Wann, Sham Visa, Mazleela Dan Ramai Lagi Melangkapi Gegar Vaganza Musim Ke 6 | Dunia Penuh Gosip

Wann, Sham Visa, Mazleela Dan Ramai Lagi Melangkapi Gegar Vaganza Musim Ke 6

Gegar Vaganza musim keenam bakal menjadi penghibur hujung minggu anda lepas tamat sahaja Big Stage. Baru-baru ini juga pihak Astro telah mengumumkan barisan perserta untuk GV6.


Antara barisan artis yang terlibat iaitu penyanyi popular era 80-an Wann, Sham Visa dan Noorshila Amin akhirnya muncul di pentas menjawab tanda tanya peminat setia program berkenaan.

Turut bersaing dengan mereka ialah Naqiu Boboy, Ameer Sofazr, Hady Mirza, Mazleela, Feeza dan penyanyi yang kini menetap di Australia, Nurfatima. Tidak ketinggalan dua kumpulan duo iaitu Kool dan One Nation Emcees serta penyanyi yang popular dengan lagu Ratnaku, Roy dan Jatt Ali daripada kumpulan Black Dog Bone.

GV6 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 13 Oktober ini dan disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Program realiti popular itu juga akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) dan Astro GO setiap Ahad jam 9 malam.

Masih mengekalkan pengacara yang sama iaitu Jihan Muse dan Nabil Ahmad, juri tetap musim kali ini juga turut mengekalkan Datuk Ramli MS bersama juri tetap baru iaitu penyanyi popular dari Indonesia, Hetty Koes Endang.

Juara GV6 akan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro. Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 berserta trofi. Sementara itu, tempat keempat, kelima dan keenam tidak pulang dengan tangan kosong, sebaliknya membawa pulang RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.






0 comments: