Siapa yang rindu akan lagi asli atau juga lebih dikenali lagu tradisional boleh dengarkan kembali dinyanyikan oleh penyanyi no.1 negara siapa lagi kalau bukan Dato' Sri Siti Nurhaliza. Lagu bertajuk '7 Nasihat' ini adalah ciptaan anak muda iaitu Kmy Kmo & Luca Sickta. Mungkin ramai tidak mengenali dua nama ini namun beliau berani membawa lagu sebegini dalam industri muzik tempatan.
Kalau sebelum ini dua pencipta ini telah menghasilkan lagu Zuhud nyanyia Dato' M. Nasir kini pula dinyanyikan oleh TokTi. Hebatkan bakat anak muda ini siapa tak kenal boleh cari siapa dia Kmy Kmo dan juga Luca Sicta. Nama dah tak macam orang Malaysia je hehehehe.
Pertama kali dengar lagu ini agak susah juga nak tangkap akan lirik kerana menggunakan bahasa kiasan yang dalam. Namun jika didengari berkali-kali baru dapat dan juga rasa tertarik terutama saat Dato Sri Siti mengalunkan humming lagu ini sangat sedap dan meremang. Harap lagu ini dapat menaikkan semula irama kita walaupun telah dicampur dengan bahagian raping itu adalah cara anak muda sekarang.
Lagu ini telah boleh mula didengar di Youtube dan semua media online bermula hari ini. Setakat beberapa jam lagu ini dimuat naik dalam Youtube telah mendapat lebih daripada 100ribu tontonan. Tahniah buat semua team memang hebat.
Lirik Penuh Lagu 7 Nasihat Dato Sri Siti Nurhaliza
-Dato’ Sri Siti Nurhaliza-
Anak Pipit jangan tak dihirau
Gusar Esok ke sarang si rimau
Anak Didik harusnya dirisau
Gusar Esok engkau yang dipisau
Dulu Tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik)
Dulu Diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik)
Dulu Tahu waktu balik (dulu tahu waktu balik)
Dulu Diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik)
Nak Dilenturnya buluh biar dari rebungnya
Kelak Pasti mereka kan terjaga akhlaknya
Nak Dibentukkan tubuh bukan dari bengkungnya
Susun Atur mereka sebelum kenal dunia
Habis Main di tanah
Sebelum Senja ke rumah
Takut Nanti tersalah
Bawa Pulang masalah
Tak Endah yang sekarang
Cakap Jangan sebarang
Elok Awal dilarang
Untuk Kau jadi orang
Dulu Tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik)
Dulu Diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik)
Dulu Tahu waktu balik (dulu tahu waktu balik)
Dulu Diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik)
-Luca Sickta-
Yah
Satu, Hendak berjaya mendada jangan
Pastikan, Jika malu bertanya sesat jalan
Biar Lapar sehari asalkan kenyang bertahun
Biar Berkerut dahi asahkan minda beralun
-Kmy Kmo-
Kedua, Semua nasihat cam petua
Ketua Perlu jua,nak sihat sampai tua
Masuk Semua benua
Pelusuk Dalam luar
Hormat Tanpa bersua
Walau Darjah sempoa
-Luca Sickta-
Yah
Tiga, Lain liga lain cara
Elak Geliga dalam rasa media masa
Dahulu Kerna lidah badankan binasa
Sekarang Kerna mata, jemari berbicara
-Kmy Kmo-
Cara Bicara yang ke 4 semua telinga harus peka
Nenek Moyang yang nasihat majoriti ramai leka
Terlena, Dibuai mimpi dek dunia cereka
Hanyut Dihempas ombak tinggi gah lupa mereka
-Luca Sickta-
Lima, Usah dikira kanan kiri
Cermin Untuk diri kerna hidup tiada siri
Kerna Hidup tiada sisi bila hati mula hitam
Lupakan Kisah silam, nilam usah disiram
-Kmy Kmo-
Ku Siram yang ke-6
Biar Mekar dalam hati
Ingati Putus urat dan tenaga urat besi
Korbannya Bukan calang tak hilang dimakan hari
Bajakan Jasa mereka dengan budi
-Dato’ Sri Siti Nurhaliza-
Anak Pipit jangan tak dihirau
Gusar Esok ke sarang si rimau
Anak Didik harusnya dirisau
Gusar Esok engkau yang dipisau
Dulu Tunggu diturut balik (dulu tunggu turut balik)
Dulu Diam sekarang celik (dulu diam sekarang celik)
Haaa.. (dulu tahu waktu balik)
Dulu Diam sekarang cerdik (dulu diam sekarang cerdik)
Hmmm.. (dulu tunggu turut balik)
Haaa.. (dulu diam sekarang celik)
Haaa.. (dulu tahu waktu balik)
Haaa.. (dulu diam sekarang cerdik)
Follow Us