Satu program mencari bakat baru yang telah membuat fenomena di hampir 25 buah negara seluruh dunia iaitu All Together Now Malaysia (ATNM) telah melabuhkan tirainya pada hari munggu lalu. Seramai 18 orang peserta yang dipilih dari setiap minggu bersaing pada malam akhir ini. Hanya seorang sahaja pemenang yang membawa pulang wang tunai RM50,000.
Tahniah diucapkan kepada Idris Brown yang satu-satunya peserta membuat persembahan soprano lain daripada peserta lain pada malam akhir menambat hati 50 orang juri pada malam itu. Mempersembahkan dua buah lagu dan kedua-dua persembahan beliau mendapat markah penuh 100% dan melayakkan beliau untuk begelar juara.
Program ini lain daripada program realiti sebelum ini yang perlu undian dari penonton dan juga juri. ATNM adalah seratus peratus ditentukan oleh lima puluh orang juri yang telah dipilih dan disaring. Mereka terdiri dari pelbagai latar belakang seperti penyanyi, komposer, pelakon, pelawak, influancer, youtuber, penyampai radio dan banyak lagi. Dua peserta dengan markah paling tinggi setiap minggu dari pemilihan juri akan layak untuk ke peringkat akhir.
Tahniah kepada pemenang dan juga 17 lagi peserta akhir ATNM yang mampu menunjukkan bakat dan terserlah. Ia di tayangkan di Astro Ria setiap minggu dengan hampir daripada 200 orang perserta menunjukkan bakat mereka sepanjang 9 minggu ia berlangsung. Program ini sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi hangat apabila ia ditayangkan dalam masa negara tengah menjalani PKP sepenuhnya dan terpaksa ditangguhkan hampir tiga bulan sehingga ia ditayangkan semula selepas negara mencapai tahap vaksinasi penuh yang ditentukan oleh kerajaan.
Lucky Club Live | Live Dealer Casino Site | Slots, Roulette
BalasPadamLucky Club is the biggest and best online casino in the world. Powered by the award-winning Technology Platform, Lucky 카지노사이트luckclub Club provides a safe and secure environment