Sekali lagi stesen televisyen gaya hidup Islam pertama negara TV AlHijrah melakar kejayaan apabila berjaya mencatat 1.6 juta tontonan di kaca televisyen dan 3 juta tontonan di platform digital sepanjang awal Ramadan 1441H.
Menurut Encik Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, “TV AlHijrah sentiasa menjadi saluran pilihan penonton setiap kali tibanya Ramadan. Namun peningkatan jumlah tontonan dwi platform kali ini adalah luar biasa dan ia membuktikan sokongan terus menerus penonton setia stesen ini termasuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan kami.”
“Saya percaya ini adalah antara hikmah tersembunyi di sebalik kesedihan dan kebimbangan kita semua terhadap serangan pandemik Covid-19. Umat Islam khususnya mencari makanan rohani yang menangkan jiwa. Justeru, semua rancangan-rancangan baru yang diterbitkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta rancangan sedia ada di TV AlHijrah dipastikan bersifat menyeluruh yang merangkumi aspek moral dan kerohanian.” jelasnya.
Setakat minggu pertama Ramadan, program #QuranTime menjadi pilihan utama penonton dengan capaian hampir 1 juta tontonan di platform televisyen dan 10 juta tontonan di di Facebook Live TV AlHijrah.
Secara tidak langsung ini membuktikan bahawa TV AlHijrah masih kekal releven di mata masyarakat terutamanya golongan muda yang menjadi kumpulan sasaran stesen ini. Ini kerana golongan muda ini adalah penyumbang terbesar yang melayari TV AlHijrah menerusi media digital seperti Alhijrahmedia.com, Facebook Live dan juga aplikasi Spotify yang dilancarkan baru-baru ini.
“Kami bersedia menemui penonton dalam dan luar negara menerusi adaptasi teknologi terkini di platform digital sebagai kaedah baru penyampaian dakwah. Sebagai contoh, menerusi Spotify TV AlHijrah, pelayar internet mempunyai pilihan mendengar semula bacaan Al-Quran, tazkirah, kuliah, nasyid dan rancangan-rancangan lain yang sebelum ini hanya dapat ditonton melalui televisyen. Lebih 200 kandungan audio Islamik akan dikemaskini setiap hari.” jelas Namanzee.
“Kami berbesar hati di atas sokongan padu yang diterima daripada jutaan penonton setia dan berharap agar ianya berterusan. Kami turut menyeru dan membuka peluang buat rakan-rakan strategi korporat dan persendirian untuk sebarang bentuk kerjasama yang memanfaatkan ummah.”
Dalam keterbatasan PKP, TV AlHijrah berjaya menyediakan sebanyak 92 jam kandungan istimewa ramadan yang meliputi program kerohanian, bual bicara, majalah dan travelog.
Antara program-program tersebut adalah seperti rancangan QuranTime, Ihya’ Ramadan, Tazkirah Jumaat, Tausiyah Ustazah Asma, Munajat, Kembara Sufi Jejak Anbiya, Assalamualaikum Istimewa Ramadan, Ngaji On The Go: Ustaz & Artis Lelaki, Ngaji On The Go: Ustazah & Qariah, Tadarus 30 Juzuk, E-Kaunter Netizen Bersama Syamsul Debat.
Jadi, jangan lupa untuk menjadikan TV AlHijrah sebagai ladang ilmu sepanjang zaman. Pastinya kesemua rancangan siaran stesen ini mampu menenangkan, menghilangkan rasa gusar serta mendekatkan seluruh penonton stesen ini dengan Allah SWT.
0 comments: