Siapa sangka lagu yang asyik sebut perkataan Gila berulang kali mampu dinobatkan lagu terbaik di Malaysia. Mungkin lepas ni akan ada pula lagu nyanyuk, bongok, bahalul dan macam-macam lagi lah bahasa yang kasar. Kalau aku cakap macam ni memang cepatlah netizen akan kecam aku hehehe. Tapi hakikatnya macam tu kalau tengok trend 2 ke 3 tahun kebelakangan ni lagu dengan tajuk Jampi, Haram, Sumpah dan kini Gila di nobatkan sebagai juara.
Tapi apa pun tahniah diucapkan kepada kompose muda dan juga yang berani membawa lagu dengan tatabahasa dan juga muzik seperti ini sehingga berjaya dinobatkan juara. Itu dinamakan revolusi dalam industri muzik kita makin terbuka dan di terima yang penting karya seni meluas. Malam tadi lagu Gila ciptaan Noki, Loca B, dan Ezra Kong nyanyian Kaka Azraff, Noki, dan Loca B muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).
Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi. Naib juara pula milik lagu Semalam ciptaan sepenuhnya dan nyanyian, Aina Abdul. Dia membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.
Tempat ketiga menjadi milik lagu Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong nyanyian Datuk Jama Abdillah dan Wany Hasrita. Kemenangan itu menyaksikan mereka berkongsi hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi.
Manakala akhirnya Erni Zakri berjaya juga membawa pulang Juara Vokal Terbaik sekali lagi tahun ini melalui lontaran mantap dan hebat melalui Gundah. Serta persembahan putri Jawa daripada Zizi Kirana menobatkan beliau untuk menerima Juara Persembahan Terbaik pilihan penonton.
Apa pun pada yang layak ker AJL guna peluang yang ada sebaiknya dan jangan disia-siakan kerana peluang kedua tak akan datang selalu. Jangan cari alasan nerves dan pertama kali beraksi untuk anda terus bukan sahaja gugup malah hancur lagu tu dibuatnya. Apa pun sekali lagi AJL 35 dengan norma baharu terbaik dan menjadi lipatan sejarah industri muzik tanah air.
0 comments: