IPC Shopping Centre Kemeriahan Raya Dengan Kempen ‘Raya Meriah Max’ | Dunia Penuh Gosip

IPC Shopping Centre Kemeriahan Raya Dengan Kempen ‘Raya Meriah Max’

Sempena dengan bulan Ramadan yang mulia dan sambutan Hari Raya yang bakal tiba, IPC Shopping Centre mengajak pembeli-belah menyemarakkan lagi kemeriahan Raya mereka dengan kempen ‘Raya Meriah Max’. Bermula hari ini hingga 1 Mei, pembeli-belah boleh menikmati promosi istimewa dan ganjaran hebat apabila mereka berkunjung dan membeli-belah di IPC Shopping Centre



Para pengunjung boleh datang ke ruang legar sepanjang tempoh kempen meriah ini untuk bergambar dan menikmati keindahan dekorasi Raya yang menggabungkan elemen tradisional dan kerlipan lampu neon. Sama seperti dekorasi yang sebelumnya, dekorasi Raya ini turut menggunakan bahan-bahan lestari seperti papan kayu mampat, kertas dan fabrik yang telah diguna dan dikitar semula.



Sempena dengan bulan Ramadan yang mulia, IPC turut membawakan semula tempat makan di luar berkonsepkan al-fresco di mana komuniti kami boleh berbuka puasa bersama rakan-rakan dan ahli keluarga mereka. Tempat makan di luar ini dibuka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam dan dibuka untuk semua pengunjung bagi membolehkan mereka menikmati hidangan bawa pulang yang dibeli daripada penyewa kedai makanan dan minuman di pusat membeli-belah itu. Para pengunjung juga boleh memainkan peranan mereka dalam usaha memelihara kelestarian alam sekitar dengan mengasingkan sisa makan dan bungkusan ke dalam tong yang disediakan. 



IPC akan mengumumkan tawaran menarik daripada kedai penyewa mereka sepanjang tempoh kempen tersebut, oleh itu pastikan anda tidak terlepas maklumat terkini mengenainya dengan mengikuti Facebook dan Instagram mereka. Selain itu, IPC juga akan menawarkan tempat letak kereta percuma selama 2 jam pada hari bekerja, dari 6 petang hingga 8 malam, bermula dari 23 Mac hingga 21 April. 



Pengurus Besar IPC Shopping Center, Karyn Lim berkata, “IPC sentiasa menjadi tempat pertemuan yang menawarkan segala keselesaan dan kemudahan seperti di rumah sendiri untuk komuniti kami berkumpul dan mencipta pengalaman baharu bersama-sama. Dengan itu, kami mengalu-alukan pembeli-belah Muslim untuk datang berbuka puasa dan membuat persiapan sambutan Raya mereka dengan kami. Kami juga berbesar hati mengalu-alukan kedatangan bulan ini dengan penerusan inisiatif kelestarian, yang menjadi teras strategi perniagaan pusat ini. Kami mengambil inisiatif untuk menggunakan bahan lestari semasa menyediakan hiasan perayaan kami seperti yang dilakukan sebelum ini. Diharapkan inisiatif ini dapat memberikan inspirasi kepada pembeli-belah kami untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih hijau.”



Pelbagai tawaran dan ganjaran hebat turut disediakan sepanjang kempen ‘Raya Meriah Max’. Pembeli-belah yang berbelanja minimum RM1,000 (RM800 untuk ahli Tack Club) dalam tiga resit akan menerima periuk memasak Maifan Stone, manakala mereka yang berbelanja minimum RM200 dalam dua resit akan menerima RM10 E-baucar Meriah atau set Paket Meriah Raya. Selain daripada itu, manfaat tambahan turut disediakan untuk ahli IPC Tack Club di mana mereka boleh menikmati tawaran promosi yang sama pada nilai pembelian yang lebih rendah. 



Pembeli-belah yang datang bersama anak-anak mereka di hujung minggu boleh menikmati dan mengambil bahagian dalam bengkel DIY dan kitar tinggi (upcycle) secara percuma di Funland Aras 2 untuk kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah berasaskan kepada siapa cepat dia dapat (keutamaan diberikan kepada ahli Små Club). Untuk memeriahkan suasana Raya, IPC juga menyediakan persembahan menarik dan sesi beramah mesra dengan maskot Små Club Buddies. Pembeli-belah juga akan disajikan dengan pelbagai tawaran hebat di Bazaar Raya yang diadakan di ruang legar pusat membeli-belah itu. 



Eksklusif untuk ahli Tack Club, mereka kini boleh menerima ganjaran berganda (barangan IPC) apabila mereka menggunakan mata Tack mereka untuk menebus item-item di bawah:

Beg Kitar Semula Boleh Lipat IPC (2,000 Mata Tack)
Kotak Makan Tengah Hari Boleh Mampat IPC (2,200 Mata Tack)
Set 4 Mangkuk Macaron IPC (2,500 Mata Tack)
Set Kutleri IPC (2,700 Mata Tack)
Payung Golf dengan Lampu Suluh IPC (4,500 Mata Tack)



Untuk menambahkan lagi kemeriahan sambutan Raya, pembeli-belah boleh mengambil bahagian dalam pertandingan swafoto beramai-ramai #IPCRayaMeriahMax dan merebut peluang untuk memenangi pelbagai barangan IPC Shopping Centre berjumlah RM1,000. Untuk menyertai pertandingan ini, peserta hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah di bawah: 

o Muat turun Aplikasi IPC dari Play Store atau App Sore dan daftar untuk menjadi ahli Tack Club.
o Ambil swafoto beramai-ramai. Cuba memasukkan seramai orang yang mungkin dalam foto itu.
o Hantarkan swafoto beramai-ramai anda ke Facebook atau Instagram dengan menggunakan tanda pagar #IPCMeriahMaksimum (pastikan hantaran anda dibuka kepada awam).
o Ikuti IPC Shopping Centre dalam Instagram (https://www.instagram.com/ipcshoppingcentre/) atau Facebook (https://www.facebook.com/ipcshoppingcentre).
o Swafoto beramai-ramai yang paling meriah dengan jumlah orang yang paling ramai akan dipilih sebagai pemenang.
o Pemenang bertuah akan diumumkan melalui Saluran Media Sosial IPC Shopping Centre. Tertakluk kepada terma dan syarat. 



Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ‘Raya Meriah Max’ IPC Shopping Centre, sila kunjungi ipc.com.my/RayaMeriahMax dan ikuti IPC dalam Facebook dan Instagram untuk promosi, acara dan maklumat terkini. 








0 comments: