Alhamdulillah apabila pada usia yang begitu muda beliau mula sedar akan kepentingan untuk wanita menutup auratnya. Jadi akan mengurangkan dosa ibubapa kerana kanak2 ini masih bawah umur. Tahniah buat Mia Sara yang mengambil keputusan untuk berhijab setelah ke Mekah tahun lepas. Walaupun Mia masih di bawah umur yang mengwajibkan beliau berhijab tapi usaha untuk ke aras itu di sokong penuh oleh keluarga beliau.
Namun ibubapa Mia tetap menyatakan anak mereka itu masih terikat dengan kontrak beberapa drama yang tengh bejalan. Ini berkemungkinan beliau terpaksa untuk tidak bertudung dan masih dalam proses pembelajaran. Pihak keluarga berharap agak Mia diberi ruang dan tidak dikritik oleh peminat di luar sana kerana keputusannya itu.
Malah ayah beliau yakin, niat baik anaknya mahu bertudung akan memberi rahmat dan mungkin rezeki yang diberi bukan daripa bidang seni lakonan. "Rezeki kita adalah daripada Allah, bukan manusia yang tentukan. Saya percaya Mia sudah bersedia dengan segala kemungkinan," tuturnya. Dalam pada itu Mia juga mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan tudung menerusi label miliknya, MS Couture.
0 comments: