Hadiah Bernilai Lebih Dari RM100,000 Sempena Kempen “Come & Win” Menanti Pengunjung The Curve & eCurve! | Dunia Penuh Gosip

Hadiah Bernilai Lebih Dari RM100,000 Sempena Kempen “Come & Win” Menanti Pengunjung The Curve & eCurve!

Sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), para pengunjung telah beralih memasuki kehidupan normal baru dan semestinya teruja untuk mengunjungi kedai kegemaran masing-masing! Bagi memudahkan kehidupan rakyat Malaysia dalam  gaya hidup normal dan dalam usaha untuk terus menghargai pelangganya, The Curve dan eCurve telah melancarkan kempen “Come & Win” yang amat dinanti-nantikan.


Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal tiba, kempen ini akan berlangsung dari 15 Jun hingga 31 Ogos, 2020, memberi pengunjung peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik melalui pertandingan cabutan bertuah di the Curve serta cabutan bagi ganjaran segera di eCurve! Untuk mengambil bahagian, para pengunjung di the Curve hanya perlu berbelanja minimum sebanyak RM600 dan ke atas dalam minimum dua resit dari kedai berlainan. Bagi meningkatkan peluang untuk menang, para pengunjung di the Curve boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dalam tempoh sehari! Bagi para pengunjung di eCurve pula, mereka boleh menyertai pertandingan dengan berbelanja sekurang-kurangnya RM200 dengan tiga resit maksima, untuk layak membuat penebusan pada hari yang sama.

Pelbagai hadiah bernilai lebih RM100,000 akan ditawarkan sepanjang kempen “Come & Win”! Peserta yang bertuah akan berpeluang untuk membawa pulang jongkong emas eksklusif dari Habib Jewels bernilai RM35,000, barang kemas dari Diamond & Platinum bernilai RM22,000, set peralatan kediaman rumah bernilai RM15,000, set lengkap peralatan teater rumah dari Sony bernilai RM10,000, gajet elektronik dari Apple bernilai RM10,000, set bagasi bernilai RM5,000 dari Leather Avenue, dan juga baucar hadiah kanak-kanak bernilai RM3,000, baucar tunai jam tangan bernilai RM2,000 serta baucar makanan bernilai RM1,000! Apa yang lebih menarik adalah pemenang bertuah akan turut mendapat ganjaran segera berupa tempat meletak kenderaan percuma di the Curve dan eCurve, selain pelbagai baucar tunai!

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar Kanan the Curve, berkata, “Ini merupakan cara kami memperagakan penghargaan terhadap pelanggan setia kami bahawa kami amat menghargai sokongan berterusan mereka. Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang akan datang, kami menganjurkan kempen “Come & Win” buat tahun yang kedua berturut-turut. Ini akan memberikan para pengunjung peluang untuk membawa pulang banyak hadiah menarik, sekaligus menjadikan ini sebuah sambutan yang lebih istimewa!”

Gina Long Ahmad, Pemangku Pengurus Besar, berkata, “eCurve berbesar hati untuk membawa kembali kempen yang menyeronokkan untuk dinikmati oleh pelanggan kami, terutamanya keterujaan dalam menyambut Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang! Kami menggalakkan semua untuk mengambil bahagian dan jangan lepaskan peluang untuk memperoleh pelbagai ganjaran dari kempen “Come & Win”! Dengan pelbagai ganjaran segera, pastinya ada sesuatu untuk semua orang.”

The Curve dan eCurve mematuhi syarat-syarat dan garis panduan PKP Pemulihan dengan ketat. Untuk memastikan pengalaman yang selamat dan menyeronokkan, the Curve dan eCurve menggalakkan semua pengunjung untuk mematuhi langkah-langkah kesihatan dan keselamatannya yang ketat. Penjarakan sosial juga turut digalakkan, dengan penanda penjarakan sosial disediakan di seluruh premis kami.

Semasa tempoh ini, pintu masuk yang terhad disediakan di kedua-dua the Curve dan eCurve, bagi keselamatan pelanggan dan memudahkan pengesanan kontak, semua pengunjung perlu mengisi maklumat kontak serta menjalani pemeriksaan suhu sebelum memasuki premis. Cecair pembersih tangan telah disediakan untuk para pengunjung di kesemua pintu masuk dan seluruh premis. Sanitasi dan pembersihan juga kerap dilakukan di kedua-dua pusat beli belah.

Maklumat lanjut mengenai kempen “Come & Win" boleh hubungi pegawai Khidmat Pelanggan:

The Curve
Tel : 03 – 7710 6868 
Laman web : www.thecurve.com.my 
Facebook : www.facebook.com/theCurveShoppingMall
Instagram : https://www.instagram.com/thecurve_official

eCurve
Tel : 03 – 7710 7168 
Laman web : www.ecurve.my 
Facebook : www.facebook.com/eCurveMall 
Instagram : di www.instagram.com/ecurve_official









0 comments: