Akhirnya Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza Binti Tarudin Dinobatkan Sebagai Buduanita Negara | Dunia Penuh Gosip

Akhirnya Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza Binti Tarudin Dinobatkan Sebagai Buduanita Negara

Teka-teki yang bermain selama ini siapa bakal menggalas takhta sebagai Biduanita Negara akhirnya terjawab pada majlis Anugerah Seni Negara 2024 malam tadi. Penyanyi tersohor No. 1 negara dan juga merupakan usahawan berjaya Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza ditabal sebagai penerima Anugerah Biduan Negara. 



Penyampaian anugerah itu disampaikan oleh Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofia. Sempena gelaran Biduan Negara itu, Siti membawa pulang wang tunai RM30,000, kain songket, watikah serta trofi dan status sebagai Seniman Tamu.

Dalam ucapan beliau, Siti Nurhaliza merakamkan penghargaan kepada semua yang membantu dalam kerjaya seninya selama ini. Beliau juga menyatakan bahawa pengiktirafan tersebut merupakan anugerah yang besar untuk dirinya.



Siti Nurhaliza merupakan individu keempat yang diberikan anugerah berprestij itu, selepas Allahyarham Saloma pada tahun 1978, Allahyarham Datuk Sharifah Aini pada 2006 dan Allahyarham Tan Sri SM Salim pada 2013.

Malam tadi juga Dato' Sri Siti Nurhaliza turut sama berkongsi satu lagi detik bersejarah apabila melancarkan juga single terbaharu beliau bertajuk SEJARAH. Lagu ciptaan daripada musisi kondang Indonesia, Erwin Gutawa. Serta liriknya ditulis langsung oleh Gita Gutawa. Lagu ini mula boleh didengari dan dilayari disemua platform digital Youtube Channel Siti Nurhaliza, Apple Music, Spotify, Deezer, Tidal dan Amazon Music mulai malam 14 November 2024.



Tahniah Dato' Sri Siti Nurhaliza atas dua kejayaan yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia dan juga peminat SitiZoner. Kami terus menyokong kerjaya Dato' Sri sehingga keakhirnya. Mog terus menjadi inspirasi buat semua BBNU yang nak berjaya seperti Dato' Sri.







0 comments: