Aina Abdul Bintang Paling Popular Berita Harian ABPBH 2024 Dan Mengekalkan Kejuaraan Kategori Penyanyi Wanita Poplar | Dunia Penuh Gosip

Aina Abdul Bintang Paling Popular Berita Harian ABPBH 2024 Dan Mengekalkan Kejuaraan Kategori Penyanyi Wanita Poplar

Gemilang malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 berakhir dengan kemenangan unggul Aina Abdul sebagai Bintang Popular anugerah itu di Auditorium MBSA, Shah Alam. 



Hadir dengan tema TEGUH pada tahun ini, ia menterjemah keutuhan ABPBH sebagai acara anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2024) tidak hanya berpandukan pada bakat semata, kerana pemenang dipilih 100 peratus berdasarkan undian peminat atau pembaca akhbar Berita Harian. Begitu juga untuk Pemenang kategori Utama dan Bintang Paling Popular ABPBH 36 yang mana dipilih berdasarkan kiraan undi tertinggi yang diterima oleh BH dan mekanisme yang sama juga digunakan untuk pemilihan pemenang bagi 17 kategori utama dan 5 kategori Ekstra.

Senarai penuh pemenang yang merangkul trofi ABPBH 36 :

Kategori Utama ABPBH 2024

Bintang Paling Popular ABPBH 2024 - Aina Abdul 
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk S. Atan

1) Artis Baharu Lelaki Popular – Shah Radhy
2) Artis Baharu Wanita Popular – Erysha Emyra
3) Penyanyi Lelaki Popular – Khai Bahar
4) Penyanyi Wanita Popular – Aina Abdul
5) Aktor Filem Popular – Aedy Ashraf
6) Aktres Filem Popular – Fasha Sandha
7) Aktor Pembantu Filem Popular – Alif Hadi
8) Aktres Pembantu Filem Popular – Raja Ema
9) Aktor TV Popular – Hun Haqeem
10) Aktrs TV Popular – Anna Jobling
11) Aktor Pembantu TV Popular  – Shah Iskandar
12) Aktres Pembantu TV Popular  – Rita Rudaini
13) Penyampai Radio Popular – KJ
14) Pengacara TV Popular – Uyaina Arshad
15) Artis Komedi Popular – Senario
16) Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – Dolla

Kategori Ekstra ABPBH 2024

1) Lagu Paling Boom Popular - Masing-masing (Ernie Zakri & Ade Govinda)
2) Couple Filem Popular - Bront Palarae & Nadiya Nisaa (Harum Malam)
3) Couple Drama Popular - Amir Ahnaf & Anna Jobling (Syurga Itu Bukan Mudah)
4) Watak Antagonis Drama Popular - Aleza Shadan
5) Artis Sensasi Popular - Siti Nordiana







0 comments: