Jodoh Tak Panjang Sufian Dan Elfira Putus Cara Baik | Dunia Penuh Gosip

Jodoh Tak Panjang Sufian Dan Elfira Putus Cara Baik

Adat dalam perhubungan kadang-kadang kita sangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari. Tapi apa pun semua adalah ketentuan tuhan dan tiada apa yang perlu dipersalahkan. Kita sebagai manusia kena ikut semua yang telah ditetapkan olehNya jika tidak akan melawan Qada dan Qadar Allah.

Itulah yang terjadi kepada pasangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy yang telah bertunang pada  6 Oktober tahun lepas. Tapi pada bulan ini pasangan itu telah mengesahkan memutuskan pertungan setelah perbincangan diadakan secara baik. Juga keluarga Elfira telah memulangkan semula cincin pertunangan mereka pada keluarga Sufian.


Maka dengan itu berakhir sudah kisah romantik mereka dan masing-masing tekad meneruskan kehidupan seperti biasa. Sufian bakal mengeluarkan single terbaru tak lama lagi. Manakala Elfira sedang berada di Amerika Syarikat bercuti.

Apa pun mereka ada alasan dan sebab tersendiri membuat keputusan ini dan ia dilakukan dengan cara yang sangat baik. Jadi kita sebagai orang luar tidak perlu banyak bertanya kenapa perpisah ini yang terjadi. Bukan ini yang mereka pinta tapi ia adalah ketentuan dari yang Maha Esa. Sekiranya anda hendak mempersoalkan semua ini boleh bertanya kepada Maha Pencipta.

So biar mereka dengan kehidupan mereka dan mereka masih berkawan seperti sedia kala dan akan meneruskan kehidupan. Mana tahu di masa akan datang bertemu dengan jodoh yang sesuai. Jodoh pertemuan, ajal maut semua ditentukan oleh tuhan kita hanya perlu bersedia atau tidak untuk menghadapinya. Moga mereka terus tabah dan cool sahaja ia sebahagian daripada pengalaman hidup.








0 comments: