Tahniah Marygrace Juara Calpis Soda One In A Million | Dunia Penuh Gosip

Tahniah Marygrace Juara Calpis Soda One In A Million

Setelah 15 tahun program ini menyepi, kini tahun 2025 menyaksikan sebutir bintang lahir dari program Calpis Soda One In A Million. Peserta dari Sabah, Marygrace muncul juara CSOIAM pada pentas akhir yang berlangsung di TV3, malam tadi dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM1 juta.



Marygrace membawa pulang wang tunai RM500,000, sebuah kereta Peugeot 408 GT serta kontrak rakaman bersama Alternate Records, lagu baharu yang akan digubah serta diterbitkan oleh bintang muzik Indonesia, Ade Govinda dan jambangan bunga.

Persembahan memukau Marygrace menerusi lagu terbaru Titik Mula membawa tuah buatnya sehingga bergelar juara. Tempat kedua dimenangi oleh Kai Deva yang menerima hadiah wang tunai RM50,000. Tempat ketiga menjadi milik Jimi yang menerima hadiah wang tunai RM30,000, manakala tempat keempat milik Zazzleen dengan menerima hadiah wang tunai RM20,000.



Persembahan peserta setiap minggu dinilai berdasarkan 60 peratus markah daripada juri tetap Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan, manakala 40 peratus lagi bergantung pada undian penonton. Episod akhir ini turut menyaksikan kehadiran pelakon terkenal Indonesia, Nicholas Saputra dan naib Juara musim pertama OIAM, Faizal Tahir sebagai juri jemputan.

Konsert akhir CSOIAM turut menyaksikan kemunculan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Cakra Khan dan Ratu Rock Ella yang membuat persembahan pembukaan yang memukau. Tahniah kepada pemenang dan semua peserta akhir.










0 comments: