Kolaborasi Menyentuh hati bersama Rumah Anak Yatim Mempamerkan Komitmen Pacific Senior Living kepada Jalinan Kerjasama diantara Komuniti
Pacific Senior Living, sebuah peneraju kediaman premium dibantu dan berdikari serta perkhidmatan pusat jagaan harian warga emas (Silver Club), baru – baru ini telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya bersama pihak media bertempat di Silver Club, Acacia, Pacific Senior Living. Sambutan tersebut merupakan saat yang sangat bermakna dimana ia telah menjadi pentas untuk menandakan komitmen organisasi tersebut kepada hubungan komuniti melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
“Perayaan Rumah Terbuka Hari Raya ini mempamerkan unsur misi kami – untuk mewujudkan persekitaran dimana kesemua individu dihargai juga disayangi.” kata Encik Mutalib Ahmad, Ketua Pegawai Pembangunan, Pacific Senior Living. “Program CSR kami ini merupakan misi teras kami, dan majlis seperti ini memberikan kami ruang untuk mempamerkan dedikasi kami untuk menghargai dan memupuk semangat kebersamaan,” tambah beliau.
Kemuncak acara tersebut adalah perkongsian video menayangkan sebuah persafahaman terjalin diantara Pacific Senior Living dan Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Mahaddah, iaitu rumah kepada 120 kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Inisiatif ini membuktikan komitmen tidak berbelah bahagi pihak Pacific Senior Living bagi menghargai masyarakat setempat dan memupuk perhubungan erat merentas generasiemasa perayaan di Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Al-Mahabbah, Pacific Senior Living bersemangat meraikan bersama kanak-kanak dengan pelbagai upacara meriah dan bermurah hati memberikan mereka pek sambutan Hari Raya. Usaha murni ini bertujuan bagi mengukir senyuman dan kemesraan buat kanakkanak, dalam masa yang sama menjalinkan sifat kebersamaan dan mencipta memori indah bersama diantara mereka dan wakil dari Pacific Senior Living.
Acara seperti ini merupakan tunjang kepada misi kami bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk kami dan juga masyarakat setempat,” ujar Dr. Ramnan Jeyasingam, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Pacific Senior Living. “Melalui inisiatif seperti program CSR, kami berhasrat untuk mewujudkan persekitaran yang sihat dan berdaya saing dimana semua orang merasa dihargai dan dihormati. Kami berbangga untuk menjadi sebahagian dari komuniti yang mengutamakan sifat mulia dan kasih sayang.”
Kanak-kanak ini merasa sangat gembira dengan suasana Hari Raya yang begitu meriah dengan adanya aktiviti seperti sukaneka, dendangan muzik hari raya berserta juadah yang menyelerakan. Semestinya majlis ini telah membuka ruang pemahaman terhadap pentingnya budaya yang memfokuskan terhadap komuniti, dan dalam masa yang sama ia menunjukkan keprihatinan Pacific Senior Living terhadap penjagaan warga tua.
Majlis ini merupakan ikrar berterusan Pacific Senior Living yang berdedikasi bagi membantu dan sentiasa bersedia bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam masa yang sama meningkatkan mutu kehidupan penduduk dan masyarakat secara keseluruhannya.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Pacific Senior Living dan komitmennya terhadap penjagaan warga emas, sila layari https://pacificseniorliving.com.my. Selain itu, Pacific Senior Living menjemput orang ramai untuk menjadualkan lawatan ke kediaman sulung yang dibina khas dan dibantu, Acacia, Pacific Senior Living.
Untuk mengalami persekitaran luar biasa yang mereka cipta untuk kehidupan warga emas. Ikuti perkembangan terkini tentang acara, dan segala tawaran dengan mengikuti Pacific Senior Living di Instagram dan Facebook.
0 comments: