Alami Malam Persembahan Penuh Bertenaga Di 'Boogie Wonderland' Bersama Earth, Wind & Fire Experience | Dunia Penuh Gosip

Alami Malam Persembahan Penuh Bertenaga Di 'Boogie Wonderland' Bersama Earth, Wind & Fire Experience

Bersiaplah untuk malam yang dipenuhi dengan persembahan bertenaga di Earth, Wind & Fire Experience, yang akan diadakan secara langsung di Kuala Lumpur pada bulan November ini. Menampilkan band Al McKay's Allstars, yang diilhamkan oleh artis rakaman, pemenang 6 kali Anugerah Grammy dan gitaris legenda Earth, Wind & Fire, Al McKay. 



Sebagai satu-satunya perhentian di Asia Tenggara, konsert penuh secara langsung ini akan diadakan di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 12 November 2024, menampilkan Al McKay Allstars, satu-satunya kumpulan yang mampu menyampaikan keaslian dan keunikan asal Earth Wind & Fire. 



Dibawakan dengan penuh kebanggaan oleh Milestone Entertainment – Earth, Wind & Fire Experience oleh Al McKay, barisan Big Band 13 anggota untuk mempersembahkan rangkaian lagu-lagu hit daripada kumpulan tersebut dalam kunci muzik asal dan rasa autentik. Nantikan untuk mendengar lagu-lagu seperti 'September', 'Boogie Wonderland', 'Let’s Groove', dan banyak lagi dalam persembahan yang yang memukau dan penuh semangat. 



Kumpulan ini terdiri daripada barisan vokalis dinamik, pemain gitar berbakat, serta ritma yang mantap, termasuk bass, drum dan alat perkusi. Selain itu, kumpulan ini turut menampilkan pemain papan kekunci dan bahagian brass dengan trompet, saksofon, dan trombon, menghasilkan bunyi ikonik yang memukau penonton di seluruh dunia. 



Sepanjang tiga tahun yang lalu, Earth, Wind & Fire Experience telah mencetuskan fenomena di peringkat global, mengadakan persembahan di lebih 30 negara yang meliputi Amerika Selatan, Eropah, Afrika & Asia. Dengan pelbagai persembahan yang laris dijual di seluruh dunia, mereka telah memukau pentas festival terbesar, menyampaikan persembahan yang tidak dapat dilupakan di seluruh dunia. Ini adalah satu pengalaman yang pasti tidak boleh dilepaskan!  
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.milestone-entertainment.com.  
 

Tiket diskaun sehingga 25% eksklusif bagi Pemegang Kad Maybank
 
Tarikh    : Selasa, 12 November 2024 
Masa      : 8.30PM 
Lokasi    : Mega Star Arena, Kuala Lumpur 
 
Dapatkan tiket anda dari RM99 ke atas dengan pembelian melalui Buy Now Pay Later, Atome. Tertakluk kepada terma dan syarat.









0 comments: