Dunia Penuh Gosip - Aepul Roza Dunia Penuh Gosip: Aepul Roza - All Post
Memaparkan catatan dengan label Aepul Roza. Papar semua catatan
Anak didik kepada penyanyi Aepul Roza iaitu Kiki Fateeha 13 Tahun diumumkan sebagai juara program The Chosen One 2024 (TCO2024) yang berlangsung malam tadi.



Selaku jurulatih kepada Kiki, Aepul berbangga dengan pencapaian anak didiknya dan mahu menghadiahkan sebuah lagu kepadanya. Kemenangan tersebut turut melayakkan Aepul memenangi hadiah wang tunai RM10,000 sebagai jurulatih terbaik.

Mendendangkan lagu Kau Kekasihku (Datuk Siti Nurhaliza) bersama medley Jangan Kau Mimpi (Siti Sarah) dan Butter (BTS) duet bersama Aepul pada malam final, Kiki membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi serta rakaman sebuah lagu bersama label Rocketfuel Entertainment.

Bukan saja memberikan persembahan bertenaga pada konsert akhir, Kiki juga menampilkan persembahan konsisten sepanjang lapan minggu bersaing dalam program The Chosen One musim kedua itu.



Tempat kedua dimenangi Akhil Mikail (anak didik Tomok dengan hadiah wang tunai RM20,000 selain memenangi kategori Persembahan Terbaik.

Anak didik Adira iaitu Atikah Rose pula memenangi tempat ketiga dan membawa pulang RM10,000, manakala Azry Sabri (anak didik Firdaus dan Fahimi Rahmat) berada di tempat keempat dengan hadiah RM5,000.

Program TCO24 diadili penyanyi Datuk Awie dan Jaclyn Victor yang bertindak selaku juri tetap. Sementara Ajai dan Ziana Zain tampil sebagai juri jemputan pada malam akhir program berkenaan. Program TCO2024 dimeriahkan oleh Jihan Muse dan Haziq Hussni selaku pengacara.








Penyanyi, Aepul Roza menepati ramalan apabila dinobatkan juara program The Hardest Singing Show yang berlangsung di Pusat Convention CIDB, malam tadi. Kemenangan tersebut melayakkan Aepul membawa pulang trofi berserta RM150,000.



Bertemakan ‘Taruhan Akhir’, Aepul Roza menampilkan persembahan yang sangat luar biasa menerusi lagu ‘It’s My Life’. Persembahan Aepul mendapat pujian dan standing ovation daripada penonton dan para juri.

Menunjukkan prestasi yang sangat luar biasa setiap minggu dan pernah meraih tempat pertama sebanyak dua kali, Aepul sememangnya calon peserta yang layak menerima gelaran juara The Hardest Singing Show.

Pada malam akhir menyaksikan enam peserta yang layak. Manakala Ayda Jebat sebagai naib juara dan membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000, pakej pelayaran dan juga trofi. Tempat ketiga dimenangi oleh Stacy dan keempat pula dimenangi oleh Aisha Retno. Stacy membawa pulang RM10,000 manakala, Aisha Retno membawa pulang RM5,000, pakej pelayaran dan juga trofi.

Putera Muhammad mendapat tempat kelima dan Zizi Kirana mendapat tempat keenam. Kedua-dua mereka membawa pulang RM5,000, pakej pelayaran dan juga trofi.