Kerjasama dengan UiTM, UPM dan NSM Teruskan Komitmen Herbalife Terhadap Pemakanan dan Kesejahteraan di Malaysia | Dunia Penuh Gosip

Kerjasama dengan UiTM, UPM dan NSM Teruskan Komitmen Herbalife Terhadap Pemakanan dan Kesejahteraan di Malaysia

Herbalife, sebuah syarikat, komuniti dan platform kesihatan dan kesejahteraan yang terkemuka, telah mempelopori bidang kesihatan dan pemakanan di Malaysia. Menerusi kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), dan Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Herbalife telah membawa impak positif kepada lebih daripada 5,000 pelajar, atlet dan profesional kesihatan masa depan sepanjang tempoh lima tahun yang lepas.



Steven Chin, Pengarah Kanan dan Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura, mengulas, "Kami sukacita kerana telah membentuk pakatan berharga berlandaskan wawasan bersama untuk membina negara yang lebih sihat. Menerusi kerjasama ini, kami telah berjaya mendidik, memberi inspirasi dan mendorong perubahan positif dalam kesihatan dan kesejahteraan. Meninjau ke hadapan bagi tahun 2025 dan seterusnya, kami tetap komited untuk menerajui inisiatif untuk memperkasakan individu dengan ilmu pemakanan berlandaskan sains." 

Kerjasama Sains Sukan dengan UiTM dan UPM

Salah satu perkongsian yang paling bermakna telah dijalin dengan UiTM, universiti terbesar di Malaysia. Sejak menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Fakulti Sains Sukan & Rekreasi UiTM pada tahun 2021, Herbalife telah menggalakkan pemakanan yang sihat dan kehidupan seimbang melalui sesi perkongsian ilmu dan kerjasama dengan badan sukan penting seperti Institut Sukan Negara, Persatuan Perubatan Sukan Malaysia (MASM), dan Persatuan Sains Senaman dan Sukan Malaysia (MESSA).



Pada tahun 2022, Herbalife meluaskan usahanya dengan menyediakan pendidikan pemakanan sukan bersasar kepada pasukan bola sepak profesional dan atlet pelajar UiTM. Sesi 'Protein Soya dan Prestasi Sukan', yang diketuai oleh Pengarah Prestasi dan Pendidikan Sukan Herbalife, membawa manfaat kepada lebih 100 atlet dan profesional sukan dengan menyediakan ilmu pemakanan penting untuk mengoptimumkan prestasi.

Momentum itu diteruskan pada 2023 dengan Siri Bengkel Sains Bola Sepak MASM, yang melibatkan lebih 100 pelajar, atlet dan jurulatih dalam sesi yang diketuai oleh ahli Lembaga Penasihat Kecergasan Herbalife dan Ketua Kekuatan dan Kecergasan LA Galaxy, Adam Waterson. Beliau telah berkongsi pandangan tentang latihan prestasi elit dan pemulihan. Pada tahun yang sama, Herbalife melancarkan Program Keusahawanan pertamanya dengan UiTM, untuk melengkapkan 80 pelajar dengan pengetahuan perniagaan dan kepakaran pemakanan. 



Prof Madya Dr. YM Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM, berkata, "Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Herbalife, yang telah memainkan peranan penting dalam usaha memajukan pendidikan pemakanan sukan dan prestasi sukan UiTM. Perkongsian ini telah memperkasakan pelajar dan atlet kami dengan ilmu dan alat yang diperlukan untuk cemerlang dalam kerjaya sukan dan mencapai cita-cita keusahawanan mereka."

Pada tahun 2024, Herbalife melanjutkan perkongsian sains sukan menerusi kerjasama dengan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM. Satu inisiatif penting yang dilaksanakan ialah webinar 'Ketetapan Minda Atlet dan Latihan Berpandukan Data' yang menghubungkan pelajar dengan pakar-pakar pemakanan dan prestasi sukan global, memberikan pandangan tentang penghidratan, masa pengambilan nutrien dan teknik pemulihan.

Memajukan Sains Pemakanan dan Kesihatan Awam dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM)

Selain pakatan akademik, Herbalife telah memainkan peranan penting membangunkan bidang sains pemakanan dan kesihatan awam melalui kerjasamanya dengan NSM. Sejak tahun 2020, kerjasama ini telah menyaksikan penganjuran webinar yang dikendalikan pakar dan perbincangan saintifik mengenai topik pemakanan kritikal seperti hubung kait usus-otak dan kesihatan kognitif dalam penuaan. Di samping itu, Herbalife telah bergabung tenaga dengan pakar-pakar pemakanan NSM untuk menerbitkan pelbagai artikel penyelidikan, sejajar dengan usaha NSM untuk menggalakkan penyelesaian pemakanan yang mampan dan berasaskan bukti. 



Herbalife juga telah menaja Hadiah Penerbitan NSM sejak tahun 2020, sebuah inisiatif yang mengiktiraf sumbangan cemerlang dalam bidang penting seperti makanan fungsian, penuaan, pemakanan sihat, aktiviti fizikal, serat makanan, protein soya, dan status pemakanan orang awam. 








0 comments: