Herbalife Sokong Gaya Hidup Aktif Sempena Hari Sukan Negara 2024 | Dunia Penuh Gosip

Herbalife Sokong Gaya Hidup Aktif Sempena Hari Sukan Negara 2024

Sejajar dengan komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia, syarikat kesihatan dan kesejahteraan yang terkemuka, Herbalife, telah mengambil bahagian dalam Hari Sukan Negara, acara sukan tahunan terbesar Malaysia. Sambutan Hari Sukan Negara baru-baru ini di Putrajaya dari 11 hingga 13 Oktober menarik lebih 50,000 peserta, dengan aktiviti yang diadakan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.



Hari Sukan Negara, inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan, bertujuan membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup aktif dan sihat. Untuk menyokong matlamat ini, Herbalife telah menyertai Hari Sukan Negara untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aspek kesejahteraan dan cabaran kesihatan semasa yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. 

Di acara tersebut, Herbalife menawarkan penilaian kecergasan percuma, berkongsi maklumat berguna tentang tahap kesihatan dan kecergasan hadirin serta nasihat praktikal tentang cara meningkatkan kesejahteraan umum dengan pengunjung acara. Dengan misi bersama untuk menyokong rakyat Malaysia dalam usaha mereka meningkatkan tahap kesihatan, Herbalife juga berganding bahu dengan GlamFit untuk menganjurkan GlamFit Power Hour di Putrajaya. Sesi senaman penuh bertenaga ini dianjurkan untuk peserta dari segenap lapisan hidup dan merupakan satu daripada 64 aktiviti yang diadakan di acara tiga hari tersebut, menjadikan senaman kecergasan aktiviti yang menyeronokkan dan mudah disertai oleh semua. 



John Hellmann, Naib Presiden Hal Ehwal Awam, Asia Pasifik, Herbalife, berkata, “Selama lebih 40 tahun, Herbalife telah memperkasakan individu di seluruh dunia dan membantu berjuta-juta orang mengubah kehidupan mereka menerusi amalan pemakanan seimbang dan kehidupan aktif. Di Malaysia, kami telah memainkan peranan aktif menyokong pelbagai program dan bengkel untuk menggalakkan pilihan gaya hidup lebih sihat dan kami benar-benar sukacita untuk melihat begitu ramai rakyat Malaysia berhimpun bagi meningkatkan kesejahteraan keseluruhan mereka.



"Memandangkan lebih daripada separuh penduduk Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau obesiti, dan hampir separuh daripada mereka menjalani gaya hidup kurang aktif, inisiatif seperti Hari Sukan Negara kini sememangnya amat penting. Statistik baru-baru ini mendedahkan bahawa 49.9% daripada rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang tidak aktif dan hampir 30% kurang cergas dari segi fizikal. Perangkaan ini memaparkan keperluan segera untuk meningkatkan kesedaran tentang kesejahteraan, dan Herbalife komited untuk membantu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif.” 



GlamFit Power Hour membabitkan campuran sesi senaman yang dinamik, termasuk Zumba dan senaman ‘Salsation’. Salah seorang peserta Nawwar Syazana binti Ariffin, 25 tahun, berkongsi pengalamannya, “Acara seperti ini perlu dianjurkan lebih kerap kerana menghimpunkan orang ramai untuk aktiviti menyeronokkan sambil meningkatkan kesedaran tentang kesihatan dan kesejahteraan. Senaman berkumpulan membantu menepikan kebimbangan tentang pandangan negatif orang lain dalam usaha untuk meningkatkan kesihatan, terutamanya apabila anda melihat begitu ramai orang yang turut serta. Sama ada anda baru bermula atau sudah lama bergiat aktif, semua orang boleh turut serta dalam acara seperti ini.



Herbalife komited untuk membantu menangani cabaran kesihatan Malaysia yang semakin berleluasa seperti kadar obesiti Malaysia yang kian meningkat dan gaya hidup kurang aktif menerusi program dan inisiatif bermakna seperti Kempen Bakar 1 Juta Kalori, kejayaan mencapai Rekod Dunia Guinness bagi kelas senaman berjeda keamatan tinggi (berbilang lokasi), Program Pengurusan Berat Badan dan Larian Herbalife. Syarikat bertekad untuk memperkasakan individu untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat dan aktif dan memainkan peranan meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.









0 comments: