DENGAN BASIKAL AKU MENJELAJAH (MUSIM 4): MENDAKI KE BUMBUNG DUNIA TV ALHIJRAH | Dunia Penuh Gosip

DENGAN BASIKAL AKU MENJELAJAH (MUSIM 4): MENDAKI KE BUMBUNG DUNIA TV ALHIJRAH

DENGAN BASIKAL AKU MENJELAJAH (MUSIM 4): MENDAKI KE BUMBUNG DUNIA merupakan sebuah kembara berani Zahariz berbasikal menyeberangi pergunungan Himalaya merakamkan setiap momen indah serta kejadian alam khas untuk tontonan penonton setia TV AlHijrah.


Pergunungan Himalaya sangat istimewa buat Zahariz. Ini kerana, pada pergunungan inilah terletaknya puncak - puncak gunung tertinggi di dunia, termasuk Gunung Everest dan Gunung Kanchenjunga. Perjalanan beliau kali ini akan akan melewati tiga negara iaitu India, Bhutan dan Nepal.


Menariknya dalam musim keempat pengembaraan berbasikal solo ini, Zahariz bukan sahaja ingin berkongsi pengalaman menawan Himalaya bersama penonton, beliau turut mahu menyingkap kisah puak Sherpa, puak yang layak dianggap hero pendaki-pendaki Everest walau kisah mereka jarang sekali diketengahkan media.


Puak Sherpa adalah suku kaum di Himalaya yang yang bermigrasi dari Tibet sekitar lima abad lalu. Mereka adalah tulang belakang kepada kejayaan pendaki-pendaki gunung Everest selama ini termasuk lelaki pertama yang didakwa berjaya menawan gunung ini iaitu Sir Edmund Hillary.


Saksikan bagaimana Zahariz mendalami kehidupan puak Sherpa yang terkenal dengan kekuatan dan kebijaksanaan mereka sebagai pembawa barangan berat dan penunjuk arah bagi pendaki Everest. Disamping itu, beliau akan berkampung di pergunungan Himalaya dan mendekati masyarakat tempatan, mempelajari budaya dan bahasa serta cara hidup mereka.


Jadi, jangan lupa untuk sama-sama menyaksikan DENGAN BASIKAL AKU MENJELAJAH (MUSIM 4) : MENDAKI KE BUMBUNG DUNIA hanya di TV AlHijrah bagi berkongsi pengalaman hidup Zahariz di Himalaya, berinteraksi dengan penduduk tempatan, mempelajari secara personal rutin dan kehidupan mereka, dan pelbagai rakaman landskap menarik yang cuba ditonjolkan beliau.


Selain Astro (Saluran 114) rancangan ini boleh juga ditonton menerusi HyppTV (Saluran 114), Njoi (Saluran 114), MYTV (Saluran 104) dan juga ‘Live Streaming’ di laman sesawang alhijrahmedia.com






0 comments: