Ozlyn Berbangga Juara Super Spontan Superstar Milik Suaminya Johan | Dunia Penuh Gosip

Ozlyn Berbangga Juara Super Spontan Superstar Milik Suaminya Johan

Program realiti Super Spontan yang telah masuk musim ke 4 telah berakhir dengan penuh meriah dan gelak tawa. Persembahan 6 peserta akhir pada malam tersebut sangat mencuit hati dan memberi saingan hebat. Namun rezeki telah tertulis milik Johan ketua kumpulan Monyet Mafia.


Turut meriahkan program pada malam akhir tersebut artis jemputan iaitu Ayda Jebat, Tomok dan Black. Paling mencuri tumpuan adalah perlawanan antara pengacara Dato AC dan juga Amer yang mana berkesudahan dengan Amer mengalahkan Dato AC dalam permainan Dahimu Dahiku.

Johan berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000.00 dan juga trofi juara. Manakala tempat kedua milik Abam yang membawa pulang wang tunai RM50,000.00 dan trofi. Serta tempat ketiga milik Achey membawa pulang want tunai RM25,000.00 dan trofi.

Fad, Ozlyn dan Tauke membawa pulang wang tunai RM5,000. Ramai meramalkan Ozlyn mampu untuk memberi saingan di tempat yang lebih atas namun pengalaman mengatasi semuanya. Apa pun tahniah buat semua pemenang dan juga peserta akhir memang korang kelakar sangat.






0 comments: