Akhirnya Dato Seri Siti Nurhaliza Muncul Semula Antara Kontroversi Dalam AJL34 | Dunia Penuh Gosip

Akhirnya Dato Seri Siti Nurhaliza Muncul Semula Antara Kontroversi Dalam AJL34

Majlis anugerah yang setiap tahun dinantikan oleh semua peminat dan juga pecinta muzik tempatan telah berlangsung dengan meriah dan penuh kontroversi. Tak sah lah kalau program live kat tv tiada drama dan kontroversi tak meriah betul kan. Mungkin sehingga sebulan semua ini akan diperkatakan oleh netizen dan juga media diluar sana.


Bermula dengan kemunculan istimewa penyanyi kesayangan negara setelah membuat keputusan untuk tidak menyertai AJL sejak tahun 2007 siapa lagi kalau bukan Dato Seri Siti Nurhaliza. Pada malam akhir AJL34 TokTi muncul pada penghujung lagu Anta Pemana walaupun bukan sepenuhnya. Kenapa kemunculan ini dilakukan pada malam tersebut.


Penyanyi no 1 negara itu telah memuat naik video kenapa beliau mengambil keputusan untuk muncul semula walaupun sekajap adalah untuk memberi sokongan kepada penyayi yang membawakan lagu tersebut iaitu Bob. Juga mendapat restu daripada suami dan juga semua orang untuk memberi sokongan kepada peminat lagu Anta Pemana.


Apa pun kemunculan TokTi yang sekejap itu juga menjadi lebih kontroversi lagi ini setelah mikrofon yang digunakan oleh TokTi pada acara langsung tersebut tidak berbunyi. Banyak pihak netizen dan juga peminat lagu penyanyi ini menghentam pihak produksi yang tidak peka terhadap isu seperti ini dan ramai meluahkan rasa kecewa dan sedih mereka.


Selain itu juga, persembahan daripada Aina Abdul mendapat kecaman hebat pada malam tersebut. Ini kerana persembahan akhir lagu Sumpah itu membawa konsep seorang yang tertekan dan membunuh diri dengan menikam dadanya melalui gimik darah yang keluar pada persembahan tersebut. Menurut Persatuan Peduli Mental Malaysia (MIASA) konsep persembahan itu memberi satu gambaran tidak sihat kepada rakyat Malaysia. Akhirnya video persembahan Aina Abdul terpaksa dikaburkan bahagian darah tersebut dan masih boleh tonton di Channel Youtube TV3.


Juga mendapat kecaman hebat persembahan pada malam akhir AJL34 adalah persembahan daripada Drama Band yang membawa lagu Drama. Vokalis kumpulan tersebut membawa watak hantu dan juga menampilkan beberapa figura yang penuh kontroversi di Malaysia sejak kebelakangan ini seperti bekas Juara Dewi Remaja tahun lepas. Watak Da'i Farhan dan PU Abu, Penyanyi Haqiem Rusli dan juga watak bekas Perdana Menteri Malaysia bersama isteri yang kes masih dalam siasatan.


Ada sesetengah netizen mengatakan persembahan itu keterlaluan dan juga cuba mengaibkan banyak pihak. Terbaru kumpulan tersebut telah membuat permohonan maaf atas persembahan tersebut yang tidak menyangka ia akan menimbulkan kecaman hebat daripada penonton.


Juga timbul kontroversi keputusan juri yang memberi kemenangan bagi Kategori Vokal Terbaik kepada Hafiz Suip daripada persembahan Ernie Zakri yang nampak lebih mantap dan hebat bertaraf antarabangsa. Kalau diperhatikan betul persembahan Hafiz ada banyak kekurangan kalau nak dibandingkan dengan nyanyian Ernie pada malam tersebut. Namun keputusan telah dibuat oleh juri profesional mereka lebih mengetahui.


Pada malam akhir AJL34 menyaksikan lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel dinobatkan sebagai juara. Lagu ciptaan Naim dan juga Omar K itu menyaksikan beliau berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai RM50,000, trofi AJL dan juga baucer CJ WowShop bernilai RM10,000. Manakala tempat kedua pula milik lagu Bangun nyanyian Aman Ra, tempat ketiga pula lagu Anta Pemana nyanyian Bob. Persembahan terbaik dan juga Vokal Terbaik dimenangi oleh Hafiz Suip. Manakala Haqiem Rusli berjaya membawa pulang juara Anugerah Pilihan Peminat SETEL







0 comments: