Dunia Penuh Gosip - AJL 39 Dunia Penuh Gosip: AJL 39 - All Post
Memaparkan catatan dengan label AJL 39. Papar semua catatan
Faktor Teknikal dan pengalaman dimiliki Marsha Milan jelas memberi kelebihan buatnya berbanding peserta lain dan itu antara faktor membawa kejayaan buat lagu Hening Rindu yang diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke 39 (AJL39).



Biarpun ada peminat meramalkan nama-nama lain seperti Ernie Zakri, Nadeera dan Aina Abdul untuk bergelar juara, Ketua Juri AJL39, Edry Abdul Halim mempunyai pandangan sebulat suara dengan lapan lagi juri untuk memilih Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatana dan Wan Salleh nyanyian Marsha.

Menurutnya ketua juri, vokal yang baik juga membantu menaikkan persembahan terbabit. Edry juga memuji kualiti persembahan semua finalis kerana berjaya memberi saingan sengit. Malah, dia gembira kerana AJL39 sangat kompetitif di mana setiap lagu itu ada kehebatan masing-masing.



Mengulas kategori Vokal Terbaik yang menjadi milik Ernie Zakri, Edry berkata, Ernie mempunyai kelebihan markah di bahagian teknikal. 

Pada malam akhir Anugerah Juara Lagu ke 39. Menobatkan lagu 'Bukan Lagi Kita' ciptaan Hael dan Iqie Hugh di tempat kedua. Manakala lagu 'Saksama' nyanyian Akim & The Majistret berada di tempat ketiga.



Juga Enie Zakri memenangi Vokal Terbaik dan Aina Abdul mendapat persembahan terbaik melalui lagu 'Puas Sudah'. Barisan juri bagi AJL 39 kali ini bukan biasa-biasa membariskan nama hebat seperti Fauziah Latif, Datuk Fauziah Nawi, Datuk Hattan, Dato Ahmad Izham Omar, Ad Samad, LY, Edrie Hashim, Siti Hajar dan Edry Abdul Halim sebagai ketua juri