Kempen 'A Happy Mouth is A Happy Mind' Sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia | Dunia Penuh Gosip

Kempen 'A Happy Mouth is A Happy Mind' Sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia

Satu tinjauan baharu* yang dijalankan oleh Haleon, peneraju global dalam kesihatan pengguna, mendedahkan kebimbangan besar dalam kesihatan awam di Malaysia, iaitu gigi sensitif. Daripada 248 rakyat Malaysia yang disoal selidik, sebanyak 69% mengalami gigi sensitif secara berterusan, dan sebanyak 61.8% memilih untuk bertahan dengan ketidakselesaan itu berbanding dengan mendapatkan rawatan pergigian. Sensodyne, jenama ubat gigi nombor satu untuk gigi sensitif di Malaysia*, kini memperkenalkan semula ubat gigi Fresh Mint dengan rumusan baharu yang ditambah baik untuk kelegaan berpanjangan -  menyeru rakyat Malaysia supaya tidak lagi “bertahan”  dan mula menikmati hidup yang lebih selesa tanpa gangguan gigi sensitif. Sebabnya – mengapa terus bertahan?



Tinjauan yang memfokuskan pada kumpulan usia 18 hingga 40 tahun ini menunjukkan bahawa generasi muda paling terkesan dengan isu ini. Sebanyak 38.4% responden terdiri daripada mereka yang berumur antara 26 hingga 40 tahun, manakala 34.6% berada dalam lingkungan umur 18 hingga 25 tahun, membuktikan keperluan untuk meningkatkan kesedaran dan mencari penyelesaian berkesan terhadap masalah gigi sensitif untuk semua peringkat umur.

Gigi sensitif menjejaskan rutin harian kebanyakan rakyat Malaysia, dengan makanan sejuk (58.5%) dikenal pasti sebagai punca utama, diikuti oleh makanan manis dan minuman panas. Keadaan ini menyebabkan ramai tidak dapat menikmati keseronokan hidangan harian secara sepenuhnya. Lebih membimbangkan, hanya sebanyak 13.1% responden mengambil tindakan menangani sensitiviti seperti memberus gigi untuk mengurangkan ketidakselesaan, sekali gus menunjukkan tahap kesedaran yang masih rendah terhadap amalan terbaik.

Sebagai respons terhadap isu yang meluas ini, Sensodyne mengumumkan pelancaran Sensodyne Fresh Mint - ubat gigi baharu dengan rumusan dipertingkatkan untuk membantu rakyat Malaysia hidup tanpa rasa risau terhadap gigi sensitif. Sensodyne Fresh Mint menawarkan pelbagai manfaat untuk menangani sensitiviti:
Perlindungan 24 Jam: Dengan penggunaan berterusan dan memberus dua kali sehari, anda boleh menikmati makanan dan minuman kegemaran tanpa rasa ngilu.
Kesegaran yang berpanjangan: Rumusan baharu Sensodyne Fresh Mint memberikan rasa segar yang berpanjangan.
Teknologi Pembersihan Tiga Tindakan: Formula inovatif ini menggilap gigi, menghilangkan kotoran, dan menyingkirkan bakteria untuk senyuman yang lebih ceria dan manis.

Keberkesanan Sensodyne turut disahkan oleh kajian Real-World Evidence yang diterbitkan dalam International Journal of Environmental Research and Public Health (IJERPH). Kajian tersebut, yang berjudul Dentine Hypersensitivity Experience Questionnaire (DHEQ), mengenal pasti bahawa:
•  100% pengguna tetap Sensodyne berpuas hati setiap hari.
•  98% melaporkan simptom sensitiviti mereka bertambah baik.

“Terlalu ramai rakyat Malaysia menahan ketidakselesaan yang berpunca daripada gigi sensitif, sehingga terlepas momen-momen kecil yang indah dalam hidup - seperti menikmati kopi ais atau ais krim. Ramai yang hanya menunggu rasa ngilu itu hilang, tanpa berusaha  menangani punca sebenar. Penemuan ini menekankan betapa perlunya penyelesaian yang berkesan dan kesedaran yang lebih tinggi terhadap masalah sensitiviti. Inilah sebabnya Sensodyne, bersama-sama Persatuan Pergigian Malaysia, memperhebat usaha kesedaran dan menggalakkan intervensi awal – kerana jika dibiarkan tidak dirawat, sensitiviti boleh membawa kepada masalah pergigian yang lebih serius,” kata Law Chen, Pengarah Pemasaran Haleon untuk Malaysia, Singapura dan Brunei.

Dr Mohd Salman bin Masri, Periodontis wakil Persatuan Pergigian Malaysia, turut bersetuju: “Sensitiviti gigi bukan isu kecil - ia boleh menandakan masalah kesihatan mulut yang lebih mendalam. Namun, ramai rakyat Malaysia hanya bertahan tanpa menyedari sejauh mana sensitiviti menjejaskan kehidupan seharian mereka. Kajian terkini yang diterbitkan dalam International Journal of Environmental Research and Public Health menunjukkan bahawa 93% responden menyatakan bahawa sensitiviti mengurangkan nikmat makan dan minum, malah memberikan impak kepada keselesaan fizikal dan kesejahteraan emosi. Oleh yang demikian, penting untuk menangani sensitiviti seawal mungkin, iaitu sebaik sahaja rasa ngilu itu muncul. Jika diabaikan, sensitiviti boleh membawa kepada masalah yang lebih besar pada masa hadapan.”

Sempena sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia, Sensodyne melancarkan kempen seluruh negara “A Happy Mouth is...A Happy Mind” untuk menyatukan rakyat Malaysia. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Sensodyne dengan kerjasama Persatuan Pergigian Malaysia  menawarkan pemeriksaan gigi percuma selama sebulan di lebih 500 klinik di seluruh negara, dari 21 April hingga 21 Mei 2025.

Sensodyne Fresh Mint kini boleh didapati di seluruh negara termasuk di farmasi, klinik pergigian, pasar mini, pasar raya, pasar raya besar dan kedai runcit.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari www.sensodyne.com.my atau ikuti akaun rasmi Facebook dan Instagram Sensodyne Malaysia.








0 comments: