TikTok Awards Malaysia 2023 Senarai Penuh Pemenang | Dunia Penuh Gosip

TikTok Awards Malaysia 2023 Senarai Penuh Pemenang

Buat pertama kali dianjurkan di Malaysia, TikTok Awards Malaysia 2023 berlangsung penuh meriah dan juga jayanya pada tanggal 27 August 2023. Meraikan Content Creator yang kreatif, inovatif dalam menghasilkan pelbagai pengisian yang berilmiah, hiburan dan juga aktiviti harian. Majlis anugerah ini merupakan peluang berharga buat peminat untuk melihat pencipta konten kegemaran mereka diiktiraf di malam anugerah yang hebat ini.



Dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson, majlis anugerah ini diserikan oleh para selebriti dan warga pencipta pujaan ramai termasuk Dato’ Yusof Haslam, Bell Ngasri, Amber Chia, Farah Ann Abdul Hadi dan ramai lagi yang menyampaikan anugerah di atas pentas.



Para tetamu juga disajikan dengan persembahan yang menarik daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri, dan Alyph antara lainnya. Menjelang segmen utama acara tersebut, pasangan hos karpet merah Ceddy dan Sissy Imann telah bersua sapa dengan para hadirin, sementara Jaa Suzuran dan Neeta Manis merangkapkan detik-detik istimewa di belakang pentas.



Terdahulu, TikTok Awards telah disampaikan dalam dua segmen iaitu Anugerah Pilihan Popular (People’s Choice), yang membolehkan para peminat mengundi pencipta konten kegemaran mereka mengikut kategori dan Anugerah Pilihan Juri (Judge’s Pick), di mana para pemenang dipilih oleh sebuah panel eksekutif yang dibarisi Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks dan Primeworks Studios, Nini Yusof, artis prolifik dan tetamu kehormat, Hael Husaini serta Pengurus Besar Operasi & Pemasaran TikTok, Asia Tenggara, Angga Anugrah Putra.



TikTok Awards di Malaysia dianjurkan menerusi kerjasama dengan TV3, bersama HONOR 90 5G (Penaja Utama), foodpanda (Penaja Bersama), F&N Dairies (Rakan Penaja), dan U Mobile (Rakan Penaja), dengan Hot FM dan FLY FM sebagai rakan radio, dan SAYS, Oh Bulan dan Viral Cham sebagai rakan media.



Berikut merupakan senarai pencipta konten yang berjaya muncul sebagai pemenang mengikut kategori-kategori TikTok Awards:-

People’s Choice Awards:
Creator of the Year: Khairul Aming
Rising Star of the Year: Ikhmal Nour
Popular Creator of the Year: Ryan Bakery
Celebrity of the Year: Aeril Zafrel
Popular Animation Account of The Year: Upin & Ipin
LIVE Creator of the Year: Tigerlabu
TikTok Shop Creator of the Year: Anas Zahrin

Judge’s Pick Awards:
Best of Beauty & Fashion: Shahira Azlan
Best of Education: Sir Asai
Best of Entertainment: Eiqa Maleq
Best of Foodie: Syifa Jamill
Best of Gaming: Sultan Riq
Best of Sports: Khalish






0 comments: