Selepas ketandusan lagu raya berbentuk tradisional dan juga zapin, kini Dato' Sri Siti Nurhaliza tampil buah tangan terbaru sempena raya tahun ini. Lagu ciptaan komposer berbakat besar Aisha Retno dan adiknya RADi, manakala lirik ditulis oleh Aisha Retno dan Amylea Azizan.
.
Menurut beliau lagu dengan tajuk Raya Nak Ke Mana adalah kerjasama beliau dengan anak muda dan yakin setiap pengkarya mempunyai kelebihan masing-masing. Lagu ini juga merupakan bukti bahawa pencipta muda juga mampu menghasilkan lagu raya yang enak didengar, mudah diikuti serta memberikan aura kemeriahan Aidilfitri.
Lagu terbitan SN legacy dan Universal Music itu mula dilancarkan di seluruh platform digital hari ini. Juga boleh tonton muzik video penuh di laman Youtube Channel Siti Nurhaliza sendiri.
Lirik Penuh Raya Nak Ke Mana
Raya..... Nak Ke Mana...
Anyam anyamlah jangan tak anyam
Anyam ketupat biarlah cepat
Bangunlah abang bangunlah sayang
Pergilah bersiap marilah kita raya yang
Raya raya nak ke mana
Raya raya nak bersua
Rumah mentua jangan dilupa
Selepas pulang rumah bonda
Hai selamat berhari raya
Jalan-jalan kita sekeluarga
Hai selamat hari raya
Satu dunia meraikannya
Mari marilah bersalaman
Bermaaf maafanlah
Maafkan kami maafkan kami
Dendangkan dinda dendangkan sayang
Dendangkan rentak zapin lebaran
Alunkan nada gambus lebaran
Semoga bertenang dengar lagu raya ni yang
Raya raya nak ke mana
Raya raya nak bersua
Rumah mentua jangan dilupa
Selepas pulang rumah bonda
Hai selamat berhari raya
Jalan-jalan kita sekeluarga
Hai selamat hari raya
Satu dunia meraikannya
Mari marilah bersalaman
Bermaaf maafanlah
Maafkan kami maafkan kami
(Selamat hari raya)
Satu dunia meraikannya
(Selamat hari raya)
Raikan dengan teman tercinta
Maaf kasih
Kasih dipinta beraya...
Hai selamat hari raya
Jalan-jalan kita sekeluarga
Hai selamat hari raya
Satu dunia meraikannya
Mari marilah bersalaman
Bermaaf maafanlah
Maafkan kami maafkan kami
Maafkan kami maafkan kami
Maaflah ya...
Sebelum itu Dato Sri Siti Nurhaliza mengemparkan negara apabila menjadi artis pertama pilihan Raja Charles dalam The King’s Music Room di Apple Music. Lagu nyanyiannya iaitu Anta Permana dipilih dalam senarai lagu peribadi Raja Britain tersebut, nyata tidak pernah disangka penyanyi kelahiran Lipis itu.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Ezra Kong dan Hael Husaini yang menghasilkan karya tersebut kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia sekali gus mencipta tempat dalam senarai pilihan peribadi Raja Britain. Tahniah buat biduanita negara.
0 comments: