian rumah yang di beri nama Rumah Impian 1 Malaysia. Artis ini sebagai Pengrusi kepada syarikat ini yang berstatus 100% Bumiputera. Memang kita bangga kerana milik orang bumi tapi kenapa mereka menggunakan status itu untuk mengelirukan pengguna. Yang terbaru artis bergelar Dato' ini pula baru sahaja selesai kes cerai beliau di mahkamah dan telah bercerai secara baik.


Kalau korang nak baca detail bagaimana isu ini timbul dan perkara ini boleh jadi begitu agak serius kepada pembeli rumah boleh baca kat blog yang telah bercerita ini. Memang ada siap bukti dan juga rujukan dari pihak berwajib buka sekadar buat2 cerita. Artis ini cukup popular tahun 90an dengan lakonan yang mantap dan besahaja juga pernah menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada tahun 1998. Kecewa jugalah kalau mereka cuba untuk mengaut untung dengan cara sebegini.

Tapi bukan di buat seorang mungkin atas pengaruh dan juga cadangan pihak2 yang tahu tentang selok-belok perniagaan perumahan ini. Bukan senang yer nak jadi Pengerusi untuk satu agent yang tiada status pasti untuk pembinaan rumah. Apa pun harap artis ini dapat membetulkan keadaan dan juga menerangkan tentang penglibatan beliau. Adakah ia memberi kesan kepada pembeli dan juga mereka yang betul2 berharap memiliki rumah mampu milik. Kerana kebanyakan mereka yang sertai skim ini adalah bumiputera. Fikir2kan lah yer.






0 comments: