Penyanyi, Aepul Roza menepati ramalan apabila dinobatkan juara program The Hardest Singing Show yang berlangsung di Pusat Convention CIDB, malam tadi. Kemenangan tersebut melayakkan Aepul membawa pulang trofi berserta RM150,000.
Bertemakan ‘Taruhan Akhir’, Aepul Roza menampilkan persembahan yang sangat luar biasa menerusi lagu ‘It’s My Life’. Persembahan Aepul mendapat pujian dan standing ovation daripada penonton dan para juri.
Menunjukkan prestasi yang sangat luar biasa setiap minggu dan pernah meraih tempat pertama sebanyak dua kali, Aepul sememangnya calon peserta yang layak menerima gelaran juara The Hardest Singing Show.
Pada malam akhir menyaksikan enam peserta yang layak. Manakala Ayda Jebat sebagai naib juara dan membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000, pakej pelayaran dan juga trofi. Tempat ketiga dimenangi oleh Stacy dan keempat pula dimenangi oleh Aisha Retno. Stacy membawa pulang RM10,000 manakala, Aisha Retno membawa pulang RM5,000, pakej pelayaran dan juga trofi.
Putera Muhammad mendapat tempat kelima dan Zizi Kirana mendapat tempat keenam. Kedua-dua mereka membawa pulang RM5,000, pakej pelayaran dan juga trofi.
Jauh sangat bezanya, patutnya tempat ketiga RM 25,000. Yang kedua RM 50,000. Penat nyanyi dan beraksi bagai nak gila dapat ciput!
BalasPadam