Majlis berprestij Gempak Most Wanted Awards (GMWA) telah diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada hari Ahad lepas, 23 Februari 2025 jam 9.00 malam.
Untuk memastikan lebih ramai peminat dapat mengikuti acara ini, ia akan disiarkan secara langsung di Astro Ria 104 serta boleh distrim menerusi Sooka.
Selain itu, peminat juga boleh menonton saluran tambahan secara Live+ di laman youtube rasmi Astro Gempak.
Sekali lagi pelakon, Anna Jobling dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.
Kata Anna, dia sangat berterima kasih kepada peminat yang tidak henti-henti mengundi sehingga dia berjaya merangkul anugerah tersebut.
Selain daripada Gempak Most Wanted 2024, Anna juga berjaya membawa pulang anugerah Selebriti Tergempak dan Drama Tergempak bersama Amir Ahnaf menerusi lakonan mereka dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah.
Berikut adalah senarai penuh pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan:
Gempak Most Wanted Awards – Anna Jobling
Keluang Man Of The Year (Anugerah Khas) – Abbe Hae
Digital Creator (Lifestyle) Tergempak 2024 – Amin & Abid
Digital Creator (Entertainment) Tergempak 2024 – Ryan Bakery
Digital Creator (Foodie) Tergempak 2024 – Khairul Aming
Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak 2024 – Fathi Hussein
Digital Creator (e-Sports) Tergempak 2024 – Pok Ro
Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak 2024 – Sofea Shra
Program Digital Tergempak 2024 – PodcaSTERK – Keputusan SPM 7G (Sterk Production)
Selebriti Tergempak 2024 – Anna Jobling
Drama Tergempak 2024 – Syurga Itu Bukan Mudah (Astro Ria)
Video Muzik Tergempak 2024 – Belum Mulai oleh (Insomniacks & Nabila Taqiyyah)
Lagu/Audio Tergempak 2024 – Cinta Tak Pernah Tepat Waktu oleh (Aina Abdul & Fabio Asher)
Tahniah kepada semua barisan pemenang.
0 comments: