Castrol Malaysia dengan besar hatinya mengumumkan pelancaran program “Kembali ke Sekolah Castrol”, sebuah inisiatif komprehensif yang bertujuan untuk memupuk kesedaran mengenai keselamatan jalan raya di kalangan penunggang motosikal muda. Inisiatif ini membuktikan komitmen Castrol dalam melindungi nyawa di atas jalan raya dan menyebarkan mesej mengenai keselamatan dan perlindungan.
Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan bahawa satu daripada tiga korban jalan raya di Asia Tenggara melibatkan penunggang motosikal. Antara tahun 2010 dan 2019, Indeks Kematian Jalan Raya Malaysia merekodkan 59% dari korban jalan raya melibatkan penunggang motosikal. Ini jelas menunjukkan keperluan untuk mewujudkan inisiatif keselamatan jalan yang lebih mantap bermula dengan pendidikan dan pemerkasaan.
Dengan kerjasama MotoWazi dan disokong oleh Kementerian Pendidikan, program “Kembali ke Sekolah Castrol” direka khusus untuk para pelajar sekolah menengah berusia 16 dan 17 tahun yang baru mendapat lesen motosikal mereka. Program ini merangkumi sesi keselamatan jalan raya secara teori dan amali yang dijalankan di kawasan sekolah semasa waktu persekolahan biasa.
“Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Menerusi program ‘Kembali ke Sekolah Castrol’ ini, Castrol menyasar untuk memupuk budaya keselamatan di kalangan penunggang motosikal muda, menekankan bahawa perlindungan bermula dengan membuat pilihan yang tepat, termasuk memilih pelincir Castrol untuk motosikal mereka. Kami ingin melengkapkan penunggang motosikal muda dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mereka perlukan untuk kekal selamat di jalan raya,” kata Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapura, Keow Mei-shan.
Wazi Abdul Hamid, jurulatih keselamatan motosikal dan pakar keselamatan jalan raya, akan mengadakan sesi teori untuk memastikan bahawa para pelajar mendapat maklumat yang berharga mengenai amalan keselamatan dan peraturan jalan raya. Pasukan MotoWazi teruja dengan kerjasama ini dan potensi untuk memberi kesan positif ke atas penunggang muda.
“Kami teruja kerana dapat bekerjasama dengan Castrol dalam menjayakan inisiatif ini. Matlamat kami ialah untuk memperkasakan penunggang motosikal muda dengan ilmu pengetahuan dan kesedaran yang mereka perlukan bagi melindungi diri mereka sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” kata Wazi.
Dalam fasa pertama, program “Kembali ke Sekolah Castrol” akan dilancarkan di sepuluh sekolah di Lembah Klang dari September hingga Oktober 2023. Castrol merancang untuk mengembangkan jangkauan program itu ke lima puluh sekolah di seluruh negara pada 2024, dengan matlamat untuk mewujudkan persekitaran jalan raya yang selamat untuk semua rakyat Malaysia.
Program “Kembali ke Sekolah Castrol” bukan hanya sekadar kempen pendidikan; ia membuktikan komitmen Castrol terhadap keselamatan. Menerusi inisiatif ini, Castrol bukan sahaja berusaha mengaitkan jenama itu dengan keselamatan jalan raya tetapi turut memupuk budaya perlindungan, menjadikan pengguna “Ingat perlindungan, ingat Castrol” apabila berbicara tentang keselamatan jalan raya.
0 comments: