Semalam, stesen TV gaya hidup Islam itu diraikan dalam sebuah majlis penghargaan yang mengiktiraf kecemerlangan stesen tersebut dalam memperjuangkan jenama dan industri halal di Malaysia dan peringkat antarabangsa.
TV AlHijrah diumumkan sebagai penerima Anugerah TV Islam Terbaik Asia.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Dato’ Haji Izelan Basar menerima anugerah tersebut dalam majlis Asia Halal Brand Awards (AHBA) yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di ibu Negara malam tadi.
“Alhamdullilah, ini adalah usaha secara kolektif wargakerja TV AlHijrah sepanjang dua tahun ini untuk memastikan TV AlHijrah relevan dan kompetatif walaupun menyiarkan program Islamik dan satu-satunya stesen TV yang patuh syariah”.
Izelan turut menyatakan tahun 2017 adalah tahun cemerlang bagi TV AlHijrah kerana berjaya menganjak prestasi stesen berkenaan terutamanya dari segi penguasaan penonton.
Lebih 70 peratus penonton TV AlHijrah dikuasai oleh golongan wanita dan golongan pelajar yang gemar dengan pendekatan yang dilakukan stesen berkenaan.
Lebih 70 peratus penonton TV AlHijrah dikuasai oleh golongan wanita dan golongan pelajar yang gemar dengan pendekatan yang dilakukan stesen berkenaan.
“Program-program pagi TV AlHijrah adalah antara yang mendapat sambutan daripada penonton dan kami melihat adanya peningkatan yang sangat baik pada slot pagi.” TV AlHijrah pada awalnya muncul dengan tagline Islam Is First Class menjentik minat dikalangan penonton untuk mendekati dan menghayati program yang ditawarkan TV berkenaan. Setelah setahun, tagline Rapatkan Saf diperkenalkan dan mula meniti dibibir penonton setia mereka dan mendapat sambutan yang luar biasa.
Antara program yang turut membantu kepada lonjakan sokongan dan penguasaan penonton adalah Berita Alhijrah yang memiliki jumlah tontonan yang sangat membanggakan. Izelan menambah “Berita Alhijrah memaparkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan umat Islam dan ini adalah antara faktor yang menyumbang kepada lonjakan angka tontonan”
Penguasaan penonton dan peningkatan rating tontonan juga membuatkan prestasi pengiklanan di TV Alhijrah melonjak 30% berbanding pencapaian pada tahun 2016. “Ini adalah cerminan terhadap keyakinan pengiklan terhadap kredibiliti TV AlHijrah sebagai sebuah TV gaya hidup Islam yang dipercayai. Sebagai stesen Islamik, apa saja produk yang disarkan di TV AlHijrah perlulah patuh syariah dan halal.”
Izelan berharap agar sokongan penonton terhadap TV AlHijrah akan berterusan dan terus meningkat.
Malah beliau turut memberi gambaran bahawa 2018 akan menjanjikan barisan kandungan yang lebih baik dan menepati selera rakyat Malaysia yang mahukan program TV yang mendidik jiwa.
Malah beliau turut memberi gambaran bahawa 2018 akan menjanjikan barisan kandungan yang lebih baik dan menepati selera rakyat Malaysia yang mahukan program TV yang mendidik jiwa.
“Kami ada ruang rasa tersendiri dan unik dan kami mengolah kelebihan itu agar ianya dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat” Tahun lalu, TV AlHijrah diiktiraf sebagai penerima Promising Media Award 2016 ketika berlangsungnya World Muslim Women Summit and Exhibition (WISE)2016 di Kuala Lumpur.
AHBA berlangsung malam tadi sebagai pengiktirafan kepada kepentingan dan signifikan jenama halal dalam pasaran global merangkumi sektor-sektor seperti Rangkaian Makanan, Hotel dan Pelancongan, Kencantikan & Kosmetik, Kesihatan, Fesyen, Perbankan dan Kewangan dan banyak lagi.
0 comments: