Kelancangan Kata-kata Najip Ali Melambang Kebodohannya Terhadap Isu Sensetif | Dunia Penuh Gosip

Kelancangan Kata-kata Najip Ali Melambang Kebodohannya Terhadap Isu Sensetif

Itu lah kata orang kalau terlajak perahu boleh diundur telajak kata buruk padahnya kerana kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang. Sekali kita dah kata tak baik pada orang selamanya orang akan ingat apa yang kita buat. Kadang-kadang kita lihat orang yang lancang berkata-kata depan kamera ini sebenarnya akal pendek dalam tindakannya.


Itulah yang terjadi kepada pengacara dari seberang yang tak berapa popular pun tapi cuma tumpang populariti di negara kita jer tapi buat perangai. Dah bagi cari rezeki kat Malaysia tu bersyukurlah jangan nak jadi seperti seekor anjing apabila orang bagi makan dia gigitnya kata orang yang bagi makan tu.

Nasib lah Najip Ali nasi dah jadi bubur dan pengacara itu juga telah dibuburkan daripada menjadi juri dalam program Maharaja Lawak Mega 2017 atas tindakan bodohnya tu. Walaupun Najip telah mengaku kesilapannya dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia namun segalanya telah terlambat.

Apa pun pengajaran kepada mana-mana artis atau mereka yang datang dari luar Malaysia nak mencari rezeki kat sini buat perangai baik-baik ok. Pihak Seniman juga telah membuat laporan polis kepada 4 lagi mereka yang terlibat dalam program yang telah menghina PM Malaysia itu. Tak adil lah Najip seorang jer minta maafkan sedangkan buat salah ramai-ramai. 

Mediacorp Singapura pun telah membuat permohonan maaf dan menarik semula siaran ulangan program tersebut. Tapi video yang telah ditayang dan dirakam macam mana nak tarik. Itulah orang kata nak buat sesuatu fikir guna akal bukan ikut nafsu. Artis Malaysia sendiri pun ada yang buat perangai nak tunjuk hebat dan menghina kerajaan patut di ambil tindakan juga orang macam tu. Tak sedar diri.





0 comments: