“Saya gembira dengan berita ini... Suami lagilah bertambah teruja. Cuma pada peringkat awal dan atas nasihat doktor, saya tidak boleh terburu-buru.
Gambar Nora Danish hamil hasil perkahwinan pertama beliau.
“Tumpuan saya sekarang lebih kepada menjaga kandungan dalam perut ini,” katanya.
Tambah pengusaha label fesyen Owl By ND ini, suaminya orang yang paling gembira.
“Sekalipun saya dan suami sudah mempunyai pengalaman memiliki anak, keterujaan itu jadi berbeza. Malah, ini menjadi tanda cinta saya dan suami.
“Nampaknya impian Rayqal hendak ada adik akhirnya dipermudahkan. Sebelum ini pun, dialah yang begitu mahu saya berikan adik,” katanya.
Mengenai jantina bakal anaknya, Nora dan suami, tidak kisah sama mereka bakal dikurniakan puteri atau putera.
“Tapi dapat anak perempuan pun okay juga... Boleh jadi penyeri dalam keluarga kami.
“Namun, semuanya masih terlalu awal untuk dijangka,” katanya kepada BH Online.
Nora, 35, yang memiliki seorang anak daripada perkahwinan lalu, bernikah dengan Nedim pada 30 Mac lalu.
0 comments: