Domino's Pizza Pertama Di Malaysia Melancarkan Zero Contact Untuk Semua Penghantaran | Dunia Penuh Gosip

Domino's Pizza Pertama Di Malaysia Melancarkan Zero Contact Untuk Semua Penghantaran

Domino's Pizza, syarikat perkhidmatan penghantaran tersohor, mengambil pendirian yang kukuh bagi para pekerja dan pelanggannya. Berkuatkuasa hari ini, semua perkhidmatan penghantarannya akan dijalankan tanpa sentuhan.


Shamsul Amree, Ketua Pegawai Eksekutif, Domino's Pizza Malaysia berkata, "Sebagai syarikat peneraju penghantaran pizza di dunia, kami sentiasa bersedia untuk berkhidmat. Hari ini, kami mendahului sekali lagi dengan mandat 100% penghantaran "Zero Contact", untuk kebaikan pelanggan dan pakar penghantaran kami. Jarak sosial adalah cara yang penting dan berkesan untuk memerangi penyebaran virus COVID-19 dan kami percaya bahawa kami dapat meningkatkan lagi perkhidmatan kami kepada komuniti dengan berbuat demikian. Ini benar-benar mencerminkan komitmen sepenuh hati kami kepada kesejahteraan pelanggan dan pekerja kami."

Sebahagian penting inisiatif ini adalah semua transaksi penghantaran Domino’s akan dijalankan melalui pembayaran tanpa tunai untuk meminimumkan sentuhan. Oleh itu, Domino’s hanya akan menerima pesanan yang dibuat menerusi aplikasi mudah alih dan laman web www.dominos.com.my.

Jadi apa yang dapat diharapkan oleh pelanggan? Semasa penghantaran, pakar penghantaran akan meletakkan pesanan pada permukaan yang selamat dan bersih yang telah ditetapkan. Dia kemudian akan langkah ke jarak sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangnya dua meter. Pelanggan kemudiannya boleh mengambil penghantaran dan menyemak untuk memastikan pesanan diterima dalam keadaan baik. Setelah selesai, penghantar akan beransur pulang.


"Kami telah menyediakan latihan yang terperinci serta pemindahan pengetahuan kepada pasukan kami bagi melaksanakan penghantaran "Zero Contact". Kami dapat berbuat demikian kerana barisan pakar penghantaran kami adalah pekerja kami sepenuhnya dan oleh itu kami dapat melatih, mengawasi serta memastikan tahap akauntibiliti yang tinggi apabila mereka menjalankan tugas. Selain itu, kami telah melaksanakan prosedur sanitasi dan kebersihan yang lebih ketat, dan ini merangkumi sanitasi beg penghantaran kami selepas setiap penghantaran selain pembersihan  tangan yang kerap sebelum dan selepas setiap penghantaran dibuat," katanya.

"Pasukan pakar penghantaran kami dilatih untuk menurut prosedur pengendalian makanan yang ketat dan model perniagaan kami telah direka sepenuhnya untuk memenuhi keperluan perniagaan penghantaran. Dengan rekod prestasi 23 tahun yang kukuh di Malaysia, yang disokong oleh 60 tahun pengalaman penghantaran di seluruh dunia, kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan kami bagi tahun-tahun yang akan datang. Dalam keadaan semasa yang dihadapi negara kita, kami berbesar hati disenaraikan sebagai perkhidmatan penting kepada negara dan ia merupakan penghormatan bagi kami untuk menyediakan makanan kepada ribuan isi rumah setiap hari. Ia adalah tanggungjawab dan tugas yang kami laksanakan dengan penuh amanah. Jadi kepada semua rakyat Malaysia, kekal selamat dan izinkan kami berkhidmat dengan cara yang terbaik untuk anda, "kata Shamsul.

Perkhidmatan penghantaran dan bawa pulang "Zero Contact" Domino's Pizza boleh disediakan selaras dengan waktu operasi yang dibenarkan di negeri masing-masing. Ruang makan di restoran tidak dibuka pada masa ini.







0 comments: