Tanggal 23 Mac 2018 sepatutnya menjadi kenangan terindah dalam hidup Sufian Suhaimi dan bekas tunangnya kerana ia merupakan tarikh sepatutnya mereka bernikah. Namun, kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan takdir menentukan segalanya selepas Sufian dan Elfira sah putus tunang.
Namun Sufian tidak pernah putus asa dan pada tarikh ini beliau telah melancarkan single terbaru yang meletop-letop di Youtube sebelum ini. Lagu dengan tajuk 'Di Matamu' sebelum ini mendapat perhatian dari peminat dan ramai orang telah cover lagu ini hingga mendapat ratusan ribu view.
Jam 9 pagi lagu ini bersama muzik video rasmi telah dilancarkan dan telah berada di Youtube. Mengejutkan apabila muzik video itu mendapat lebih daripada 500ribu viewers walaupun baru beberapa jam berada diplatform tersebut. Ramai netizen memuji akan lagu yang telah sempurna dengan arrangement muzik yang sedap serta bait lirik yang menyentuh perasaan.
Ramai juga mengaitkan lagu ini dengan kisah dulu beliau bersama dengan bekas tunangnya yang tidak kesampaian. Juga ada yang berkata muzik video itu seperti menyatakan seseorang yang pernah menjadi penyeri hidup Sufian satu masa dulu.
Apa pun Sufian life must go on dan perdulukan apa orang kata kita tahu apa yang kita buat. Jangan pandang belakang lagi harap lagu ini dapat memenangi anugerah nanti baru mereka sedar. Selamat maju jaya.
0 comments: