Artis-artis Muda Menghargai Kekayaan Warisan Malaysia Semasa Pandemik | Dunia Penuh Gosip

Artis-artis Muda Menghargai Kekayaan Warisan Malaysia Semasa Pandemik

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam menganjurkan pertandingan seni ketika pandemik, Kumpulan Usaha Tegas tetap berazam untuk menyediakan platform bagi anak-anak muda Malaysia menunjukkan bakat masing-masing melalui “Usaha Tegas Heritage Art Competition 2021”.



Kumpulan Usaha Tegas, sebuah syarikat pelaburan yang dimiliki oleh ahli perniagaan, Encik T Ananda Krishnan, mempunyai kepentingan dalam pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa yang beroperasi dalam beberapa industri termasuk industri telekomunikasi, media, hartanah serta minyak dan gas.

Pertandingan “Usaha Tegas Heritage Art Competition” dianjurkan setiap tahun dengan tujuan untuk memberi inspirasi dan menggalakkan artis baharu untuk mempamerkan bakat unik mereka serta memupuk rasa bangga dan cinta terhadap kekayaan warisan negara dalam kalangan orang muda di Malaysia.

Pertandingan ini sudahpun memasuki tahun ke-21 penganjuran dan pada tahun ini telah menerima sebanyak 251 karya seni daripada 26 institusi pengajian tinggi. Peserta-peserta pertandingan diminta menggambarkan warisan budaya Malaysia berdasarkan tema pertandingan iaitu ‘Warisan Malaysia’.



Selaras dengan norma digital baharu, 22 orang pemenang pertandingan seni pada tahun ini telah diumumkan dalam upacara penyampaian anugerah secara maya. Puan Maureen Toh, Pengarah, Usaha Tegas Sdn Bhd (UTSB) dan Encik Sivam Kandavanam, Pengarah, UTSB beserta Encik Lim Ghee Keong, Ketua Pegawai Operasi, UTSB telah menyampaikan hadiah bernilai RM63,500 kepada semua pemenang.

Puan Maureen Toh, Pengarah UTSB berkata, “Dua tahun yang lalu merupakan cabaran sukar untuk kita semua dan persada seni Malaysia turut terkesan. Namun, kami tetap komited memainkan peranan untuk menyediakan ruang kepada artis muda bagi mempamerkan kreativiti mereka. Dengan usaha bersemangat dan sikap pro-aktif pasukan kami, termasuk kemudahan platform digital, beserta sambutan luar biasa yang ditunjukkan oleh peserta kami, kami dapat mengatasi cabaran dan meneruskan usaha untuk menghayati warisan Malaysia yang pelbagai.”

Beliau berkata, “Pada tahun ini, peserta perlu menggambarkan warisan budaya tidak ketara Malaysia berdasarkan tema ‘Warisan Malaysia’. Kami amat berbesar hati untuk melihat banyak ekspresi-ekspresi yang menawan jiwa bertemakan warisan.” 



Barisan panel juri pertandingan terdiri daripada pengiat-pengiat seni yang terbilang dalam industri tempatan. Panel juri diketuai oleh seni maestro cetak yang telah memenangi anugerah dan mempunyai kerjaya seni yang menjangkaui lebih daripada 30 tahun, Encik Juhari Said. Beliau disertai oleh Puan Bibi Chew, seorang artis multidisiplin yang telah memenangi pelbagai anugerah serta Ar. Paramanathan, seorang ahli pemuliharaan bangunan warisan berpengalaman di Penang.

Panel juri pada tahun ini juga disertai oleh kurator seni kanan Balai Seni Lukis Negara, Encik Syahrul Niza. Encik Syahrul ialah seorang ahli jawatankuasa Bakat Muda Sezaman, Pameran Arca Asia Oita (Malaysia) dan Kuala Lumpur Biennale.

Ketua juri, Encik Juhari Said, mengulas, “Kategori Arang/Pensel/Dakwat terbukti paling memberangsangkan pada tahun ini. Kami terpesona dengan konseptualisasi karya-karya seni serta teknik kompleks yang digunakan untuk melukiskan karya-karya tersebut.” 



Bagi Kategori Arang/Pensel/Dakwat, Wong Kin Tong berjaya menyandang tempat pertama dengan hasil karya berbentuk patung tanah liat bertajuk Peranakan. Para hakim menganugerahkan dua hadiah naib johan bagi kategori ini kepada Ho Wen Hong dari The One Academy Pulau Pinang dan Yong Hui Lin dari Institut Seni Malaysia. Kategori ini juga menganugerahkan dua hadiah tempat ketiga kepada Ng Sin Koon dan Ooi Jia Hao dari Akademi ATEC.

Akademi ATEC merebut kategori Media Campuran pada tahun ini dengan memenangi dua anugerah. Ng Sin Koon muncul sebagai pemenang dengan karya seninya yang begitu menyentuh perasaan yang menggambarkan seorang gadis muda yang terpegun dengan makanan istimewa buatan sendiri di pasar tempatan. Lim Shu Kee dari Akademi ATEC memenangi tempat kedua manakala Muhammad Fahmi bin Hisham dari Universiti Malaysia Sabah menyandang tempat ketiga. Terdapat dua hadiah sagu hati telah diberikan untuk kategori ini.

Ng Sin Koon, wakil barisan pemenang-pemenang pada tahun ini, berkata, “Saya berasa gembira menjadi salah seorang daripada pemenang Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas. Terima kasih kerana menyediakan platform serta memberi peluang kepada artis muda untuk menerokai dan mempamerkan kreativiti kami dalam industri seni terutamanya pada situasi semasa yang sukar ini.



Tan Peng Hong dari Dasein Academy of Art telah memenangi hadiah pertama bagi kategori Minyak/Akrilik manakala Mohd Relmie bin Jimmy dari Universiti Malaysia Sabah dan Sun Jin Cin dari Universiti Sains Malaysia masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga dalam kategori tersebut. Dua peserta juga dianugerahkan dengan hadiah saguhati untuk kategori ini. 

Ho Wen Hong dari The One Academy Pulau Pinang dianugerahkan tempat pertama dalam kategori Cat Air, manakala Tan Hui Leng dari Kolej Antarabangsa Alfa dinobatkan tempat kedua. Tiada pemenang hadiah ketiga untuk kategori ini dan terdapat dua pemenang hadiah sagu hati.

Kategori Penghasilan Cetak tidak menghasilkan sebarang pemenang tempat pertama. Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Ahmad Afiq bin Md Sebari dari Universiti Teknologi MARA dan Leow Li En dari Dasein Academy of Art. Kategori ini juga menawarkan satu hadiah sagu hati.









0 comments: