Rancangan BAYAN LINNAS Dan JALAN AMANAH Bantu Penyampaian Nilai Islam Di TV AlHijrah | Dunia Penuh Gosip

Rancangan BAYAN LINNAS Dan JALAN AMANAH Bantu Penyampaian Nilai Islam Di TV AlHijrah

TV AlHijrah kini sedang menyiarkan dua rancangan istimewa iaitu rancangan Bayan Linnas dan rancangan Jalan Amanah khas untuk tontonan penonton setianya. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Encik Namanzee Harris, “TV AlHijrah sentiasa berusaha untuk memastikan setiap rancangan yang disiarkan di televisyen bukan sahaja perlu mendidik, menyalurkan maklumat dan menghibur, malah kandungan rancangan-rancangan tersebut perlulah terkini, releven berkualiti dan trending di mata penonton, “katanya.



Menurut beliau, “hanya dengan cara ini sahaja televisyen akan terus kekal releven sebagai agen penyatuan Ummah seluruh dunia,” tambahnya lagi. “Oleh yang demikian, dua rancangan menarik kami bariskan buat tontonan penonton yang mahukan keseimbangan duniawi & ukhrawi pada bulan ini dan akan berterusan dan konsisten pada bulan-bulan akan datang. Rancangan –rancangan tersebut adalah Bayan Linnas dan Jalan Amanat (musim kedua),” ujar beliau.

BAYAN LINNAS

Bayan Linnas adalah rancangan berbentuk kapsul berdurasi tiga hingga lima minit yang membicarakan perihal hukum hakam dalam agama termasuk persoalan dan keraguan masyarakat terhadap isu semasa.


Rancangan Bayan Linnas boleh ditonton pada setiap hari Isnin hingga Rabu pada jam 7.25 malam. 

Bayan Linnas memaparkan figura tidak asing lagi di Malaysia iaitu Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Kuala Lumpur selaku pengemudi rancangan.


Sebagai pendakwah yang aktif di laman sosial dan sentiasa menjadi pakar rujuk masyarakat terutamanya orang muda, beliau akan bersama-sama penonton untuk membicarakan isu-isu hangat seperti Guru Rotan Murid, Alam Sekitar,Peliharakanlah dan Fitnah, Jauhilah.

Pemilihan Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri selaku pengemudi rancangan dilihat amat bertepatan dengan pendekatan TV AlHijrah sebagai stesyen penyiaran Islam yang releven dan serta sentiasa mahukan yang terkini buat penontonnya.


Kaedah penyampaian ilmu di dalam rancangan ini juga dilaksanakan secara bersahaja dan santai menerusi pelbagai kaedah penjelasan seperti temu ramah, lakon semula dan juga grafik.

JALAN AMANAH

Jalan Amanah (musim 2) adalah sebuah rancangan tajaan Amanah Raya Berhad (ARB) yang disiarkan di TV AlHijrah pada setiap hari Selasa, jam 9 malam. Siaran ulangannya pula boleh ditonton pada hari yang sama jam 6 petang.


Jalan Amanah menyalurkan informasi kepada penonton tentang kepentingan Wasiat, Amanah dan Pusaka.

Masih mengekalkan Wan Kamarudin Wan Ibrahim selaku pengacara rancangan, musim terbaru Jalan Amanah dijanjikan lebih menarik dengan lebih banyak paparan kes-kes unik berkenaan hal perwarisan seperti wasiat, amanah dan pusaka.


Antara yang menarik dan harus ditonton adalah apabila pihak ARB didatangani oleh kaum bumiputera Sarawak yang mahukan khidmat pentadbiran pusaka namun tersepit di antara tanggungjawab dan adat kepercayaan Sebahagian daripada penduduk bumiputera di sana percaya bahawa pembuat wasiat akan pendek umur.

Saksikan bagaimana kehadiran pihak Amanah Raya di Sarawak telah menyelesaikan pentadbiran pusaka ini serta menyelesaikan perebutan harta yang rumit.  Episod ini turut memaparkan pembukaan baru cawangan Amanah Raya di Sibu.


Selain memaparkan produk-produk yang ditawarkan Amanah Raya secara berhemah melalui analisa resolusi, musim kedua Jalan Amanah turut mendidik penonton untuk menggunakan Khidmat yang ditawarkan Amanah Raya demi memastikan kebajikan waris diutamakan dan dilaksanakan secara profesional.

Jangan lupa untuk terus setia bersama TV AlHijrah sepanjang bulan ini bagi menyaksikan rancangan- rancangan menarik yang telah disediakan.








0 comments: