Juara Putri Muslimah 2018 Uyaina Arshad Selamat Diijab Kabul Dengan Pilihan Hati | Dunia Penuh Gosip

Juara Putri Muslimah 2018 Uyaina Arshad Selamat Diijab Kabul Dengan Pilihan Hati

Dalam diam bercinta walaupun sudah dihidu oleh banyak pihak namun mereka menafikan percintaan mereka dan hanya berserah pada takdir jika ada jodoh. Tup tup selepas dua tahun menjalin hubungan cinta, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, 29, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Raja Syahiran,28, dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang diadakan di ibu kota.



Juara pencarian Putri Muslimah Asia tahun 2018, pengacara Wanita Hari Ini dan juga pelakon drama Love Elsa ini melahirkan rasa syukur acara akad nikahnya berjalan dengan lancar biarpun pelbagai dugaan yang perlu ditempuh. Bibit perkenalan mereka bermula pada awal tahun 2019 di sebuah program tv dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai tahun lalu.



Pada majlis pernikahan mereka itu, Syahiran Raja Azhanrianshah telah menyerahkan mas kahwin berbentuk sebentuk cincin dan gelang tangan emas buat Uyaina. Tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua belah pihak dan memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran atas persetujuan kedua belah keluarga.



Majlis akad nikah mereka dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja seramai 100 orang dan mereka masih belum merancang untuk melangsungkan majlis resepsi. Dalam pada itu, pasangan ini memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu mereka namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan penularan wabak varian baru Covid-19.







0 comments: