Cetaphil, jenama penjagaan kulit dermatologi No.1 di Malaysia berbesar hati mengumumkan pelancaran Hydrating Foaming Cream Cleanser, iaitu pembersih muka dan badan “krim kepada buih” baharu. Dirumuskan dengan aloe vera, pembersih yang memelihara dan melembapkan kulit ini adalah sesuai untuk semua jenis kulit dan terbukti secara klinikal memberikan perlindungan kepada lapisan pelindung kulit sehingga 8 jam. Pembersih ini juga terbukti secara klinikal dapat menyingkirkan sehingga 97% partikel pencemaran.
Menggunakan teknologi yang terkini bagi produk “krim kepada buih”, Cetaphil® Hydrating Foaming Cream Cleanser mengaplikasikan Sistem Surfaktan Asid Amino yang berkesan untuk menyingkirkan kotoran, minyak berlebihan, malah solekan, di samping memastikan kulit kekal sihat dan tidak kering atau tegang.
Teknologi ini juga menggabungkan sifat Aloe Vera yang menenangkan kulit dengan campuran bahan yang disokong secara dermatologi, iaitu Gliserin, Niasimida, dan Panthenol. Pembersih ini yang diaktifkan dengan air untuk bertukar kepada buih, membantu untuk mengekalkan kelembapan dalam kulit, lantas menjadikannya terhidrat dan berasa nyaman. Pembersih ini berkesan, namun lembut.
Selain itu, pembersih ini telah terbukti secara klinikal dapat menyingkirkan kekotoran yang menyebabkan liang pori tersumbat di samping memelihara lapisan pelindung semula jadi dan tahap pH kulit. Tambahan lagi, penggunaannya mengurangkan 5 tanda kulit sensitif dan terbukti secara klinikal dapat mengurangkan ketegangan dan kerengsaan kulit selepas 7 hari digunakan, menunjukkan pengurangan tanda sensitiviti kulit sebanyak 79% selepas 1 bulan.
Pengurus Cawangan Galderma Malaysia, Cindy Tiu, menekankan komitmen Galderma yang tidak berbelah bahagi untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju kategori dermatologi sejati terkemuka yang mendorong inovasi dalam bidang ini.
“Galderma dan Cetaphil® komited dalam mendefinisikan semula penjagaan kulit, satu produk inovatif pada satu-satu masa. Kami memahami keperluan pengguna yang semakin berkembang, justeru inilah sebabnya kami memperkenalkan Cetaphil® Hydrating Foaming Cream Cleanser – pembersih berbuih yang memenuhi keperluan khusus ini.”
“Meskipun pembersih tradisional menawarkan ciri berbuih yang diingini oleh pengguna, produk itu lazimnya menggunakan sistem surfaktan berasaskan sulfat yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan masalah kulit yang lain. Rumusan termaju kami membezakan kami dengan pembersih yang lain. Produk dihasilkan dengan teliti untuk membersihkan kulit secara berkesan di samping mengekalkan kelembapan kulit, tanpa sabun, pewangi dan paraben, sekali gus memastikan cirinya sebagai penyelesaian penjagaan kulit yang lembut namun menyeluruh,” tambahnya.
Cetaphil® Hydrating Foaming Cream Cleanser kini boleh didapati di semua farmasi terkemuka dengan harga hanya RM58 untuk pek bersaiz 236ml. Ketahui lebih lanjut tentang Cetaphil® Hydrating Foaming Cream Cleanser dan anda berpeluang untuk menebus sampel percuma di sini:
Daripada pembersih kepada pelindung matahari dan seterusnya serum, Cetaphil® menawarkan pelbagai rangkaian produk yang memenuhi keperluan kulit yang berbeza, yang merangkumi rangkaian Cetaphil® Classic, Cetaphil® Sun, Cetaphil® Baby, Cetaphil® PRO-AD Derma, Cetaphil® Bright Healthy Radiance, dan Cetaphil® Optimal Hydration. Walau apa pun jua jenis kulit atau keperluan khusus anda, anda boleh membeli produk ini di farmasi terkemuka dan secara dalam talian di seluruh negara.
Follow Us