TV AlHijrah buat pertama kalinya mengadakan program
tanggungjawab sosial korporat 2016 di AlHijrah Big Studio, Cyberjaya. Program
yang dikenali sebagai #SIHATWARRIOR
merupakan
salah satu program yang telah disusun sepanjang kempen ulang tahun keenam TV
AlHijrah yang telah diraikan 1 Muharram 1438H lalu.
#SIHATWARRIOR
menyaksikan
hubungan kerjasama dan kemesraan terjalin di antara kakitangan TV AlHijrah dan
komuniti setempat. #SIHATWARRIOR
turut
mendapat kerjasama sepenuhnya agensi-agensi kerajaan berdekatan seperti
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO), Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia, Tun Hussein Onn National
Eye Hospital dan Pusat Darah Negara.
#SIHATWARRIOR
dimulakan
seawal jam 9.30 pagi dengan aktiviti senam ringan dan taklimat pengurusan
stress oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Antara pengisian program #SIHATWARRIOR ini termasuklah sesi pemeriksaan
kesihatan, pameran pemeriksaan mata percuma, perkhidmatan refleksiologi, derma
darah, sesi kaunseling dan banyak lagi.
Kemuncak,
sesi townhall telah diadakan pada sebelah petang yang dipimpin oleh Tuan Haji
Izelan Basar bagi mendapatkan pandangan serta cadangan kakitangan TV AlHijrah
bagi memperkukuhkan organisasi itu.
Selain itu, kehadiran para personaliti TV
AlHijrah memberikan peluang kepada komuniti untuk mengenali mereka dengan lebih
dekat.
0 comments: