Tidak menyangka selepas 17 tahun hidup solo selepas kegagalan perkahwinan pertama dulu kini Mummy Mas Idayu rasakan bagai kahwin buat pertama kali. Dengan sekali lafaz, penyanyi lagu "Selangit" dan "Cinta 100%" ini, sah bergelar isteri kepada Penerbit Eksekutif TV3, Muhamad Sufian Isa, 51, pada majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah premis acara di Quill City Mall.
Majlis pernikahan yang berlangsung penuh bermakna itu dihadiri hampir 100 tetamu, termasuk keluarga dan rakan terdekat. Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM1,001, selain lima dulang hantaran berbalas tujuh. Perkahwinan Mas Idayu dan pasangan ditaja dengan jumlah bernilai RM7 juta daripada pelbagai pihak merangkumi lokasi, katering, busana dan aksesori.
Mas Idayu menyifatkan Sufian sebagai seorang yang kelakar dan dia tertarik dengan sifat kelakar yang ada pada diri lelaki tersebut dan membuka hati untuk menerima lamarannya. Pasangan ini mula saling mengenali sejak bekerjasama dalam program Mentor 3 pada 2008, namun mula menjalin hubungan serius pada tahun ini.
Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997, tetapi bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.
Apa pun seluruh peminat dan juga pecinta muzik tanahair mendoakan agar Mummy terus bahagia menjalani hidup suami isteri dan terus kekal hingga akhir hayat. Peminat Mummy Mas Idayu di Malaysia dan juga di Indonesia juga turut sama mendoakan mummy akan lebih gembira dan menjalani hidup berpasangan dengan lebih bahagia.
0 comments: