Dunia Penuh Gosip - Aliff Aziz Dunia Penuh Gosip: Aliff Aziz - All Post
Memaparkan catatan dengan label Aliff Aziz. Papar semua catatan
Persembahan mantap pada pentas akhir membuatkan Aliff Aziz memperolehi markah terginggi iaitu 83.06% daripada keempat-empat juri profesional. Ini juga disokong oleh persembahan yang konsisten sepanjang minggu melayakkan penyanyi itu dinobatkan juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya yang berlangsung malam Ahad lepad.



Aliff mengetepikan saingan hebat lain seperti Nikki Palikat, Adibah Nor, Suki Low, Azan Scan dan Aweera pada malam yang membawa tema Akhirnya Kini Pasti itu. Kemenangan ini membolehkan penyanyi kelahiran Singapura itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.

Manakala naib juara pula disandang Nikki, sekali gus melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi. Ramai peminat meramalkan bahawa Suki Low boleh juara terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi.



Sementara itu, berada di tangga keempat, kelima dan keenam milik Adibah Noor, Azan Scan dan Aweera masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi. Namun Aweera tetap pulang bergaya apabila menerima dua lagi anugerah pilihan penonton pada malam akhir iaitu Anugerah Betul-Betul Luar Biasa DiGi dan juga Bintang Cuckoo Paling Gempak.  

Persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri daripada Ramli MS, Hetty Koes Endang, Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow. Program akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Persembahan akhir semua peserta dikehendaki membuat dua persembahan iaitu satu persembahan medley dan juga persembahan battle dengan peserta yang telah digandingkan.

Tahniah kepada semua pemenang anda memang hebat dan layak untuk terus berada di dalam dunia seni tanah air dan menyinar selepas ini menjadi sebutir bintang berharga. Terus usaha dan gilap bakat yang ada dalam diri anda semua anda semua hebat. 








Boring lah bila timbul cite pasal seorang artis dari Singapura ni yang sahaja cari publicity kat Malaysia. Sapa lagi yang suka timbul kontrolversi Aliff Aziz bukan Alif Satar ok kena tulis betul-betul hehehe.


Kecoh minggu ni pasal cite artis ni dah kantoi dengan bini sendiri yang tengah pantang berdua-duan dengan perempuan lain. Perempuan lain tu pula makwe orang juga adik kepada artis Malaysia. 

Tak faham tentang budak Singapura ni apa masalah lepas satu-satu isu dia buat pastu insaf. Baru sahaja insaf buat balik masalah. Seperti tiada harga keinsafan yang kau lafazkan tu. 

Sebelum ni kecoh tentang kes artis ni curi telefon bimbit kat kedai tahun 2014 tak silap. Lepas tu baru jer habis kes tu buat pula kes lain mabuk dan pukul orang awam.

Macam-macam kes tu belum kes cinta putus cinta, kes gambar bercumbu-cumbuan dan banyak lagi lah. Dah tak laku kata-kata insaf dari mulut kau tiada keinsafan yang hakiki. 

Kes kantoi dengan isteri tengah pantang tu pun senang sangat dia lafaz insaf dan minta maaf. Tak faham lah producer yang ambil dia belakon memang buta lah. Sudah-sudah lah balik lah negara ko ok jangan buat kacau kat negara orang. Datang nak cari rezeki jer tak payah nak cari publicity murahan ni yer tak perlu.