ASTRO sekali lagi berani membawakan sebuah program baru secara langsung iaitu Dansa Dan Sing. Program yang mengutamakan konsep tarian secara berkumpulan bersama bersembahan nyanyian ini adalah yang pertama di Malaysia. Menampilkan 10 penyanyi dan juga kumpulan tarian pilihan mereka telah berlansung hari minggu yang lalu untuk pertama kalinya.
Sepuluh orang barisan artis yang terlibat iaitu Arja Lee, Atilia Haron & Yasmin Hani, Chubb-E, Nik Qistina, Raja Syahiran, Shiha Zikir, Sophia Liana, Wani Kayrie, WARIS dan Harris Baba. Turut menampil pengacara yang tak asing lagi dengan program di Astro iaitu Sherry Al Hadad bergandingan dengan juara program realiti Gegar Vaganza musim ke 6 iaitu Hady Mirza. Namun program ini dilihat serba tidak kena daripada pelbagai aspek yang masih boleh diperbaiki.
1) Gadingan pengacara antara Sherry Al Hadad dan juga Hady Mirza memang tidak serasi langsung dan kelihatan begitu ganjin sangat. Tambahan pula meletakkan Hady yang baru sahaja juara program realiti melihat kelematan utama dalam program ini.
2) Barisan peserta juga kelihatan begitu tidak bersedia untuk membuat persembahan terutamanya Harris Baba dan Atilia Haron & Yasmin Hani yang sangat lemah. Hanya sekadar nak naik semula nama mereka yang telah lenyap dalam industri.
3) Konsep pemarkahan yang mengutamakan tarian mengakibatkan kebanyakan penyanyi langsung tidak menyerlahkan dan menghiraukan persembahan nyanyian yang adakala langsung tidak menyanyi disesetengah bahagian.
4) Stage dan juga cara permakahan tidak ubah seperti program realiti Big Stage yang hanya ditukar sedikit sahaja untuk tidak kelihatan sama.
5) Pengambilan juri tetap juga adalah langsung tidak kerana mengambil seorang yang hanya pandai dalam bidang fesyen untuk menjuri pertandingan tarian. Kalau tidak sebelum ini semua juri tetap dalam program realiti lain adalah mereka yang memang profesional dalam bidang yang dipertandingkan.
Banyak lagi yang boleh diperbaiki dalam program ini dan jangan ia bagaikan menjadi sebuah program yang hanya ada pada musim pertama sahaja dan selepas itu terus senyap tanpa ada penaja dan penonton. Jangan kerana mahu mengejar ranking pihak Astro abaikan aspek kecil ini sehingga membuat program ini hambar dan tiada makna. Apa nasib pemenang program ini nanti adakah sama seperti nasib program seperti Rockanova, Projek Komedi Lawak, Gegar Lawak dan banyak lagi.
0 comments: